Semalam menerima perkhabaran dari seorang teman mengatakan ayahnya diserang minor stroke atau angin ahmar. Allahuakbar, dapat bayangkan bagaimana kerisauan seorang anak apabila ibu atau ayah diserang stroke secara tiba-tiba. Jangan ambil ringan tentang gejala awal stroke ini kerana tindakan dan langkah awal anda atasi serangan stroke mampu menyelamatkan ibu atau ayah anda alami hilang keupayaan seumur hidup! Jom kenali punca dan gejala bagaimana stroke boleh berlaku.
Apa itu Stroke?
Stroke atau dikenali juga sebagai angin ahmar merupakan satu gangguan fungsi otak atau 'serangan otak' yang terjadi secara mendadak, kebiasaannya disebabkan oleh gangguan pembuluh darah di otak yang tersumbat yang menyekat pengaliran darah ke otak sekaligus boleh mengakibatkan kematian secara mengejut!
Apakah kesan apabila pembuluh darah tersumbat?
Seperti yang anda ketahui, darah berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk otak! Anda bayangkan apa akan terjadi seandainya oksigen tidak dapat sampai ke otak akibat saluran darah tersumbat?
Otak merupakan tunjang kepada tubuh manusia yang lain. Otak bertindak sebagai penggerak kepada tubuh badan yang lain.
Oleh yang demikian, apabila otak tidak berfungsi dengan baik, maka seluruh pergerakan anggota tubuh badan yang lain juga turut terganggu. Risiko kematian juga semakin tinggi apabila otak tidak berfungsi lagi!
Bahaya bukan?
Oleh yang demikian, anda jangan sesekali mengabaikan gejala stroke ini apabila berlaku di kalangan ahli keluarga anda terutamanya ibu atau ayah anda! Ambil langkah awal dan segera supaya nyawa orang yang anda sayangi dapat diselamatkan.
Faktor utama berlakunya serangan Stroke:
- Tekanan darah tinggi
- Diabetes
- Kadar kolestral tinggi dalam tubuh
- Sakit jantung
- Gaya hidup tidak sihat mengakibatkan berat badan berlebihan
- Penyempitan pembuluh darah di otak
- Merokok
- Lanjut usia
Gejala awal Stroke yang tidak boleh anda ambil ringan:
- Deria sentuhan tiba-tiba tidak berfungsi terutamanya di bahagian lengan, kaki dan wajah dan kebiasaannya berlaku di satu bahagian sisi tubuh.
- Sukar untuk bertutur atau pertuturan tidak difahami. Suara tersekat-sekat.
- Penglihatan terganggu secara tiba-tiba
- Hilang upaya atau sukar untuk berjalan atau hilang keseimbangan koordinasi tubuh badan.
- Sakit kepala secara tiba-tiba tanpa diketahui punca
- Badan letih melampau
- Anggota badan menjadi sejuk
Apa yang perlu anda lakukan seandainya gejala ini terjadi kepada ahli keluarga anda terdekat?
Harus anda ingat, langkah awal membantu atasi serangan stroke ini mampu menyelamatkan nyawa orang yang anda sayang atau anda mampu mengelakkan mereka terdedah kepada kehilangan upaya seumur hidup!
Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh anda lakukan:
1) Perkara utama yang anda perlu tahu adalah kenali gejala stroke tersebut. Gejala biasa yang anda boleh kenali adalah kesukaran untuk bertutur, anggota tubuh menjadi lemah dan tidak berfungsi atau tiada tindak balas, mulut menjadi herot, sebelah badan menjadi lumpuh.
2) Terus bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor. Jangan bertangguh! Ini kerana ia perlu di bawah pantaun doktor segera untuk memantau simptom yang ada sebelum kerosakan otak berlaku sekiranya dilewat-lewatkan rawatan.
3) Sementara ke hospital, anda mungkin boleh membuat urutan di bahagian yang tidak mempunyai daya ransangan seperti tangan dan kaki, minta pesakit cuba tuturkan beberapa perkataan mudah atau ajak mereka untuk mengingati perkara biasa yang mereka hafal supaya otak sentiasa berjalan dan ransang mereka untuk bercakap walaupun sedikit
Buat langkah bijak anda sekarang!
Jangan mengambil mudah dengan serangan stroke. Sekali anda terlewat, anda membuatkan risiko kematian kepada orang yang anda sayangi.
InsyaAllah pada entri akan datang, saya akan kupas mengenai supplement Shaklee yang boleh membantu menghalang gejala stroke daripada terjadi kepada anda dan keluarga anda.
=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Facebook: Nurkids Babywear Full
Page: Nurkids2u Healthcare
SMS/What'sapp : 019-3405054
Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================
Rujukan:
bahaya kan..nenek ika dah 2 kali ada tanda2 awal strok..mula2 kebas tangan, kali kedua muka dan tangan tak rasa apa...suplemen apa yang sesuai untuk nenek ika?
ReplyDeleteMEH BACA SINI JIKA ANDA FOBIA MAKAN UBAT
Blh try amalkan Vivix Shaklee Atie.. Selain tu blh juga samada Omega, B-Complex, Pyhtocol-st dan COQHealth..^_^
Deletebahayanya strok ni...ambil langkah awl untuk pencegahan
ReplyDeleteberkesankah omega guard?
Yup betul..Kalau kena serang strok, kene cepat2 rujuk doktor..
DeleteSerangan tanpa kita sedari..mencegah lebih baik dari mengubati..
ReplyDeleteInch Loss Plan
Ya serangan strok ni boleh berlaku secara tiba2..Kene alert sentiasa..
DeleteBila dah nampak tanda2 awal, kena berjaga2. Risaunya kalau yang terkena strok tu orang yang tersayang.
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TIPS DIET UNTUK PESAKIT KENCING MANIS
Ya betul.. nampak depan mata sepupu sendiri yang kene stroke muda-muda lagi.. Smpai sekarang sebelah badan memang tak berfungsi..huhu. Sian tengok..
DeleteAda dua jenis stroke, satu sbb clot atau gumpalan dalam salur darah yang menyekat aliran darah membawa oksigen, satu lagi salur darah pecah dan berlaku pendarahan di otak. Sebab itu perlu bawa ke hospital segera utk kawal drpd menjadi lebih teruk malah boleh membawa maut
ReplyDeleteItulah.. Takut bile dengar.. kalau bertindak lambat, bawa ke hospital lambat, memang tak dapat diselamatkan..huhu
Deletearwah abang ipar meninggal sebab strok..strok tak knl usia...berhati-hati jika ada tanda awal.cegah sebelum parah
ReplyDeleteBetul..Memang tak kenal usia..Muda2 pun dh boleh kene serangan stroke..Kene jaga kesihatan sllu kan..
Deletejiran sebelah rumah pun kena stroke jugak. Jatuh kat bilik air. Sampai sekarang masih belum bekerja tapi nmpknya dah makin pulih. bahay betul kan... tiba2 je boleh kena...
ReplyDeleteAtasi Berat Badan Berlebihan Sebelum Di Ejek Seperti Tong Drum Oleh Suami Sendiri!!!
Yup betul memang bahaya.. Dah jatuh sekali, kalau jatuh lagi sekali lagi, lagi la berisiko kepada nyawa..
DeletePenyakit strok ni memang bahaya kan bila-bila masa je dia boleh menyerang, kalau ada tanda-tanda tu baik pergi buat pemeriksaan terus jangan dibiarkan.
ReplyDeletekeistimewaan gla complex
Betul tu..Tapi kebanyakan org skrg ambil tindakan tunggu dan lihat. Sedangkan ia sangat berisiko..
DeleteStroke lagi satu penyakit yang tak boleh diambil ringan. Start dari kebas-kebas je pun dah kena hati-hati..
ReplyDeleteBetul..Risau juga kt mak sbb dh mula keba2 tangan.. Then ada darah tinggi. Kalau ada darah tinggi pun kene jaga2 juga..
DeleteAbah dulu pnh kena strok..alhamdulillah dh pulih, amek supplement dan urut
ReplyDeleteJemput baca: RESEPI MINUM PETANG YANG PALING TAK DAPAT DILUPAKAN
Alhamdulillah syukur..Risau kan..
DeleteKena peka dengan simptom strok agar dapat berikan rawatan segera
ReplyDeleteerti penuaan
Ya betul tu..
DeleteTakut dengar strok2 ni..jiran saya penah kena separuh badan tapi dia cepat-cepat bawa pergi berurut..alhamdulillah sembuh setelah beberapa kali berurut..tetapi tetap kena berjaga-jaga juga,jaga pemakanan dan makan suplemen..
ReplyDeleteHantaran Kahwin Shaklee Untuk Yang Tersayang
Alhamdulillah.. Kene rujuk doktor terus if kene serangan strok.. Bahaya kadang..
Deletebahaya stroke ni!jadi kita harus mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga
ReplyDeleteYa betul..
DeletePenyakit stroke ni tak kenal usia kan.. Tambah2 yg dah berusia lagi lah risiko.. Tapi org muda2 juga ada. Kena ada Kesedaran mencegah.. bukan lagi Kesedaran mengubati..
ReplyDeleteRESVERATROL : ELAK ANDA MATI CEPAT
Ya..sbb stroke memang tak mengenal usia..huhu
Deletemenakutkan... jaga2lah pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. jangan dah terhantuk baru nak tergadahh
ReplyDeleteAPA DAH JADI DENGAN PERUT BERANGIN
Alert lah kalau ade tande2 stroke kan.
ReplyDeleteStoke penyakit yang berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian..jagalah kesihatan anda mulai dari sekarang.
ReplyDeletePhat Phet Teman Sejati Nasi Putih Panas
Dengar pun dah takut. Paling penting bagi saya, mulakan langkah penjegahan sebelum nasi menjadi bubur. Orang kata antioksidan sangat baik untuk menghindari masalah kesihatan.
ReplyDeleteSelain jaga pemakanan dan rajin bersenam, cuba amalkan doa untuk jauhi strok tapi Kena google ye!!
ReplyDeleteRisau Kena Potong Kaki
Risaunya.. ibu pun pernah ada rasa kebas2 tangan.. tapi susah betul nak ajak dia pergi checkup. Alhamdulillah sejak dia consume ostematrix dan alfalfa dah rasa kurang kebas2 dia.
ReplyDelete