Pages

Monday, November 24, 2014

Perut Buncit Suami: Antara Bahagia Dan Ancaman Penyakit

Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menjadikan kehidupan lebih ceria dan bahagia. Suami akan bertambah berat badan atau perut buncit selepas berumah tangga dilihat sebagai sesuatu yang normal dan tidak dilihat sebagai satu masalah. Terdapat laporan yang menunjukkan kehidupan suami perut bunci ini adalah seorang yang bahagian. Entri kali ini, jom kita sama-sama lihat situasi yang berlaku ini adakah perut buncit suami itu, membawa bahagia atau ancaman penyakit. 

Perut Buncit Suami: Suami Kata Aku Bahagia.

Situasi di tempat kerja:

Kawan Suami: Woi, perut kau dah buncit laaa… 
Suami: Biasa laaa, bahagia… Ada orang masak kat rumah…

Situasi di kedai:

Tauke kedai: En. Man mau buat seluar baru ker??? Bukan awal tahun baru buat 2 seluar baru ker??
Suami: Sudah tak muat la Ah Cai… Pinggang sudah besar lepas kahwin.. bahagia katakan… hehehe…”

Situasi di padang futsal

Kawan Suami: Awalnya pancit… Baru 5 minit main bro..
Suami: Alaaa, penat la nak bawa perut ni. Bahagialah katakan..Huh, bahagia ker macam tu…

Suami anda ketika masih bujang, mereka hidup aktif dan kurang makan. Kehidupan mereka dipenuhi aktiviti. Maka, hampir semua suami anda ketika masih bujang mempunyai bentuk badan menarik dan mempunyai BMI yang normal. 

Namun selepas bergelar suami dari sebulan ke sebulan BMI mereka sudah semakin meningkat. Suami anda sudah tidak lagi hidup aktif.  Banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Suami anda berasa bahagia selepas berkahwin kerana ada isteri menyediakan makanan lebih daripada yang sepatutnya. Suami anda bahagia sehingga menyebabkan perutnya sudah ke depan atau dengan kata yang mudah, perut buncit atau boroi.

Si isteri pula rasa suami perut buncit sesuatu yang normal dan sebahagiannya merasakan mereka berjaya memikat hati suami dengan masakan yang terbaik dari dapur rumah. Apa yang paling penting, mereka dapat suami yang penyayang dan bertanggungjawab walaupun suami perut buncit.

Biarlah Bahagia dan Jauh Dari Ancaman Penyakit


Suami selalu mengimpikan isteri yang cantik, pinggang kerengga, buah dada yang montok, punggung yang menarik dan macam-macam lagi. Tidak bolehkah suami juga menjaga penampilan diri agar tampil lebih segak dengan berat badan yang ideal dan bentuk tubuh yang terbaik untuk si isteri. Yang paling penting, suami perlu menjaga kesihatan diri.

Tahukah si suami jika suami perut buncit ini mempunyai banyak risiko ancaman penyakit yang tinggi. Suami anda rasa bahagia dengan perut buncit namun risiko ancaman penyakit yang secara senyap akan menyerang suami anda menyebabkan kebahagiaan itu diragut dengan sekelip mata.

Antara ancaman penyakit yang menjadi risiko terhadap suami perut buncit adalah seperti:

1) Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang lain. Ia menyerang suami perut buncit secara perlahan sehingga suami anda tidak perasan yang ia mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

2) Kolesterol Tinggi

Makan makanan yang tidak seimbang terutamanya yang mengandungi kolesterol LDL yang tinggi juga membawa kepada pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. LDL adalah lemak jahat kerana menyebabkan kolesterol melekat pada dinding pembuluh darah si suami perut buncit.

Ia mengembang di dalam salur darah. Ini memberi kepada kerosakan sel-sel jantung dan mengganggu fungsi mengepam darah oleh jantung.

3) Masalah Jantung

Suami perut buncit berisiko mempunyai masalah lemah jantung. Lihat sahaja apabila ia melakukan aktiviti sukan atau berjalan jauh dan menaiki tangga. Si suami cepat penat dan termengah-mengah. Beban kerja jantung berlebihan yang akhirnya membuatkan jantung menjadi lemah.

Detak jantung juga tidak normal, jantung gagal membawa oksigen ke otak secukupnya dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Serangan jantung yang mungkin akan berlaku buat pertama kali mungkin akan menjadi yang terakhir buat suami yang perut buncit yang akan meragut kebahagiaannya.

5)Kencing manis atau Diabetes

Pemakanan yang tidak seimbang yang boleh meningkatkan paras gula di dalam darah disebabkan kekurangan insulin. Inilah situasi di mana si suami perut buncit mendapat penyakit kencing manis atau diabetes. Kencing manis menyebabkan sistem saraf rosak dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

6) Strok

Strok bermula dengan masalah tekanan darah tinggi. Strok mengancam suami perut buncit seperti serangan jantung. Ia boleh membawa maut dan meragut kebahagiaan anda.

7) Ereksi Kurang atau Mati Pucuk.

Kompilasi daripada beberapa penyakit di atas boleh menyebabkan ereksi zakar suami perut buncit semakin kurang. Ini menyebabkan masalah di dalam hubungan seks. Jika tidak dirawat, ia mungkin boleh menyebabkan mati pucuk. Biasanya suami dapat mengesan bahawa dia mungkin menghadapi risiko masalah jantung dan strok apabila zakar kurang tegang ketika bersama isteri.

Mungkin banyak lagi risiko ancaman penyakit apabila suami perut buncit seperti masalah buah pinggang, masalah kesuburan dan masalah kesihatan yang lain.

Ubah cara hidup anda.


Amalkan cara hidup yang sihat. Makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman secara berkala. 

Si isteri yang bertanggungjawab di dalam pemakanan di rumah memainkan peranan penting untuk memastikan perut suami anda sihat dan tidak buncit melalui jadual pemakanan yang sihat. Atasi masalah perut buncit suami anda (klik di sini) agar anda hidup bahagia dan jauh dari ancaman penyakit.

Suami anda sihat, anda bahagia. Suami anda perut buncit, anda perlu berjaga-jaga

Selamat tinggal perut buncit suami...

Salam Ukhuwah,
UMMU HANAN



=======================
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
SMS/What'sapp : 019-3405054

Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================





18 comments:

  1. Buncit kalau takde penyakit tak mengapalah kan... kalau yang ade penyakit tu yang berbahaya... takut pula kalau diri sendiri yang buncit... hihihi

    Tips Cepat Hamil Untuk Isteri Yang Kerapkali Keguguran: Jom Ikhtiar Sebelum Usia Makin Meningkat!!

    ReplyDelete
  2. Orang kata buncit itu romantik, buncit itu comey..hahah..Tapi kalau memang tak dak penyakit apa2 tak mengapa la kan.

    JommSihatDanCantik -> JAWAPAN KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMAKNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi comey je buncit ni kan..jgn ada penyakit sudah lah..

      Delete
  3. Susah hati lau dah buncit..stamina tak kuat..pelu jaga penyakit bakal datang jika berterusan begitu..

    Multivitamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul..Sy tak berapa gemar suami perut buncit walaupun ada yang mengatakan mungkin ia sihat..hehe.

      Delete
  4. Sayang sgt dgn lemak2 yg ada.. Lpas bsukan g mkn nasi lg. Camna tak buncit. Nak kena btau info kt asben ni.

    Jom baca >>> Isyarat Kontraksi Awal. Ikuti Tips Kekal Selesa Semasa Braxton Hicks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tak menjadi gitu lepas senam melantak nasi byk2.. Silap2 makin naik berat badan..^_^

      Delete
    2. Hihihi tak menjadi gitu lepas senam melantak nasi byk2.. Silap2 makin naik berat badan..^_^

      Delete
  5. perut buncit kebanyakannya banyak mengundang penyakit..jom kempiskan perut dengan set kempis shaklee

    SENDI SIHAT KELUARGA BAHAGIA

    ReplyDelete
  6. Betul kan...kalau suami, semuanya nak yang elok pasal isteri nak yang slim, nak yang cantik...tapi diri sendiri dah macam tong dram itu katanya bahagia...hihihi.

    atasi kebimbangan hamil selepas keguguran

    ReplyDelete
  7. Saya ada hadiri kelas kesuburan. Kebetulan ada yg bertanya ttg perut buncit suami. Awas!perut buncit menandakan paras hormon testosteron yang menurun. Jadi,jangan salahkan wanita ja eh kl masih belum hamil.

    ReplyDelete
  8. Betul. Secara tak langsung boleh ganggu tahap kesuburan. Rasanya mereka kaum lelaki tak selesa sebenarnya dikata buncit. Cuma kata bahgia hanya untuk menyedapkan hati. Hehe

    ReplyDelete
  9. Teringat surat suami mah. Body wife lari,mula cari lain. Body sendiri lari, dikata bahagia. Dunia..dunia..heheheh

    ReplyDelete
  10. Sy tak suka laki buncit..
    Tapi suami sy agak buncit dr sebelum kawen lg.apa bole buattt.syg ttp syg;)

    ReplyDelete
  11. Buncit itu seksi...tapi hasben xbuncit sangat..haha

    ReplyDelete
  12. oppss suamiku pun buncit,memang saya sendiri tengah kawal pemakanan dia hehehe

    ReplyDelete
  13. Selama hampir 7 tahun kahwin ni, tak pernah lagi perut suami buncit.. nak kata tak kuat makan, dia memang kuat makan.. Mungkin sebab metabolisma dia tinggi kot.. tak dapat nak bayangkan jika suami berperut buncit.. hahaha

    8 PANDUAN MAKAN UNTUK KEKAL BERAT BADAN YANG SIHAT

    ReplyDelete