Thursday, October 20, 2016

5 Cara atasi Buasir sebelum Terlambat!

5 cara atasi masalah buasir sebelum terlambat
Buasir! Seksanya bila ada masalah buasir ni. Sakit, rasa tak selesa, perut senak dan macam-macam lagi perasaan. Kadangkala sampai keluar air mata setiap kali membuang.

Anda salah seorang yang mengalami situasi begini? Dah bertahun dan terseksa dengan masalah buasir? Dah macam-macam produk dah guna untk mengatasi masalah buasir? Tapi masih lagi sama? 

Namun, bagi anda yang baru saja mengalami masalah buasir, usahlah abaikan untuk bertindak mencegah dari awal.

Kan susah bila dah terlambat untuk di atasi.. 

Bila dah parah, semakin banyak kos yang terpaksa anda keluarkan. Semakin banyak masalah yang perlu anda atasi termasuklah tekanan emosi dan masalah kesihatan lain yang lebih kronik. 

Apakah cara untuk mengatasi masalah buasir? 


Antara cara yang boleh anda amalkan sebagai langkah pencegahan adalah seperti berikut : 

  1. Cuba elakkan daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot lantai pelvik dan tarik nafas dalam
  2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan untuk mengiring daripada menelentang
  3. Kerapkan aktiviti berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah
  4. Banyakkan minum air dan pengambilan makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit yang menjadi punca buasir
  5. Berjumpa dengan doktor seandainya masalah anda semakin melarat. Doktor akan memberikan anda krim yang dapat meredakan kesakitan dan bengkak.

Oleh yang demikian, bagi anda yang sudah mempunyai tanda-tanda untuk mengalami masalah buasir, jangan abaikan yer. 

 Buat langkah pencegahan awal anda sekarang!




hahaha

No comments:

Post a Comment