Alhamdulillah, siang tadi terima jemputan dari Shaklee untuk menghadiri program Hi-Tea bersama Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Syukur kerana terpilih untuk bersama-sama meraikan Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail hari ini. Apa yer peranan beliau kini dalam Shaklee? Nak tahu?
Alhamdulillah, program sepetang yang banyak memberikan inspirasi dan input terutamanya bila bersama tokoh negara yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara.
Jika kita ingin menceritakan sumbangan beliau kepada negara, rasanya terlalu banyak. Panjang senarai..
Namun, apakah peranan beliau kini dengan Shaklee? Apakah usahasama beliau kini dengan Shaklee?
Shaklee membuat keputusan yang sangat tepat apabila memilih Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail ini sebagai Duta Shaklee Cares berdasarkan latar belakang beliau sebagai negarawan yang banyak membuat kerja amal dan kebajikan.
Biarpun kini usianya mencecah 80 tahun, beliau masih sihat dan bertenaga, malah mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk terus memberikan sumbangan kepada masyarakat.
Sifat rendah diri, peramah, mesra dan menyantuni semua peringkat usia termasuk kanak-kanak membuatkan saya sendiri mengagumi sifat beliau.
Malah, anak saya Nur Hanan sendiri teruja apabila bertemu dengan beliau. Bukan lagi hanya mengenali beliau melalui karakter Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha dalam Upin dan Ipin sahaja.
Moga Shaklee terus bergiat aktif dengan niat murni untuk turut sama membantu dan mengambil berat tentang kebajikan rakyat Malaysia.
Congratulations Shaklee! Proud to be a part of Shaklee..
No comments:
Post a Comment