Monday, April 21, 2014

Makanan yang Tidak Sesuai Diambil Ketika Menyusu

Fasa penyusuan susu ibu merupakan fasa yang sangat penting bagi seorang ibu dan anak yang disusui. Tahukah anda, pemakanan ibu ketika menyusu juga mempengaruhi tahap kesihatan anak anda?

Harus difahami bahawa anak yang menyusu ibu menyerap zat dan pemakanan yang diambil oleh ibu sepenuhnya! Oleh yang demikian, anda harus berhati-hati dengan setiap pengambilan makanan anda seharian.

Antara makanan yang tidak sesuai diambil sepanjang penyusuan adalah seperti berikut:

1) Makanan laut yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi seperti ikan Yu, ikan todak dan ikan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi boleh menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Anda digalakkan mengambil makanan laut yang kadar merkurinya rendah seperti ikan salmon, sardin, sotong dan lain-lain. 

2) Makan terlalu banyak buah-buahan yang mengandungi citrus seperti limau, oren, limau gedang, lemon. Makan buah-buahan citrus dalam kuantiti yang banyak ini mampu mengganggu sistem penghadaman bayi dan sistem usus yang masih belum matang. Anda digalakkan memilih buah-buahan tropikal yang lain seperti jambu, betik dan sebagainya. 


3) Makan makanan yang diketahui boleh menyebabkan alahan. Bayi anda mungkin mempunyai alahan tertentu akibat daripada pengambilan makanan yang tidak betul. Ianya boleh menjadi punca kepada ruam, sukar tidur, sakit perut, gatal-gatal, eczema dan lain-lain masalah alahan. 


4) Minum alcohol. Ianya bukan saja dilarang sama sekali dalam Islam, tetapi ia turut dirembeskan kepada anak melalui susu ibu. Maka ianya turut menjadi darah daging dan lahir generasi yang rosak akhlaknya. 



5) Mengambil minuman berkafein. Pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman coklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu yang boleh menjadi punca kepada gangguan tidur bayi. 




Ibu hamil seharusnya mencari info sebanyak mungkin berkaitan pemakanan yang sesuai diambil atau mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor mahupun pakar kesihatan. Jangan lupa, minum air yang secukupnya!


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah





Never Lose Hope...

Sumber rujukan:
http://drzubaidi.com/blog/



No comments:

Post a Comment