Tuesday, April 21, 2015

"Menyesal tak cuba produk ni untuk atasi masalah JERAWAT saya dari dulu lagi..."

"Menyesal tak guna produk ni dari dulu lagi.. Best juga yer rupenya.." Itu antara luahan seorang wanita ayu tetapi mempunyai masalah jerawat di muka setelah sekian lama.

Beliau menambah lagi.. "Saya dulu mati-mati tak nak guna produk ni. Tapi tiba-tiba rasa nak cuba pulak. Tak sangka best jugak yer vitamin ni.." Saya sekadar mampu tersenyum dengan respon yang diberikan. 

Yela..siapa sangka kan, orang yang pada asalnya takut-takut untuk menggunakan produk ini atas alasan ramai yang membawa khabar tidak elok berkaitan produk tanpa usul periksa. Saya tidak salahkan pelanggan kerana mereka berhak memilih dan membuat keputusan. 


Haaa kenapa yer customer menyesal tak guna produk yang dimaksudkan ni? Apakah produk yang dimaksudkan beliau? Adakah punya bahan istimewa? Atau produk ajaib yang membuatkan beliau meluahkan sedemikian?

Masalah jerawat merupakan perkara sensitif terutamanya bagi wanita. Masakan tidak, menjadi teguran rakan-rakan. Apatah lagi, kalau dulu kulit halus mulus tanpa sebutir jerawat. Risau kan?


Apa yer produk yang dimaksudkan oleh pelanggan saya ini? Jom kite tengok dulu apa kata beliau.. 

Atasi masalah kulit dan jerawat dengan vitamin C Shaklee

Sebelum ini beliau menjadi pengguna produk jenama lain. Rasa ragu dengan Shaklee akibat daripada khabar angin yang tak berasas oleh orang-orang tertentu membuatkan beliau takut untuk mencuba produk ini.

Namun, saya tidak menyalahkan beliau kerana kalau saya berada pada pihak beliau pun mesti turut berhati-hati kan?

Apatah lagi melibatkan produk makanan tambahan kesihatan ni. Salah pilih, maunya rosak muka. Silap-silap haribulan, bertambah jerawat di muka. 

Wallahua'lam tak tahu apa yang membuatkan beliau terasa ingin menucba produk Shaklee. Semuanya atas urusan dan perancangan Allah.

Sebagai penjual, tak boleh memaksa pelanggan membeli dan mempercayainya apa yang kita percaya bukan? Biarkan pembeli yang membuat pilihan dan penilaian sendiri mengikut kajian dan selidikan mereka. 

Walaupun Shaklee punya kualiti, kajian terperinci dan jaminan keselamatan sebagaimana Falsafah Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam (klik di sini). Anda yang perlu buat penilaian terlebih dahulu juga. 

Berbalik kepada pelanggan kami tadi, apakah masalah yang dihadapi beliau? 
  1. Tidak pernah mengalami masalah jerawat sebelum ini
  2. Menjadi pengguna vitamin C jenama lain
  3. Sejak akhir-akhir ini, jerawat timbul penuh di muka
  4. Risau dengan masalah yang dihadapi disebabkan terlalu ramai rakan yang sudah mula menegur
  5. Malu dengan bakal suami. 
Beliau tidak menafikan vitamin C yang diambil sebelum ini juga bagus dan boleh menampakkan kesan. 

Namun, beliau lebih teruja apabila memberanikan diri mencuba Sustained Release Vitamin C Shaklee pula walaupun sebelum ini punya perasaan takut-takut. 

Anda bagaimana? Nak biarkan saja masalah jerawat anda terus bermaharajalela di wajah anda? Tak salahkan mencuba? 

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee


Antara keistimewaan sustained release vitamin C Shaklee adalah seperti berikut:
  1. Punyai fungsi sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat dalam tubuh setiap jam dalam tempoh 5 jam mengikut keperluan tubuh. Oleh yang demikian, tidak berlaku pembaziran vitamin C dalam tubuh. 
  2. Larut dalam air
  3. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis tiruan. 100% perasa original
  4. Tiada bahan pengawet

Kelebihan produk Shaklee


Mungkin ini sedikit sebanyak membantu keyakinan anda:
  1. Produk disahkan halal melalui badan yang diiktiraf oleh JAKIM (klik di sini)
  2. Punya sijil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  3. Produk selamat tanpa bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan tiruan. 
  4. Mempunyai kawalan ketat yang dibarisi saintis khusus dalam bidang supplemen
Masih kurang yakin?
Anda juga boleh rujuk terus melalui website Shaklee www.shaklee.com.my

Saya sekadar berkongsi. Anda yang menilaikan sendiri pandangan pelanggan ini terhadap produk. Keputusan belian di tangan masing-masing sebagai pengguna. ^_^

Selamat menilai!


No comments:

Post a Comment