Monday, July 2, 2018

Tidak Boleh Makan Nanas Ketika Hamil? Fakta atau Sekadar Mitos?

Biasa kan kita mendengar amaran untuk tidak memakan nanas ketika hamil? Antara punca larangan tersebut adalah untuk menghindari daripada keguguran.

Tetapi, benarkah nanas yang dimakan ketika hamil boleh menjadi punca keguguran? Atau adakah ia hanya sebagai mitos orang lama kita?
Saya masih ingat lagi, kehamilan saya yang kedua iaitu Ahmad Muaz, saya kerap memakan buah nanas berbanding kehamilan yang pertama.

Suka rasa masam manis buah nanas yang dapat menghilangkan rasa loya pada tekak. 

Asalnya, saya juga teragak-agak, namun bila saya rujuk dan buat carian, sebenarnya yang menyatakan makan nanas boleh menjadi punca keguguran hanyalah sekadar mitos.

Tetapi, adakah tiada risiko keguguran langsung?

Ada! Andai anda makan buah nanas 7-10 biji sekaligus! Tapi, mustahil kan untuk ibu hamil makan buah nanas sebanyak itu sekaligus?

Manfaat buah nanas?


Antara manfaat buah nanas adalah ianya kaya dengan sumber Vitamin C dan Vitamin B.

Sumber Vitamin C dan Vitamin B ini sangat penting buat ibu hamil dalam menjaga bacaan HB, meningkatkan sistem imun tubuh, memberikan sumber vitamin C untuk bayi dalam kandungan serta mengelakkan kelahiran pra-matang. 

So, adakah anda tidak boleh memakan buah nanas langsung sepanjang hamil? 

Sudah tentu jawapannya tidak kerana belum ada bukti saintifik yang menyatakan bahawa memakan nanas menjadi punca kepada keguguran bayi dalam kandungan. 

Nikmatilah ia dengan kadar yang berpada, usah berlebihan. Anda sendiri mengetahui bagaimanakah tubuh anda. So, check and balance kan dan try error.

Usah risau dengan hanya sepotong nanas. 



5 comments:

  1. Sedapnyaaa nenasss. Nyamm nyam

    ReplyDelete
  2. Selalu sangat dimomokkan dengan tak boleh makan nenas ni. Sampai risau nak makan. Sebenarnya boleh makan ye..?

    ReplyDelete
  3. Kata org dulu2 memang takleh makan nenas time preggy. Ikut jek la. Tapi nenas ni banyak khasiat sebenarnya. Cuma kalau takut tapi teringin nak makan boleh makan sepotong dua or tunggu di akhir trimester.

    ReplyDelete
  4. betul tuu. Selalu sgt dgr org cakap kalau preggy xboleh makan nenas.

    ReplyDelete