Pages

Wednesday, November 26, 2014

Tips Pikat Suami Sebelum Suami Cari Calon Isteri Lain

Siapa kata hanya suami sahaja perlu pikat dan tambat hati isteri? Isteri perlu lebih lagi mainkan peranan untuk pikat hati suami sebelum suami cari wanita lain. Lumrah seorang lelaki yang inginkan digoda, dibelai, dipujuk dengan ayat cinta lemah gemalai daripada seorang isteri. Jangan fikir isteri saja tau yang ingin dibelai! 

Zaman moden kini memerlukan pasangan tidak kira samada suami mahupun isteri memainkan peranan masing-masing dalam memastikan keharmonian rumahtangga sentiasa terpelihara. Mari kita ikuti tips pikat suami sebelum suami cari wanita lain selain anda..

Para isteri kini tidak boleh terus beranggapan bahawa suami yang telah sah kite kahwini tidak perlu untuk digoda atau dipikat hatinya lagi seperti zaman bercinta dahulu. 

Anda silap andai anda beranggapan begitu! 

Ingat, seorang lelaki punya kouta 3 isteri lagi selain anda. Adakah anda mahu suami anda mencari calon isteri lain lagi dek kerana sikap anda yang tidak mahu menggoda mereka? Tentunya anda tidak mahu bukan? 

Oleh yang demikian, apa perlu anda lakukan? Sesuatu perlu anda lakukan! 

Mari ikuti beberapa tips yang boleh anda jadikan panduan untuk memikat suami anda selalu:

Tips Pikat Suami 1# Ikat suami dengan masakan dari air tangan sendiri. 

Sesibuk mana pun anda sebagai isteri bekerjaya, pastikan anda punya waktu untuk menyediaka makanan buat suami anda. Kenyangkan perut mereka dengan masakan air tangan anda. Elakkan makan kedai setiap hari. Letih macam mana sekalipun anda, usahakan untuk masak sendiri di rumah. 

Tips Pikat Suami 2# Luahkan kata-kata sayang melalui percakapan dan perbuatan.

Suami anda sudah tentunya tahu anda sayangkan dia. Tetapi, adalah lebih baik anda luahkan kata-kata sayang anda seperti "I Love You, abang hensem". Puji suami anda. Sebagaimana anda sukakan suami anda luahkan kata-kata sayang dan panggilan manja buat anda, sudah tentu mereka juga sukakan andai anda luahkan melalui kata-kata.

Tips Pikat Suami 3# Tawarkan urutan manja anda buat suami

Setelah seharian penat bekerja, sudah tentunya suami tidak akan menolak apabila anda tawarkan untuk mengurut tubuh mereka. Siapa yang tidak mahu bukan? Merasai kehangatan urutan dari tangan isteri sendiri? 

No no no jangan sampai suami anda mencari khidmat urutan wanita lain di luar sana gara-gara sikap anda yang berat tulang untuk menawarkan urutan pada mereka.. Anda mahu? 


Tips Pikat Suami 4# Memberi layanan sebaik mungkin dan menghormati mereka sebagai suami.


Biar setinggi mana sekalipun jawatan kerjaya anda, suami adalah wajib untuk anda hormati, suami wajib menerima layanan yang baik dari anda sebagai isteri. 

Jangan jatuhkan keaiban mereka di hadapan orang lain terutamanya adik beradik dan keluarga suami anda sendiri. Simpan keaiban suami. InsyaAllah, Allah akan pelihara rumahtangga anda. 


Tips Pikat Suami 5# Berikan 'hubungan intim' yang terbaik buat suami. 


Seorang lelaki sudah tentunya sukakan isteri yang pandai menghias diri untuk mereka, punya tubuh badan yang montok dan kepuasan hubungan intim yang sebaiknya. 

Jangan biarkan suami anda merasa 'tidak puas' dengan anda sehingga suami anda mencari wanita lain sebagai pilihan. Cari alternatif untuk sentiasa memberikan hubungan intim yang terbaik buat suami anda sehingga mereka merasakan hanya anda sahaja yang pandai dan mampu untuk memikat mereka.

Itu sahaja antara tips yang saya ingin kongsikan bersama anda.. Anda boleh pelbagaikan tips anda sendiri mengikut kesesuaian..

Sudah tentu anda lebih mengenali suami anda bukan? Gunakan apa jua cara sekalipun untuk mengikat suami anda. Oppss, apa jua cara sekalipun maksud saya yang dibenarkan oleh ISLAM yer.. 

Jangan pulak gunakan khidmat bomoh, nasi kangkang untuk memikat suami. Itu bukan akhirat sahaja bakal anda terseksa, malah di dunia lagi anda tidak kan pernah bahagia!

Pikatlah suami anda sekarang! Halal bagi anda untuk memikat lelaki yang telah sah anda nikahi. Malah, ganjaran pahala dan syurga juga bakal anda perolehi atas usaha anda untuk pikat suami anda sendiri!

Tahukah anda, penting bagi seorang isteri menjaga 'keintiman' mereka untuk suami. Suami mana yang tidak sukakan isteri yang sentiasa bergetah, ketat dan menggairahkan bukan? 

Apalah salahnya anda amalkan pengambilan supplement dalam membantu memikat Raja kesayangan anda sendiri..

Rangkaian produk Shaklee boleh membantu masalah kewanitaan anda. Antara produk yang kami sarankan untuk anda adalah seperti berikut:

Vivix membantu meningkatkan keintiman suami isteri, ala kacip fatimah yang mengetatkan keintiman wanita
Vivix membantu meningkatkan keintiman suami isteri, menegangkan payudara dan punggung anda

Collagen Powder Shaklee tingkatkan kecantikan wanita dalam dan luar bagi memikat suami
Collagen Powder Shaklee untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita

Alfalfa Shaklee bertindak untuk mengetatkan bahagian intim wanita bagi memikat suami anda
Alfalfa bertindak seperti kacip fatimah yang mampu membantu mengetatkan bahagian intim wanita

GLA Complex membantu memperbaiki hormon wanita dan mencantikkan kulit wajah
GLA Complex membantu membaiki hormon wanita, membantu masalah menoupouse dan mencantikkan kulit
Pilihan di tangan anda. Anda anda merasakan tubuh anda tidak seperti dahulu, tidak salah bukan anda mencuba pengambilan supplement untuk keharmonian rumahtangga anda sendiri? 

Salam Sayang, 
Ummu Hanan




=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
SMS/What'sapp : 019-3405054

Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================


11 comments:

  1. Tips yang bagus ni.. Perlu dijadikan amalan dlm melayari bahtera cinta.. Tq atas tips ini ye..

    ReplyDelete
  2. tips yang sangat berguna bagi isteri-isteri di luar sana.....tq atas tips ini ummu hanan.....

    Kepentingan Lecithin Nyata Diperlukan Badan Anda

    ReplyDelete
  3. Tips yang baik untuk diamalkan oleh isteri jangan sampai suami anda dikebas orang.

    9 makanan pantas bakar lemak

    ReplyDelete
  4. Kita kena tahu yang suami bukan hak mutlak seorang isteri..

    JommSihatDanCantik -> HILANGKAN BLACKHEADS & WHITEHEADS SENDIRI

    ReplyDelete
  5. Tq kak fiza share tips best ni :) :)

    ReplyDelete
  6. Yes betul2..isteri kena usaha utk pikat hati suami .suami pun kena juga usaha.bila dh sama2 berusaha,barula mantoppp

    ReplyDelete