Pages

Tuesday, October 28, 2014

Kanser Payudara: Pembunuh No. 1 Wanita di Malaysia

Kanser payudara di kalangan wanita Malaysia
Kanser payudara.. Sebut mengenai kanser payudara ini, umum kebanyakan wanita sudah mengetahui bahawa ia merupakan antara salah satu penyakit pembunuh wanita tertinggi di dunia dan pembunuh no. 1 wantita di Malaysia. Namun, walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara ini walaupun hakikatnya ia boleh dirawat bermula peringkat awal lagi. Sebelum kita hurai lanjut mengenai kanser payudara ini, saya suka berkongsi dengan anda tentang sejarah kanser payudara terlebih dahulu..

APAKAH KANSER PAYUDARA

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

SEJARAH KANSER PAYUDARA

Tahukah anda, kanser payudara merupakan sejenis ketumbuhan dalam tubuh manusia yang paling awal diketahui. Penghuraian tentang kanser payudara ini telah pun diketahui oleh masyarakat purba Mesir zaman dahulu lebih kurang 1600 BC yang lalu. Namun, mereka tidak menyebut ianya sebagai istilah kanser/barah. 

Seorang individu yang dikenali sebagai Papyrus Edwin Smith telah menghuraikan beberapa jenis ketumbuhan dan ulser pada payudara yang dirawat menggunakan kaedah pengkauteran dengan menggunakan "fire drill" (gerudi dan bakar tisu kanser). Kaedah ini masih digunakan sehingga kini namun tanpa melalui proses pembakaran. 

Pada kurun ke-17, seorang doktor telah menemui kaitan antara kanser payudara dengan nodus limfa di ketiak. Pakar bedah berbangsa Perancis Jean Louis Petit (1674-1750) dan kemudian pakar bedah berbangsa Scottish Benjamin Bell (1749-1806) merupakan pakar bedah yang terawal yang berjaya membuang nodus limfa, (kanser) tisu payudara, dan otot dasar dada.

Kejayaan mereka telah diteruskan oleh William Stewart Halsted yang memulakan mastektomi (merupakan prosedur pembedahan) di 1882. Beliau dikenali kerana Halsted mastektomi yang radikal, satu prosedur pembedahan yang kekal popular sehingga 1970an. (Sila rujuk Wikipedia)

BEBERAPA FAKTOR RISIKO PENGHIDAP KANSER PAYUDARA

1) Faktor Keturunan

Kebanyakan kanser yang berlaku di kalangan sesetengah individu mempunyai kaitan dengan genetik keturunan masing-masing. Kajian membuktikan 5-10% kes kanser payudara adalah bertitik tolak daripada faktor genetik kerana tubuh manusia ini terdiri daripada pasangan kromosom yang diwarisi daripada ibubapa. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang perkaitan faktor keturunan dengan sel kanser seseorang. 

Kenali kanser payudara di kalangan wanita
5-10% punca kanser payudara atas faktor genetik
2) Seiring dengan faktor usia. 

Semakin berusia, semakin tinggi peratus risiko menghodap kanser payudara.

3) Tidak mempunyai anak, anak pertama lambat, tidak menyusukan anak, haid pertama awal, menopause lewat dan pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy).

3) Faktor alam sekitar

Faktor alam sekitar juga memainkan peranan kepada terjadinya sesuatu kanser dalam tubuh seseorang. Kesan radikal bebas juga menjadi salah satu punca kepada pelbagai jenis penyakit kanser. 

TANDA-TANDA AWAL KANSER PAYUDARA:


Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting masing-masing, antaranya seperti berikut:

* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Oleh yang demikian, anda jangan mengabaikan tentang tanda-tanda awal kanser payudara ini kerana rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda dari serangan kanser payudara yang boleh membawa maut!

Sayangi diri anda, sayangi keluarga!

Salam Sayang.
Ummu Hanan



-----------------------------------------------------
Anda sedang tercari-cari produk alternatif bagi mengatasi masalah kanser payudara anda?
Vivix Shaklee boleh membantu!

Vivix Shaklee membantu merawat penyakit kanser payudara

Hubungi kami untuk maklumat lanjut berkaitan dengan produk
Kami akan bantu anda untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA!


Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..





Sumber:
1) http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/mengenali-barah-payudara/

2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_barah_payudara

8 comments:

  1. Replies
    1. Ya, alhamdulillah Allah buka ruang untuk manusia cari dan usaha pelbagai cara untuk ubati segala macam penyakit kecuali mati..Alhmdulillah..^_^

      Delete
  2. Replies
    1. Yup, pemeriksaan memang sangat membantu.. Atau pun tak mau pi klinik selalu, mintak nurse ajar macam mana cara nak buat pemeriksaan sendiri kat rumah, then boleh buat sendiri kat rumah.. Ataupun, google tentang cara buat pemeriksaan sendiri pun boleh juga. Tapi, kalau nak lebih yakin, tentunya pegi cek kt klinik/hospital kan..^_^

      Delete
  3. takutkan bila fikirkan risiko kanser ni..wanita kena jaga kesihatan dari awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Kanser payudara musuh utama wanita selain kanser serviks.. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

      Delete
  4. Risaunya dgn breast cancer ni..Kena amalkan pemakanan sihat..Tq kak fiza untuk info yg bagus ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Syuhada..^_^ InsyaAllah amalkan gaya hidup sihat dan buat pemeriksaan selalu dapat mencegah dari breast cancer yang lebih serius..

      Delete