Pages

Thursday, September 18, 2014

Tips Pemakanan Sihat Untuk Ibu Menyusu

diet makanan sihat untuk ibu menyusu
Diet pemakanan yang sihat dan seimbang ketika menyusukan bayi merupakan satu pengorbanan seorang ibu yang perlu dilalui oleh ibu menyusu. Penjagaan pemakanan sebagaimana anda hamil perlu diteruskan sehingga waktu berpantang dan menyusukan bayi. 

Mungkin ada sesetengah ibu tidak menganggap ia sebagai salah satu aspek yang penting ketika anda menyusukan bayi. Namun, diet sihat ini sangat penting bagi memastikan penghasilan susu sentiasa berterusan dan dalam kuantiti yang mencukupi.


Jom ikuti lebih lanjut sharing saya mengenai diet pemakanan sihat yang perlu diamalkan oleh ibu menyusu.

Apakah Makanan yang sesuai diambil oleh ibu menyusu?

Ibu-ibu perlu meneruskan pemakanan yang sihat ketika mengandung sehingga fasa menyusu juga. Antara yang disarankan adalah seperti berikut: 

* Pengambilan bijirin penuh
* Sayur-sayuran segar 
* Buah-buahan segar 
* Makanan yang kaya dengan protein, zat besi dan kalsium 

Teringin nikmati makanan berupa snek juga? 

Boleh.. Tapi pilihlah pilihan snek yang berkhasiat seperti yogurt, snek sayuran, telur dan sandwich daripada roti penuh dan pelbagai pilihan snek sihat lagi yang boleh anda fikirkan sesuai.

Benarkah minum air kosong banyak tidak digalakkan untuk ibu berpantang dan menyusu?  

Tidak benar.. Ibu berpantang dan menyusu memerlukan air kosong yang banyak antara 8 hingga 12 gelas sehari. Ini demi memastikan badan ibu benar-benar cukup air sekaligus memberikan penghasilan susu yang lancar. 

Tahukah anda, kekurangan air ketika menyusu boleh menyebabkan tubuh anda dehidrasi, lemah dan letih, penyerapan zat makanan yang anda makan tidak dapat diserap dengan baik lantas menjejaskan kesihatan anda dan mungkin juga kesihatan bayi anda. Malah, kekurangan air juga boleh menjadi punca kepada masalah sembelit ketika berpantang dan menyusu. 

Selain daripada air kosong, anda boleh pelbagai minuman sihat yang lain seperti jus buah-buahan, jus kurma, minuman soya kurang gula dan sebagainya. 

Keperluan menjaga pemakanan tertentu ketika menyusu

Sepanjang ibu menyusu, anda perlu berhati-hati dan berjaga-jaga dengan pemakanan anda. Ini disebabkan oleh faktor penerimaan bayi anda juga. Tindak balas setiap bayi terhadap sesuatu makanan adalah berbeza. Ada kemungkinan bayi anda selesa dan sesuai sekiranya anda makan makanan seperti kari dan makanan pedas lain. Tetapi kemungkinan sesetengah bayi lain tidak sesuai dan akan mengalami masalah ketidakselesaan dan cirit-birit. Oleh yang demikian, anda boleh mencuba beberapa makanan yang sesuai buat anda dan bayi. Try dan error, jangan takut untuk mencuba.

Makanan yang sedikit berangin mungkin anda boleh cuba selepas bayi berusia 8 bulan dan ke atas kerana ianya mungkin boleh menjadi punca kepada masalah kembung perut.

Kurangkan pengambilan minuman berais kerana mungkin antibodi tubuh bayi anda masih lemah dan berkemungkinan untuk terkena demam selesema.  

Elakkan makanan yang mempunyai kafein, alkohol dan makanan laut yang mengandungi merkuri tinggi.


Bolehkah ibu menyusu melakukan diet untuk penurunan berat badan? 

Anda tidak digalakkan untuk memulakan sesi penurunan berat badan 2 bulan pertama kelahiran. Ketahuilah bahawa lemak yang tersimpan sepanjang kehamilan akan dibakar dengan sendiri ketika anda menyusukan bayi anda. Oleh yang demikian, penurunan berat badan anda kebiasaannya akan berlaku secara sedikit demi sedikit dengan sendiri apabila anda menyusukan bayi sepenuhnya.

Namun, anda juga boleh memulakan penurunan berat secara perlahan dan berperingkat ketika usia anak semakin meningkat. Namun, diet yang sihat perlu juga anda ikuti supaya penyusuan anda dan bayi tidak akan terganggu.

Ikuti beberapa Panduan Penurunan Berat Badan Ibu Menyusu yang mungkin boleh membantu anda.

Ambil diet makanan yang sihat dan rendah lama serta lakukan senaman ringan sekaligus teruskan penyusuan anda, insyaallah berat anda akan kembali normal seperti biasa.


Ingat!!!
Menjaga pemakanan anda dan amalkan diet yang sihat memberikan anda kecergasan tubuh badan yang maksimum sekaligus menjadikan penyusuan anda lebih berjaya.. Mari amalkan diet sihat dan seimbang sepanjang menyusu..


Salam Sayang.
Ummu Hanan

Never Lose Hope...




Sumber Rujukan:
1) http://goo.gl/9VNwKM

3 comments:

  1. Info baik untuk teruskan penyusuan
    Jom Singgah blog saya :
    www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Gud info ;)

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Artikel ini sangat bermanfaat.
    Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi ya jualan saya kaos kaki bayi klo ada yang mau silakan berkunjung :) moga makin banyak penunjung blognya

    ReplyDelete