Due date bersalin dah semakin hampir. Tak lama je lagi.
Macam-macam perasaan ada kan? Mudah ke nak bersalin nanti? Sakitnya lama ke sekejap je. Normal ke operate? Semua ni mesti terbayang dalam minda setiap ibu yang sedang menanti hari.
Saya pasti setiap ibu hamil semestinya mahukan saat kelahiran yang singkat, mudah dan tanpa komplikasi bukan? Setiap anak berbeza-beza rezeki kelahiran yang Allah beri.
Saya juga tidak terkecuali..
Macam-macam perasaan ada. Selalu berdoa semoga kelahiran kali ini Allah beri kemudahan sebagaimana waktu kelahiran Nur Hanan dulu.
Sebenarnya, ada cara untuk memudahkan kelahiran. Antaranya adalah melalui senaman.
Senaman bagaimanakah yang boleh diamalkan oleh ibu hamil untuk memudahkan kelahiran?
Ibu hamil masih boleh melakukan senaman. Namun, senaman yang boleh dilakukan mestilah yang tidak membahayakan ibu dan janin dalam kandungan.
Antara senaman yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
1) Senaman lantai pelvik
Normal bagi wanita hamil, otot pelvik menjadi lemah akibat menanggung bebanan yang lebih di bahagian perut dari biasa. Sebab itulah wanita hamil mudah untuk kerap rasa ingin membuang air kecil ataupun terkucil ketika bersin, batuk dan sebagainya.
Senaman otot pelvik ini adalah dengan cara anda membuat kemutan. Tahan sebagaimana anda menahan kencing. Berfas seperti biasa dalam tempoh 5-6 saat. Ulang beberapa kali.
2) Bertinggung
Senaman bertinggung merupakan senaman yang berfungsi untuk menguatkan otot di bahagian punggung.
Caranya adalah dengan bertinggung seakan bercangkung, tetapi ditahan oleh jari kaki. Letakkan kedua belah tangan di atas lutut, dan tahan selama mana yang anda mampu. Lakukan berulang kali.
3) Berenang
Kebiasaannya berenang akan melibatkan apungan badan dan teknik pernafasan. Dua perkara ini sangat membantu ketika bersalin kerana saat kelahiran memerlukan kita praktik pernafasan yang panjang. Apungan badan ketika berenang juga mampu memberikan rasa tenang kepada ibu di bahagian perut.
4) Berjalan kaki
Berjalan kaki banyak menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan ketika bersalin. Mulakan berjalan kaki dengan perlahan dahulu sebanyak 3 kali seminggu. Lama kelamaan, anda boleh tingkatkan lagi kelajuan ketika anda berjalan kaki.
5) Menaiki tangga
Rasanya part menaiki tangga ni tidak ramai ibu hamil yang gemar lakukan bukan? Tetapi sebenarnya manfaatnya sangat banyak ketika bersalin nanti kerana ia mampu menguatkan otot peha dan pelvik. Malah, ia membantu mempercepatkan bukaan prenium lantas memudahkan proses bersalin.
Namun awas! Senaman ini tidak sesuai dilakukan ketika trimester awal kehamilan kerana dikhuatiri rahim ibu masih belum kuat untuk menerima tekanan ketika menaiki tangga.
6) Lakukan kerja rumah harian
Ini merupakan rutin biasa bagi ibu-ibu biarpun bukan pada waktu hamil. Rutin kerja rumah ini juga boleh dijadikan sebagai senaman.
Namun harus diingat, elakkan melakukan kerja rumah terlalu berat yang boleh membahayakan kandungan anda.
Jom buat! Moga senaman ini juga menjadi salah satu cara untuk mudahkan proses bersalin nanti.
Tapi, dah tengah sarat ni memang perlu bertabah la nak buat semua ni kan? Lagi-lagi part naik tangga..hihi.
Apepun, jangan lupa tambah dengan pengambilan supplement untuk ibu hamil. Ia juga boleh menjadi salah satu faktor pembantu.
Selamat bersenam!
Rujukan :
http://www.majalahpama.my/mobile/5-jenis-senaman-ini-mudahkan-bersalin-ibu-mengandung-sila-amalkan-1.290551
No comments:
Post a Comment