Lemak
adalah nutrien penting dalam kehidupan manusia. Lemak membekalkan tenaga dan
membantu penyerapan Vitamin A, D, E dan K. Lemak seperti Omega 6 dan Omega 3
pula membekalkan asid lemak penting untuk badan. Walaubagaimanapun, lemak
juga boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh manusia dan menjejaskan kesihatan sekiranya diambil
secara berlebihan. Anda perlu mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan
harian agar anda dapat memastikan kesihatan anda pada tahap yang terbaik.
Kenapa Perlu Mengurangkan Pengambilan Lemak?
Terdapat
pelbagai jenis lemak iaitu lemak tepu, lemak tak tepu dan lemak trans. Lemak
tepu adalah seperti daging, mentega, santan kelapa dan telur. Manakala lemak
tak tepu seperti minyak jagung, minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Manakala
lemak trans adalah seperti minyak sapi dan marjerin yang keras.
Pengambilan
lemak tepu dan lemak trans perlu dikurangkan
kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam badan dan memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Antara
kesan buruk pengambilan lemak secara berlebihan:
- Meningkatkan berat badan.
- Meningkatkan paras kolesterol dalam badan.
- Meningkatkan risiko penyakit seperti masalah jantung, diabetes, kanser dan strok.
Credit: www.motleyhealthcare.com |
Tips Mengurangkan Pengambilan Lemak:
- Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bergoreng.
- Gunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayuran.
- Kurangkan penggunaan santan dan gantikan susu rendah lemak.
- Pilih bahagian daging dan ayam tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum makan. Jika anda memasak daging atau ayam, cuba sebaik mungkin untuk membuang kulitnya dan semua lemak yang ketara. Dada ayam adalah lebih baik berbanding bahagian ayam yang lain kerana kandungan lemaknya yang rendah.
- Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayones dan krim.Untuk penyediaaan salad pula, jangan amalkan penggunaan kuah salad, sebaliknya gantikan dengan jus atau perahan lemon
- Pilih kaedah memasak yang lebih sihat, membakar, merebus, mengukus atau memanggang.
- Serap minyak berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
- Ambil makanan yang kaya dengan omega 3 dan omega 6.
Pastikan
juga setiap kali anda menghidangkan makanan :
1)
Kurangkan gula.
2)
Kurangkan garam
3)
Lebihkan Sayuran
4)
Lebihkan Buah-buahan
5)
Kurangkan penggunaan minyak.
Jom
makan makanan yang berkhasiat. Anda mampu melakukannya.
Salam Ukhuwah,
UMMU
HANAN
=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Facebook: Nurkids Babywear Full
Page: Nurkids2u Healthcare
SMS/What'sapp : 019-3405054
Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================
Lemak tepu tu la yg sedal sebenarnya..bila tak kawal cara pengambilan , mulala dtg pelbagai penyakit. Sesekali ambil sikit boleh dimaafkan dgn syarat ambil shaklee;)
ReplyDeletekurangkan pengambilan lemak sangat pratikal untuk menjaga kesihatan tetapi jangan tak ambil langsung sebab lemak jugak diperlukan dlm badan untuk melindungi organ
ReplyDeleteadakah ibadat kita bergred A?
Lemak yang jahat sangat mempengaruhi kesihatan kita. Pentingnya mangamalkan pengambilan omega guard untuk memgawal lemak yang jahat dalam badan kita.
ReplyDeletemeriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega
Penggunaan minyak zaitun dlm pemakanan dpt kawal pembentukan lemak dlm bdan.. Slain tu ambil supplement pemgemulsi lemak dan pemecahan lemak mcm omega dan lecithin..
ReplyDeleteTIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA
Mengurangkan pengambilan lemak dalaam makanan membuatkan hidup kita lebih selamat dari di serang penyakit, amalkan pengambilan supplement yang betul untuk menjaddikan kita sihat dan ceria.
ReplyDeletekawal kolestrol secara semulajadi
Amalkan cara hidup sihat dan semoga terhindar dari kolestrol jahat
ReplyDeleteparut jerawat makin pudar, kulit makin berseri
Saya suka mkn benda goreng..so setiap mlm ambik omega...
ReplyDeleteResepi Kek Pecan
Ambillah omegaguard utk melawan kesan lemak trans, dan vitamin e utk melawan radikal bebas dalam lemak trans
ReplyDeleteLepas ni nak amalkan goreng guna minyak zaitun lah . Sambil konsisten omega guard. Takut juga kalau muda lagi dah di serang pelbagai penyakit. Kita ikhtiar lah mana yang patut
ReplyDeletekena ambil omega lps ni sebabnya suka makan makanan bergoreng
ReplyDeleteKalau tak makan yang bergoreng ni macam tak best pulak kan. sebab dh jadi tabiat. nak kena ubah ni... hihihi
ReplyDeleteMengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?
Makanan bergoreng ni memang ada umpph!! Tapi kena tak boleh selalu amal la ye
ReplyDeleteJalan-jalan di Seremban