Pages

Thursday, October 2, 2014

4 Tips Bijak Memasak Ibu Bekerjaya

Memasak merupakan salah satu tanggungjawab para ibu yang tidak boleh lari dalam kehidupan berumahtangga. Malah, tugas ini tidak terkecuali samada bagi surirumah mahupun ibu bekerjaya. Tetapi, cabarannya mungkin lebih tinggi bagi ibu bekerja kerana masa yang agak terhad ketika di rumah. Mana kan tidak, apabila pulang dari pejabat, terpaksa menguruskan anak-anak, urusan rumah dan memasak juga tidak terkecuali. Kadang-kala ada yang mengambil jalan mudah dengan hanya membeli makanan kedai setiap hari untuk santapan keluarga. Namun, adakah anda merasa puas dengan hanya memberikan anak-anak anda masakan kedai atau warung makan setiap hari. Mungkin tips kali ini dapat membantu anda menguruskan masa anda sekaligus dapat memasak untuk suami dan buah hati si kecil kesayangan anda.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan:

1) Rancang dan buat jadual untuk seminggu

Merancang memang memerlukan usaha. Orang yang gagal dalam sesuatu perkara adalah kerana  mereka gagal dalam merancang. Oleh yang demikian, ambil masa sedikit untuk duduk sebentar dan rancang jadual dan menu memasak anda untuk seminggu. 

2) Tulis dan tampal jadual memasak anda.

Anda perlu tulis resepi yang bersesuaian. Senarai pendekkan makanan yang berkhasiat, mudah dan menyelerakan buat keluarga anda. 

3) Cuba praktikkan.

Memasak pun kene praktik dan cuba ke? Ya..kene mencuba. Cuba apa jua hidangan, kemudian anda perhatikan hidangan manakah yang disukai oleh anak-anak dan suami semestinya. Kemudian, ia menjadi lebih mudah kerana anda sudah mengetahui apa citarasa anak dan suami anda. Atau, anda mungkin boleh membuat rujukan mana-mana buku masakan. Tanya pendapat anak dan suami anda. Bincang, InsyaAllah dalam masa yang sama dapat mengeratkan juga hubungan anda, anak dan suami. 

4) Sejuk bekukan makanan

Sesetengah makanan boleh disejukbekukan. Bila tiba hujung minggu, masaklah makanan dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, makanan bayi, lauk ayam dan daging. Sayur tidak boleh disejukbekukan. Ini memudahkan hidup ramai wanita samada surirumah mahupun ibu bekerjaya. Tiba waktu memasak, anda boleh turunkan daging perapan contohnya dari bahagian sejuk beku ke bahagian bawah. Tiba waktu memasak, anda boleh terus sediakan masakan anda. Simpan bahan makanan sejukbeku dalam bekas kedap udara. Anda juga boleh bahagikan siap-siap mengikut hari yang telah anda buat jadual sebelum ini. 

Pelbagaikan makanan anda. Menyediakan jenis makanan yang sama menyebabkan anak-anak tidak menikmati diet yang pelbagai dan beraneka jenis. Mereka akhirnya hanya akan gemarkan satu jenis makanan sahaja dan menjadi sangat cerewet. Jadi, cuba lah rancang makanan yang pelbagai untuk hidangan berbeza setiap kali makan. 

Selamat mencuba ibu-ibu bijak!

Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...



-------------------------------------------
Ingin mendapatkan produk Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..

emel : nur_kids@yahoo.
com
.my
sms/whatsapp : 019-3405054
ID Shaklee: 946651


Ingin sertai group mantap kami?
Menjana Pendapatan 3,4,5 angka hanya dari rumah

2 comments:

  1. Nice tips!
    dulu satu tips ialah pada hujung minggu, saya akan siang siap2 semua ikan atau ayam dan bahagikan ke dalam bekas kecil2, cukup untuk seklai masakan. pada hari bekerja, hanya keluarkan satu bekas yang sudah siap disiang. dan rancang menu seperti dalam tips anda
    http://bit.ly/1tjp7tf

    ReplyDelete
  2. Tips yang berguna.. Memang di dalam dapur juga kita perlukan kemahiran

    ReplyDelete