Pages

Wednesday, July 29, 2015

6 Tips Bantu Suami Elak Mengantuk ketika Memandu

Mengantuk ketika memandu merupakan perkara biasa yang terjadi ketika memandu. Namun, anda harus sedari bahawa mengantuk ketika memandu boleh mengundang maut! Bukan hanya melibatkan nyawa anda sahaja, malah ianya melibatkan seluruh ahli keluarga yang anda sayangi. 

Hakikatnya, isteri juga harus memainkan peranan ketika suami memandu. Usah biarkan suami anda terus-terusan dalam keadaan mengantuk sendirian! Anda mahu melihat kejadian yang tidak diingini lantaran sikap anda juga? So, apa yang anda perlu lakukan untuk membantu?

Adakah anda hanya duduk dan lena sahaja di sebelah pemandu? Atau adakah anda juga harus menjadi pemerhati pemanduan suami anda? 

Ya, anda harus 'busy body' ketika suami anda memandu! 

Bukan untuk siapa-siapa.. Tetapi untuk keselamatan anda, suami dan seisi keluarga anda juga.  

Tips Bantu Suami Anda Elak Mengantuk Ketika Memandu


Pastikan suami mendapat rehat yang cukup sebelum memandu


Rehat dan tidur yang cukup sebelum memandu mempengaruhi pemanduan suami anda ketika di jalanraya. Rehat yang tidak cukup sememangnya menjadi punca suami anda mengantuk. So, anda harus pastikan suami anda mendapat rehat yang cukup sebelum memandu!

Anda harus mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan


Aik, kenapa pulak kita juga perlu dapatkan rehat yang cukup biarpun tidak memandu? Haaa di sini yang kadangkala kita terlepas pandang. 

Kita juga harus mendapatkan rehat yang cukup. Kalau tidak, sepanjang perjalanan la kita menjadi peneman 'tidur' ketika suami memandu!

Ajak suami berborak


Anda boleh mencari topik yang diminati oleh suami untuk berborak. Berborak ketika memandu boleh membuatkan suami anda hilang mengantuk. Isu semasa yang berlaku di sekeliling anda juga boleh dijadikan sebagai topik anda. 

Sediakan kudap-kudapan yang sesuai


Mungkin anda boleh menyediakan buat suami anda kudap-kudapan yang sesuai ketika mereka memandu. Harus diingat, usah sediakan makanan berat tau! Harus bertambah mengantuk gitu. Snek dan kacang pun sudah memadai. 

Berganti memandu


Saya yakin, tips ini agak sukar biasanya suami memberikan 'green light' buat anda menggantikan mereka memandu bukan? Saya juga mengalami situasi yang sama. Memang sah-sah suami tak benarkan memandu. 

Namun, apa yang boleh anda lakukan, ketika berada di kampung, offer diri untuk anda memandu. Mungkin jarak yang dekat suami anda masih boleh memberikan 'green light'. So, ia dapat mengurangkan sedikit jangka masa suami anda memandu. 

Pastikan berhenti rehat sebentar apabila mengantuk


Part ini penting! Walaupun suami anda sudah cukup rehat sebelum memandu, namun masih lagi letih dan mengantuk, sarankan mereka untuk berhenti rehat dan tidur sebentar. Usah biarkan suami anda terus terusan menahan mengantuk gara-gara mahu sampai ke destinasi lebih cepat. 

Biar lambat, asalkan selamat! Kampung anda tetap di situ..  Takkan merubah apa-apa biarpun anda lambat sampai 10 jam dari biasa. 

Satu lagi tips yang biasa saya lakukan pada suami sy adalah dengan memberikan beliau minuman tenaga Performance Drink


Apa yang penting, anda harus membantu suami anda ketika mereka memandu. Harus diingat, sesaat terlelap nyawa melayang selama-lamanya tanpa mampu diulang sesaat sekali pun masa. 

7 comments:

  1. kudap kudap la selalunya..
    nak borak dah tak terborak.hihi
    kekadang kalau penat saya terlelap la jugak..
    nak bergilir memandu mmg tak la, entah dh kurang berminat. sanggup ajak berhenti rehat.. lama pon x apa.

    berapa hargnya. brpa lama tahan tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Saya juga agak dah kurang berminat memandu.. Mudah letih, tak macam time bujang2 dulu..^_^ Nak2 lagi ada anak, kalut dengan anak memang tak la dapat memandu..

      1 bekas Performance Drink RM82.50.. Biasanya tahan sebulan ikut pada penggunaan..

      Delete
  2. keropok adalah kudap2 kegemaran suami dan air wajib ada dalam kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sah kalau takde keropok dan kacang kan.. Kita pun tumpang sekaki..:)

      Delete

  3. Info yang menarik dan sangat berguna untuk diamalkan oleh para pemandu yang mengantuk ketika memandu. Untuk mencegah mengantuk kita juga digalakkan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Setuju sangat.. 2 elemen ni sangat penting. Rehat yg cukup dan Rancang perjalanan. Kalau tak, memang bermasalah!

      Delete
  4. Selalunya memang mkn2 jela kejenya dalam kereta..tapi kadang2 terlelap jgk hihi
    Air PD ni memang sangat sedap la. kalau berjalan malam cinch tea la jawabnya..

    ReplyDelete