Pages

Tuesday, October 7, 2014

Tips Memilih Warna dan Corak Pakaian yang Sesuai dengan Bentuk Tubuh

Saat memilih warna dan corak pakaian kadangkala menjadi satu saat yang agak sukar bagi sesetengah individu. Manakan tidak, kadangkala kita berkenan sungguh dengan corak dan warna sesuatu pakaian atau kain ela, namun bila difikir kembali tentang susuk tubuh, terasa tidak berpadanan pula kan? Silap-silap haribulan, elok-elok kurus sederhana orang kata terlalu gemuk pulak kan? Apa kata, anda ikuti sahaja beberapa tips mudah ini agar hari anda sentiasa ceria dan bersemangat dengan pemilihan warna dan corak yang betul dengan susuk tubuh anda. 
Pemilihan warna dan corak baju yang betul juga sebenarnya banyak mempengaruhi personaliti, mood dan keyakinan diri seseorang. Berikut merupakan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan yang bijak ketika membeli pakaian baru:

1) Badan gempal dan rendah
*Pilih pakaian yang bewarna gelap
*Pilih pakaian yang bercorak menegak. Jangan memilih pakaian yang bercorak melintang.
*Pilih corak bunga-bungaan yang kecil kerana pemilihan corak bunga besar akan menyebabkan tubuh anda kelihatan lebih gemuk.
*Elakkan memakai skirt/palazzo yang kembang mengembang kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gempal dan lebih rendah. 

2) Badan gempal dan tinggi
*Pemilihan bagi bentuk tubuh sebegini lebih kurang sama dengan bentuk tubuh yang gempal dan rendah
*Pilih pakaian yang bewarna gelap
*Pilih pakaian yang berbunga kecil
*Pilih pakaian yang bercorak menegak

3) Badan kurus dan rendah
*Kebiasaannya, orang sebegini sesuai memilih warna yang agak cerah
*Pilih pakaian yang berbunga besar
*Sesuai juga memilih baju bercorak menegak agar kelihatan lebih tinggi
*Selain itu, boleh padankan dengan kasut tumit yang lebih tinggi supaya kelihatan lebih dewasa dan tidak terlalu kelihatan seperti kanak-kanak remaja disebabkan faktor tubuh yang kurus dan rendah

4) Badan kurus dan tinggi
*Pilih baju yang bercorak bungaan besar
*Pilih pakaian yang bercorak melintang agar anda kelihatan lebih gempal dari tubuh anda sebenar
*Pilih baju yang bewarna cerah


Selamat mencuba!


Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope... 





-----------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..

1 comment:

  1. Assalamualaikum. minta izin untuk copy artikel. saya sedang menyiapkan WIM (written instructional materials).

    ReplyDelete