Pages

Wednesday, May 7, 2014

Tips Untuk Menguatkan Sistem Imun Anda



Zaman berubah, manusia pun berubah, musuh yang menyerang manusia juga berubah dan sentiasa bertambah. Kehidupan moden sekarang sentiasa mencabar sistem imun manusia. Penjagaan kesihatan manusia perlu dipertingkatkan agar dapat mendepani ‘musuh-musuh’ yang sentiasa bertambah yang akan merosakkan sistem kesihatan manusia.


Jangan ambil mudah dengan penjagaan sistem imun kita.

Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan bahawa sistem imun anda sihat dan bersedia untuk melindungi badan anda daripada jangkitan? Berikut adalah apa yang anda perlu tahu:

Cari masa untuk berehat:

Tekanan kehidupan, stress menyebabkan banyak kesan terhadap sistem endoktrin. Sistem imun boleh menjadi lemah jika terlampau banyak tekanan terhadap sistem saraf manusia. Terdapat banyak cara untuk membantu anda berehat untuk menguruskan stress anda seperti latihan pernafasan, mendengar muzik atau bunyi-bunyi alam yang menenangkan, mandi air panas dan yang lebih utama adalah banyakan solat dan berzikir- pasti hati akan menjadi tenang.

Tidur yang mencukupi dan berkualiti

Kurang tidur yang berkualiti menyebabkan manusia menjadi lembap, cepat marah, pelupa dan mengurangkan keberkesanan sistem imun. Jadikan malam untuk berehat dan cuba untuk bangun di awal pagi untuk bermunajat.

Pemakanan

Menurut beberapa kajian, tidak mendapat nutrien yang mencukupi dalam diet boleh melemahkan sistem imun. Itulah sebabnya pakar pemakanan mengesyorkan diet yang seimbang yang termasuk banyak buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu rendah lemak dan bijirin penuh. Yang penting adalah makanan yang kaya dengan antioksidan (seperti vitamin C, E, beta karotena dan lycopene), omega-3 asid lemak, dan folat. Antioksidan melawan dan meneutralkan radikal bebas, yang merupakan molekul yang merosakkan sel-sel dan menyebabkan penyakit jantung, kanser dan penuaan pramatang. Omega-3 asid lemak (lemak politaktepu) mempunyai anti-radang, kardiovaskular dan meningkatkan imun, manakala folat menghalang penurunan kognitif yang berkaitan dengan usia, kerosakan pada saluran darah dan sel-sel otak. Dan jangan lupa untuk minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter satu hari.

Aktifkan aktiviti fizikal anda

Menjadi aktif secara fizikal iaitu banyakkan aktiviti berjalan, menaiki tangga, bercucuk tanam dan aktiviti lain yang melibatkan pergerakan yang banyak di dalam kehidupan harian – ia menguatkan sistem imun anda, sistem kardiovaskular, jantung, otot dan tulang. Menjadi aktif juga merangsang pelepasan endorfin, meningkatkan fungsi mental, penumpuan / rawatan dan prestasi kognitif, dan merendahkan kolesterol dan tekanan darah.
Mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat.

Jika anda overweight – lebih berat badan – aktiviti mengurangkan berat badan adalah sesuatu yang sihat untuk dilakukan. Namun menurunkan berat badan melalui diet yang tidak tepat atau dengan secara mendadak adalah sesuatu yang tidak tepat. Pastikan anda menguruskan penurunan berat badan anda dengan cara yang betul agar tidak mengganggu sistem imun anda.

Basuh Tangan Anda

Salah satu cara terbaik untuk mencegah penyebaran mikroorganisma yang menyebabkan jangkitan ialah kebersihan tangan yang baik. Membasuh tangan dengan sabun dan air beberapa kali sehari dan sentiasa basuh sebelum anda makan sangat digalakkan untuk mengurangkan pendedahan kepada bakteria dan virus.

Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari

Pendedahan kepada cahaya matahari dalam jangka waktu yang amat akan melemahkan sistem imun.

Ambil Makanan Tambahan

Diet yang seimbang yang mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh adalah penting untuk memastikan sistem imun berfungsi secara berkesan. Namun ramai di kalangan kita yang mengabaikan diet yang seimbang disebabkan beberapa faktor. Antaranya kekangan masa yang memerlukan seseorang itu memilih makanan yang betul-betul memenuhi keperluan harian mereka. 

Maka sangat perlu bagi seseorang untuk mengambil makanan tambahan yang mengandungi bahan yang mempunyai sifat immunoactive. Ini bermakna ia bekerja dalam gabungan untuk meningkatkan secara semulajadi pengeluaran interferon badan untuk melancarkan tindak balas imun. Sesetengah daripada ramuan botani dengan sifat-sifat merangsang sistem imun adalah ekstrak biji labu, biji Plantago, bunga safflower, dan Honeysuckle Jepun.

Kami mencadangkan suplemen unik yang dikenali sebagai Nutriferon sebagai pilihan yang terbaik anda untuk menguatkan imuniti anda.
 
Di Malaysia, NutriFeron dipasarkan di dalam bentuk serbuk.


Anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan lain dari kami seperti Vita C, Zinc dan Garlic Complex untuk sistem imun anda..



Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah
COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment