Sebut mengenai sakit gigi ni, mesti dah terbayang dah rasa sakit, ngilu, nyeri kat bahagian gigi. Boleh sampai demam tu bila sakit gigi ni. Nak buat tugasan harian lain pun akan rasa terganggu. Masakan tidak, nak bercakap pun sukar, kadangkala sehingga menyebabkan sakit kepala!
Sakit gigi merupakan kesakitan yang biasa dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi kebiasaannya dialami oleh mereka yang kurang menjaga kesihatan gigi. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba beberapa petua mudah dalam membantu mengurangkan sakit gigi ini.
Apakah sebenarnya sakit gigi ini?
Menurut laman web MyHealth (klik di sini), antara punca yang menyebabkan sakit gigi adalah seperti berikut:
- Kerosakan karies gigi
- Penyakit gusi
- Gigi sensitif
- Gigi retak
- Sakit sendi rahang
- Ia boleh juga bukan disebabkan oleh gigi atau rahang iaitu mungkin sinus tersumbat atau sakit telinga
Apakah petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah sakit gigi?
Antara petua yang boleh diamalkan bagi mengurangkan sakit gigi adalah seperti berikut:
1) Kebaskan gusi dengan menghisap air batu
2) Berkumur-kumur menggunakan air garam. Biarkan sebentar air garam di dalam mulut sebelum dibuang.
3) Gunakan flos ecara perlahan-lahan untuk mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi
4) Gunakan uncang teh dengan rendamkan terlebih dahulu uncang teh di dalam air panas. Kemudian, lekapkan di tempat gigi yang sakit itu. Perkongsian daripada blog daniarashid.com
5) Temui doktor gigi dengan kadar segera atau membuat rawatan gigi setiap 6 bulan sekali.
Adakah kanak-kanak juga berpotensi untuk mengalami masalah sakit gigi ini? Ya, kanak-kanak juga turut berpotensi mengalami sakit gigi. Apatah lagi yang lebih membimbangkan adalah kerosakan gigi sebelum sampai waktunya.
Anda boleh cuba amalkan petua mudah di atas ketika anda sakit gigi. Walau apapun, amalkan penjagaan gigi sebaiknya, bersihkan gigi setiap kali selepas makan dan amalkan pengambil vitamin C yang dapat membantu memberikan kesihatan yang baik kepada gigi.
Adakah rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu?
Kebiasaannya, kami akan mencadangkan pengambilan OsteMatrix yang sangat bagus untuk gigi dan Sustained Released Vita C yang sesuai dan penting untuk gusi yang sihat.
================================
Hubungi kami segera untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee..
Kami akan bantu dan cadangkan mengikut bajet anda..
Puan Nor Hafizah 019-3405054
Encik Mohamad Hasbullah 013-3727508
Id 946651
=============================
Berus gigi 2 kali sehari wajib kalau nk gigi cantik. ^_^
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET
Hihi, itu sudah semestinya.. Kadang-kadang kalau rajin lebih sikit..^_^
DeleteSaya suka ambil Ostematrik kalau saki gigi..no pain killer dah
ReplyDeleteKan.. Dulu tak tahu pun kene ambil lebih kalsium bile sakit gigi. Tp klu nk bncuh susu time tgh sakit gigi tu, mcm tak je..hehe. So mudahnya saya pun memang telan je OsteMatrix..
Deletebaru je kena sakit gigi haritu..
ReplyDeleteAdeh, siannya..Sakit tu..huhu. Penghapus dosa juga, insyaAllah..^_^
DeleteMasa preggy anak 1st...mmg menderita skt gigi.serba serbi xkena...skrg kalau skt gigi...ambik oste dan vita c...krg lah rasa sakit tu.
ReplyDeleteAdeh, sakit gigi time pregnant memang sakit. Kadang ada yang siap smpai terpksa cabut gigi lagi.. Pengorbanan ibu mengandung kan..hehe
DeleteAduh ngerinya sakit gigi... Bukan setakat gigi,kepala dan hati jadi sakit heheh
ReplyDeleteHahaha sakit hati sebab rasa mcm nak makan orang je ek bile sakit gigi ni.. Org kata klu sakit gigi, semua badan jadi sakit..hihi
Deletepenjagaan gigi wajib barulah gigi kita kelihatan cantik
ReplyDeleteBetul tu.. Bukan saja kite nak gigi cntik..Tapi yg paling penting gigi sihat kan.. Kalau tak sihat, cnfirm jadi sakit gigi..huhu
DeleteSakit gigilah yang paling saya tak suka...
ReplyDeleteSaya tak pernah rasa..Tapi, jangan la sampai sakit gigi sbb tgk adik sakit gigi seksanya..huhu
DeleteOrang kata gigi boleh luruh lepas bersalin sebab terlalu banyak nutrien ibu yang mengalir pada baby.. saya amalkan ostematrix (kalsium), ESP & vita c shaklee. Alhamdulillah.. tak risau lagi gigi luruh..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Moga2 ibu-ibu lain pun ikut langkah bijak macam Irene..^_^
DeletePenjagaan gigi haruslah kita ambil berat. Kerana apabila sekali kita merasakan sakit gigi ini amat menyiksa dan menyakitkan. Jadi sebelum terlambat .jagalah kebersihan dan kesihatan gigi anda.
ReplyDeleteBetul betul betul..Lebih baik mencegah daripada merawat kan..^_^
DeletePenjagaan gigi pun penting juga di samping ambil ostematrix dan vitamin c...
ReplyDeletemakanan minda pintar untuk si manja
Yup betul tu..Kene jaga juga kebersihan gigi kan.. Ambil byk kalsium sekalipun tapi kalau masih malas nak jaga kebersihan gigi susah juga gitu..
DeleteSakit gigi ni blh dikatakan sakit ketiga2 Sakitnya didunia.. Tak blh buat Pape.. Mmg fkir gigi je..
ReplyDeleteAlhamdulillah ada Vit c dan Ostematrix. Dpt mmbntu.. Kna slalu cek di klinik jugak utk pengesahan doctor bkaitan kesihatan gigi..
CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Yup betul tu..Kene selalu buat pemeriksaan gigi kan..
DeleteXpernah lagi rasa sakit gigi..tapi kat tempat saya kalau sakit gigi yang agak teruk saya pergi ke rumah seorang pakcik disini dia ketuk gigi tu terus baik..hihi
ReplyDeleteNebulizer Dengan MyImam
Ohh ada gitu gak ke Ros..haha bagus tu.. Mesti rasa best jek kan..^_^
DeleteDah lama tak rasa sakit gigi..kalau boleh memang tak nak rasa lagi dah..memang sakit .rasa mcm nk hantuk kepala ni ket dinding disebbkan ia tarik saraf2 kat otak.. jadi jaga la gigi setahun sekali mesti checkup ok.
ReplyDeleteFiza tak pernah rasa Shida.. And jangan la sakit gigi ni kan.. Nyilu tarik smpai ke kepala tu..
DeleteSy paling x suka jumpa doktor gigi..trauma
ReplyDeleteResipi Puding Roti untuk Breakfast atau Teatime
Ni mesti Syira pernah alami kesakitan gigi ek tu yg smpai trauma nak jumpe doktor yer..hehe
DeleteSepupu Kak Tun ade sakit gigi baru2 ni. Alhamdulillah lps telan 4 biji oste, makin baik...
ReplyDeleteTips Supaya Anak Cepat Bercakap
Sakit gigi ni bukan boleh dibuat main, silap haribulan satu badan boleh sakit ~
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
Sakit gigi sangt seksa sehingga menyebabkan sakit kepala...sepanjnag hidup baru dua kali kot jumpa doktor gigi..
ReplyDeleteEpidural
tumbuh gigi bongsu juga amat menyeksakan.. dekat saminggu tak dapat nak makan dengan selesa.. tapi lepas telan vita c, rasa lega sikit dari sakit tu..
ReplyDeletetips yang sangat berguna terutama yang guna uncang teh tu..tak pernah dengar pula sebelum ni
ReplyDelete