Sunday, August 23, 2015

Berkawan dengan Orang Positif Kalau Mahu Berjaya!

Berkawan dengan orang positif kalau mahu berjaya
Siapa kita berkawan adalah cerminan kepada diri kita sendiri. Berkawan dengan tukang besi, maka kotoran dan bauan besi akan melekat pada kita. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangian minyak wangi akan terpalit juga pada kita. 

Begitu juga andai anda mahu berjaya! Berkawan dengan orang negatif, sampai bila-bila pun takkan menjanjikan sebarang kejayaan. Berkawan dengan orang positif, tidak mudah give up, keep forward dengan cabaran dan ujian, maka secara tidak langsung kita juga akan terkesan dengan sikap yang ada pada rakan sebegini.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kini saya dilingkungi dengan sahabat-sahabat yang sentiasa positif dengan kejayaan dan sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dalam bisnes dan kehidupan. 

Petang tadi, sepetang berpeluang menghabiskan masa mengutip segala aura positif, cas-cas positif daripada rakan-rakan dan orang-orang hebat yang telah berjaya. 

Melihat mereka berjaya, menjadikan kita juga harus terus positif untuk terus berjaya. Menjadikan kita mengenal erti kesabaran dan tidak putus asa dengan kehidupan dan cabaran. 

Andai anda dilingkungi dengan orang-orang yang sentiasa negatif, saya sarankan anda jauhi lah mereka. Cas-cas negatif itu akan terus meresap dalam diri kita juga akhirnya. 

Saya kongsikan bersama anda beberapa foto bersama rakan-rakan positif saya dan saya suka berada dalam lingkungan mereka, rakan-rakan Shaklee saya.  

Syukur, mereka mengajar saya tentang erti kekuatan. Mereka mengajar saya tentang erti kesabaran, mereka mengajar saya tentang erti perkongsian ilmu. 

Segalanya berubah apabila saya mengenali biz Shaklee! 
Berkawan dengan orang positif untuk berjaya

Berkawan dengan orang positif untuk berjaya

Sekian,

Moga anda terus success dalam apa jua bidang yang anda ceburi..

8 comments:

  1. Ya betul, kena berkawan dengan orang yang positif untuk kekal positif.. :)

    ReplyDelete
  2. kawan dengan blogger ada berbau blog je..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..betul betull..Berkawan dengan blogger hebat, kite pun rasa semangat nak korek ilmu dan jadi blogger yg hebat mcm mereka juga..^_^

      Delete
  3. betul..!! betul..!! dan berkawan dengan orang yang positif, fikiran kita pun tak jadi serabut semacam... hehehehehe... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  4. Nak Berjaya kena lah berkawan dengan orang yang Berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sbb nak berjaya ni bukannya mudah. So, kene ada mentor juga..^_^

      Delete