Pages

Sunday, October 12, 2014

Punca-Punca Pendarahan Awal Kehamilan?


"Tahniah, anda hamil 5 minggu!" Ucapan ini tentunya sering dinanti-nantikan bagi pasangan yang sekian lama menanti cahaya mata bukan? Namun, tidak ke semua wanita hamil dapat meneruskan kehamilan sehingga bulan ke-9 kandungan. Kajian turut menunjukkan bahawa kira-kira 10-20% wanita hamil mengalami keguguran sebelum minggu ke-20 dan 80% lagi berlaku selepas 12 minggu iaitu 3 bulan awa kehamilan. kebiasaannya, keguguran sudah tentunya dikaitkan dengan pendarahan. Namun, adakah semua pendarahan yang berlaku di awal kehamilan adalah petunjuk kepada keguguran? Entri kali ini saya tidak akan membincangkan tentang pendarahan punca keguguran. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendarahan ringan yang berlaku di awal kehamilan. Take note yer ibu-ibu hamil sekalian.. Adakah pendarahan yang berlaku adalah pendarahan biasa atau pendarahan keguguran.. Ikuti sharing ringkas saya mengenai isu ini.. 
Spotting atau pendarahan ringan dari vagina yang sedikit seolah-olah seperti haid namun bewarna merah kecoklatan di awal kehamilan adalah perkara biasa yang berlaku di kalangan 15-25% ibu hamil. Pendarahan ketika awal kehamilan kadang-kala merupakan perkara biasa yang berlaku di kalangan sesetengah ibu hamil. 


Antara punca-punca pendarahan awal kehamilan adalah: 

1) Hormon yang mengawal kitaran haid anda yang menyebabkan pendarahan apabila sampai waktu sepatutnya anda datang haid kebiasaannya yang disebut sebagai "penebusan" (breakthrough)

2) Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada uterus sehingga menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil sebagai pendarahan implantasi. Kebiasaannya ia berlaku dalam tempoh sehari ke dua hari. 

Adakah punca-punca lain yang boleh menyumbang kepada pendarahan awal kehamilan ini? 

Terdapat punca lain yang mungkin boleh menyebabkan pendarahan awal kehamilan juga, antaranya:

1) Pintu masuk ke uterus iaitu serviks mungkin terengsa di mana hormon kehamilan boleh megubah permukaan serviks yang boleh menyebabkan berlakunga pendarahan. Contoh lain yang biasa berlaku juga kadangkala ketika anda melakukan hubungan seks, anda mengalami sedikit pendarahan.

2) Anda mempunyai fibroid. Fibroid ini bukanlah kanser. Namun, pelekatan fibroid pada dinding rahim boleh juga menjadi punca kepada pendarahan. 

3) Anda mungkin mengalami jangkitan serviks

4) Anda mungkin memiliki penyakit keturunan seperti penyakit darah yang sukar membeku. 

5) Anda mungkin mengalami ketumbuhan kecil di serviks yang dinamakan sebagai polip serviks..Namun ianya tidak membahayakan. 

Kesemua perkara di atas mungkin menjadi salah satu punca berlakunya pendarahan ringan ketika awal kehamilan. Namun, samada ianya dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, sebaiknya anda disarankan untuk terus bertemu dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan dan maklumat lanjut berkaitan masalah anda. Kerana mungkin ia bukan pendarahan ringan. Doktor anda akan membuat imbasan dan mengenal pasti punca sebenar pendarahan yang berlaku di awal kehamilan anda. 

Namun, seandainya pendarahan tersebut hanyalah pendarahan ringan, anda usah bimbang kerana ianya merupakan perkara biasa yang hanya berlarutan sehari hingga dua hari sahaja dan kebanyakan daripada ibu yang mengalami pendarahan ringan dapat meneruskan kehamilan seperti biasa. 

Ianya berbeza dengan pendarahan keguguran kerana keguguran akan disusuli dengan kekejangan di bahagian perut, kesakitan yang agak teruk dan pendarahan yang agak banyak berbanding pendarahan ringan (spotting) ini. 

Kesimpulannya, jangan abaikan pendarahan ketika hamil. Anda perlu memastikan bayi anda sihat sepanjang kehamilan dengan mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjadi punca kematian bayi anda mahupun kecacatan bayi yang mungkin boleh berlaku. Nauzubillah, mohon dijauhkan.. Apa pun, jaga kandungan anda seawal mungkin. Selain itu, anda juga boleh mengambil supplement khususnya asid folik bagi mengelakkan kecacatan bayi anda. 

Hubungi kami untuk cadangan set kehamilan yang sesuai buat anda.. 


Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope..



------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



2 comments:

  1. Penjagaan tatkala hamil terutamanya first trimester amat penting. Acuh tak acuh dalam penjagaan diri dan pemakanan boleh memudaratkan silap-silap keguguran. Bagi yang pernah keguguran, lagi perlu berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, penjagaan di awal kehamilan memang sangat penting. Elakkan membuat aktiviti yang berat dan banyakkan berehat. Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete