Pages

Friday, October 3, 2014

Tips Menangani Anak Mudah Menangis

Anak-anak menangis merupakan perkara biasa yang perlu kita lalui sebagai ibubapa. Namun, adakah menangis ini perlu dituruti setiap waktu atau ibubapa perlu memainkan peranan dalam menangani anak yang kuat menangis ini? Adakah ianya juga perlu dijadikan sebagai salah satu pendidikan yang perlu kita terapkan dalam jiwa anak-anak yang semakin membesar? InsyaAllah petang ini saya ingin berkongsi bersama ibu-ibu semua tentang beberapa tips menangani anak yang mudah menangis ini. 
Entri sebelum ini saya telah kongsikan bersama anda tentang gejala Tantrum iaitu anak-anak yang kuat menangis apabila tidak dipenuhi permintaan mereka. InsyaAllah petang ini saya kongsikan secara ringkas bagaimana menangani anak yang mudah menangis (Seperti anakku Nur Hanan la ni..hahaha) Pening kalau dah start menangis yang kadangkala tak bertempat ni..

1) Ibubapa bimbang? Boleh..Tapi awas jangan berlebihan!

Kendalikan perasaan bimbang ibubapa dengan baik. Jangan menunjukkan perasaan bimbang dan sedih anda di hadapan anak-anak. Ianya juga mungkin boleh mengganggu emosi anak-anak juga. Lahirkan ketenangan di wajah anda. Berfikir dan bertindak dengan berfikir bagaimana cara untuk menangani tangisan anak anda pula. 

2) Ketegasan

Anak-anak yang kerap menangis ini kadangkala menguji ibubapa samada dengan tangisan itu ibubapa akan mengikut keinginan mereka ataupun tidak. Seandainya ibubapa menuruti permintaan mereka, mereka akan menggunakan taktik yang sama (menangis) untuk perkara yang lain pula. So, sesekali anda perlu tegas supaya anak anda tidak mudah melihat yang strategi tangisan mereka berjaya untuk mendapatkan sesuatu. 

3) Tenteramkan hati anak

Kadang kala kanak-kanak menangis salah satu puncanya adalah disebabkan perasaan takut yang lahir dari dalam diri mereka. Kanak-kanak perlukan kekuatan, perlukan sokongan. Oleh yang demikian, apabila anak anda menangis jangan mengeluarkan reaksi sebegini "Alah, itu pun nak takut.." Atau, "Jangan takut, tak de pape lah!". Sebaliknya pegang tangan anak, peluk mereka erat, cium mereka, berikan kata-kata yang menenangkan, tenteramkan ketakutan mereka melalui pelukan erat anda. 

4) Latih anak menguatkan mental mereka.

Kekuatan mental seorang individu sebenarnya boleh dipupuk sejak kecil lagi. Ketika mereka menangis kerana sesuatu, latih mental mereka untuk kuat. Tangani dengan baik. Sebagai contoh, pujuk anak untuk sama-sama mencari anak patung mereka sebagai contoh. InsyaAllah, mereka tidak akan menjadikan tangisan sebagai jalan penyelesaian mereka sahaja. 

Selamat menajadi ibubapa yang bijaksana!

Salam Ukhuwah, 
Ummu Hanan

Never Lose Hope...



---------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..



Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



1 comment: