Rambut gugur selepas bersalin merupakan masalah biasa dan sering berlaku di kalangan wanita selepas bersalin.
Situasi ini cukup merisaukan kebanyakan wanita kerana dikhuatiri ia menjadi masalah yang lebih kronik iaitu botak!
Mengapakah masalah keguguran rambut ini terjadi dan apakah jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah ini?
Hakikatnya, keguguran rambut bukan hanya terjadi selepas anda bersalin. Malah, ia juga turut terjadi semasa anda hamil.
Apakah punca masalah keguguran rambut ini terjadi?
Ketika tempoh hamil, sebahagian wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik.
Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.
Selepas kelahiran anak pula, jumlah kehilangan darah, perubahan besar kepada sistem metabolisme tubuh serta perubahan hormon selepas bersalin menjadi antara punca keguguran rambut ini berlaku.
Bahkan, kekurangan stamina dan kesihatan yang lemah dan lesu selepas bersalin turut menjadi faktor kepada terjadinya masalah ini.
Bilakah waktu keguguran rambut ini sering terjadi?
Masalah keguguran rambut ini terjadi kebiasaannya selepas 3-5 bulan selepas bersalin.
Sebab itulah kebanyakan orang-orang tua kita berpendapat bahawa wanita mula mengalami masalah keguguran rambut selepas anak mula pandai bermain air liur.
Berapa peratuskah keguguran rambut ini terjadi?
Kebiasaannya, hanya 30% sahaja daripada jumlah rambut akan mengalami keguguran.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini dari terus berlaku?
8 perkara yang perlu anda lakukan:
- Potong rambut lebih pendek. Ini kerana rambut pendek lebih mudah untuk dijaga dan selamat untuk bayi anda.
- Gunakan sikat yang lembut, sikat dengan cermat dan elakkan menyikat rambut ketika basah.
- Teruskan mengambil makanan yang sihat dan seimbang terutamanya makanan yang kaya dengan protein, zat besi dan zink.
- Anda juga boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
- Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.
- Elakkan membuat rawatan yang menggunakan bahan kimia seperti mewarna, mengerinting dan sebagainya.
- Jangan terlalu stress dan banyakkan bersabar kerana keadaan ini hanya bersifat sementara sahaja.
- Dapatkan nasihat dan rawatan lanjut dari doktor seandainya masalah keguguran rambut ini terus berlaku.
Anda tidak perlu risau dengan masalah ini kerana ianya normal. Walau bagaimanapun, sila dapatkan rawatan doktor seandainya masalah ini berlarutan.
Apakah cadangan supplement Shaklee yang sesuai untuk membantu atasi masalah ini?
Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut memerlukan makanan yang kaya dengan protein dan zinc.
Energizing Soy Protein dan Zinc Complex Shaklee merupakan antara supplement yang boleh anda amalkan sebagai supplement dalaman bagi mengatasi masalah keguguran rambut ini.
Mari kita lihat apa kata mereka yang telah menggunakan produk ini..
Energizing Soy Protein dan Zinc Complex Shaklee merupakan antara supplement yang boleh anda amalkan sebagai supplement dalaman bagi mengatasi masalah keguguran rambut ini.
Mari kita lihat apa kata mereka yang telah menggunakan produk ini..
No comments:
Post a Comment