Pages

Tuesday, September 9, 2014

Amalan Mencampurkan Bahan Makanan Untuk Manfaat Terbaik.


Setiap makanan yang kita makan mempunyai sifat dan khasiat tertentu.

Di dalam hadith Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam terdapat hadith yang menunjukkan bahawa amalan mencampurkan makanan dengan memerhatikan sifat makanan tersebut.


Mari kita baca hadith tersebut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ الرُّطَبَ بِالقِثَّاءِ»

Daripada ‘Abd Allah bin Ja’far bin Abi Talib berkata: Aku telah melihat Nabi Salla Allah ‘alayh wa sallam makan rutab dengan timun. (HR al-Bukhari. No. 5449).

Rutab adalah buah kurma yang masih basah dan mentah atau yang muda. Tamar pula adalah buah kurma yang telah kering yang biasa di dapati di kedai-kedai di Malaysia. Rutab adalah satu peringkat sebelum dia menjadi Tamar.

Iman al-Bukhari meletakkan tajuk bab bagi hadith ini sebagai “Menghimpunkan dua jenis makanan atau dua makanan pada sekali makan.”

Menurut Imam al-Nawawi: Daripada hadith ini dapat diambil hukum bahawa harus memakan dua jenis buah bersama-sama dan harus makan dua jenis makanan bersama-sama.

Begitu juga hadith ini menjadi dalil yang mengatakan bahawa harus mempelbagaikan makanan dan hukum ini tidak ada khilaf dalam kalangan ulama’.

Imam al-Qurtubi berkata: antara yang dapat disimpulkan daripada hadith ini ialah harus mengambil kira sifat-sifat makanan dan tabiatnya untuk dimanfaatkan mengikut cara yang sewajarnya berdasarkan prinsip al-Tibb (perubatan) kerana rutab terdapat sifat panas, sementara timun pula bersifat sejuk. Lalu apabila dimakan bersama-sama akan memberikan keseimbangan kepada badan. Ini juga menemukan prinsip yang besar di dalam percampuran ubat.

Abu Nu’aym dalam kitab al-Tibb telah meletakkan tajuk hadith di atas sebagai “makanan yang dimakan bersama rutab untuk menghilangkan kemudaratan.”

Di alam Nusantara ini, menjadi satu kemestian apabila membeli sate di kedai, maka kita akan diberikan juga timun.

Makanan seumpama sate, kebab, ikan bakar, ayam dan daging yang dipanggang atau disalai mengandungi karbon kerana sentuhan secara langsung dengan api.

Maka wajarlah disulami makanan ini dengan timun untuk mengimbangi apa yang kita makan.

Maka hadith ini menjelaskan kepada kita usaha untuk meneutralkan apa yang kita makan.

Praktikal di dalam produk makanan tambahan.

Di pasaran, terdapat pelbagai produk makanan tambahan yang menggabungkan beberapa bahan untuk dimanfaatkan oleh tubuh kita.

Seiring dengan berlalu zaman, ledakan teknologi yang semakin rancak dengan kajian-kajian yang terperinci ke atas sesuatu tumbuhan, maka lahirlah produk-produk yang menggabungkan beberapa bahan untuk dijadikan satu produk yang berkualiti.

Sifat-sifat dan tabiat sesuatu tumbuhan diambil kira bagi memastikan bahan yang dicampur itu tadi akan memberikan kesan yang terbaik kepada manusia.

Kita bebas untuk mengamalkan mana-mana produk yang terbaik pada pandangan kita selagi mana ia tidak haram dan memudaratkan kita.

Sebagai pengguna produk Shaklee, saya dapat mengetahui bagaimana pihak Shaklee telah berusaha untuk memastikan sesuatu produk itu berkualiti dengan mencampurkan beberapa bahan berdasarkan kajian yang terperinci selama bertahun-tahun lamanya.

Beberapa produk Shaklee yang dicampur.

Jom kita lihat beberapa produk Shaklee yang menggabungkan beberapa untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

#1. Vivix. Ia adalah produk terhebat Shaklee. Ia menggabungkan Anggur Muscadine, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum.

#2. DTX Complex. Ia adalah produk untuk kesihatan hati. Ia menggabungkan beberapa tumbuhan yang memberi kesan yang baik kepada fungsi hati iaitu: Milk Tistle, Cendawan Reishi, Schizandra Chinensis, Dandelion, Kunyit dan Artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu.

#3. Peppermint Ginger Plus. Ia adalah kombinasi 4 herba timur dan barat dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains terkini. Ia menggabungkan: Pudina, Halia, Anise dan Fennal.

#4. Garlic. Ia adalah antibiotik. Ia menggabungkan bawang putih, Rosemary dan Spearmint.

#5.  AdvanceJoint Health Complex. Ia adalah makanan tambahan untuk sendi. Menggabungkan Ekstrak Boswellia dan Ekstrak jagung yang membekalkan glukosamin yang pekat.

#6. Nutriferon. Ia adalah penemuan terhebat dalam bidang immunologi yang menggabungkan biji labu, biji plantigo asiatica, honeysuckle jepun dan bunga safflower.

Itu adalah antara produk-produk Shaklee yang dikeluarkan hasil daripada kajian yang mendalam ke atas setiap satu bahan yang ingin digabungkan.



Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk.

Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya.

Shaklee juga bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.

Tiga jaminan Shaklee apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

===================
Rujukan huraian hadith: 101 Hadis Pengubatan Rasulullah oleh Ahmad Adnan Fadzil.
===================

Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah



COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


No comments:

Post a Comment