Thursday, May 17, 2018

Manifesto 30 Hari Ramadan. Bersediakah Kita?

Target Ramadan 30 hari
Alhamdulillah, hari ini bersamaan 1 Ramadan 1439H, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan dan nikmatnya, kita masih lagi diberikan peluang untuk bertemu Ramadan tahun ini. Syukur!

Setiap kali Ramadan menjelma, pastinya ada azam dan target serta KPI yang perlu kita capai agar Ramadan yang dilalui tidak berlalu dengan begitu saja.

Apakah anda sudah mempunyai perancangan sepanjang Ramadan ini? Andai belum, masih belum terlambat untuk merencana matlamat dan pengisian sepanjang Ramadan ini. 


Apakah checklist yang perlu dilaksanakan sepanjang Ramadan? 


Ramadan datang cuma sekali sahaja setahun. Oleh yang demikian, usah sia-siakan peluang yang Allah swt berikan kepada kita ini tanpa apa-apa target dan pengisian diri.

Antara perancangan sepanjang Ramadan ini yang boleh dijadikan sebagai panduan buat kita semua adalah :

  1. Menjalani ibadah puasa menahan diri dari lapar dahaga serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan pahala puasa dengan sebaik mungkin.
  2. Perbanyakkan membaca al-Qur'an dan tadabbur ayat-ayatNya
  3. Perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat ke atas Nabi
  4. Meningkatkan kualiti solat wajib serta menambah dengan amalan solat sunat yang lain.
  5. Rajin solat malam atau solat tahajjud
  6. Perbanyakkan sedekah, tunaikan zakat
  7. Perbanyakkan bertaubat kepada Allah swt
  8. Beriktikaf di masjid

Selain daripada amalan-amalan di atas, antara lain yang anda perlu titikberatkan juga adalah dari segi aspek berikut :

  1. Menjaga silaturrahim
  2. Bersederhana dalam soal makan
  3. Elakkan daripada berlaku pembaziran
  4. Menjaga mulut dari berkata yang sia-sia khususnya mengumpat.
  5. Memerhati dan merenung alam
  6. Bersangka baik sesama manusia
  7. Sentiasa muhasabah diri
  8. Menjaga mata, telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang tidak berfaedah

Kalau mahu disenaraikan, banyak lagi yang boleh anda laksanakan sepanjang Ramadan ini. So, buat perancangan anda sebaiknya. 

perancangan dan azam Ramadan

Semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik, Ramadan yang lebih baik daripada tahun lalu, InsyaAllah.

Ramadan Kareem!

No comments:

Post a Comment