Wednesday, April 9, 2014

Minuman Campuran Zanjabil (Halia) di dalam Syurga



Air campuran halia adalah minuman ahli syurga. Begitulah apa yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran.


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.


Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.


Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Di dalam al-Quran, halia disebut sebagai zanjabil iaitu di dalam surah al-Insan, ayat ke 17.

Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek bersama sambal belacan dan dimakan berserta nasi. Rasanya sedikit pedas dan lidas.


Kandungan halia

Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik, minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.


Sifat khas halia disebabkan adanya minyak atsiri dan oleoresin halia. Aroma harum halia disebabkan oleh minyak atsiri, sedangkan oleoresin menyebabkan rasa pedas. Halia banyak mengandungi kompenan pembentuk rasa pedas.


Manfaat halia

Mengikut kitab-kitab perubatan Islam, halia dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan dalam badan. 


Di dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selesema, batuk, cirit birit dan penyakit radang sendi tulang.


Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri. Rasanya yang tajam bermanfaat untuk menambah nafsu makan, kuatkan otot usus, membantu mengeluarkan gas usus dan membantu fungsi jantung.


Minyak halia berbau harum bermanfaat untuk mengubati mual dan muntah, misalnya mabuk kenderaan dan alahan wanita hamil.


Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.


Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
 

Kita mungkin susah untuk makan halia dengan begitu sahaja. Bagi yang mengetahui manfaatnya, mereka biasanya akan menjadikannya sebagai minuman harian sama ada dicampur dengan teh, lemon, madu atau selainnya. 


Kalau nak mudah lagi, jom ambil PEPPERMINT GINGER PLUS daripada Shaklee di dalam bentuk tablet. Boleh dimakan terus atau dilarutkan di dalam air… 


Hubungi kami untuk sebarang tempahan dan pertanyaan:
Nor Hafizah Shahtir
019-3405054
FB: Nurkids Babywear Full
Page: Nurkids2u Healthcare

Never Lose Hope...

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




3 comments:

  1. Salam perkenalan kembali, hebat ni boleh jana pendapatan dari rumah, Yes Never Lose Hope

    ReplyDelete