Tuesday, December 23, 2014

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Jerawat Sebelum Majlis Persandingan

Jerawat? Siapa yang sukakannya bukan? Siapa yang selesa dengan keadaan jerawat penuh di muka bukan? Terima pelbagai sindiran sinis dari rakan, pelbagai gurauan dan ejekan biasa kedengaran hinggap di telinga anda bukan? 

Lebih-lebih lagi anda yang bakal menjadi Raja Sehari.. Pasti masalah kulit wajah menjadi antara tumpuan yang anda perlu titikberatkan bukan? 

Adakah sedang mencari cara yang boleh membantu mengatasi masalah kulit jerawat anda? Sebelum itu, anda perlu memahami terlebih dahulu apakah punca masalah jerawat? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah jerawat? Barulah mudah untuk anda merawat dengan cara mana..

Wednesday, December 17, 2014

3 Step Mudah Resepi Air Asam yang Mampu Membuatkan Suami Anda Makan Bertambah-Tambah!

Air Asam. siapa yang tak terliur bile melihatnya bukan? Kecur air liur oiii..

Saya ni bukanlah dari kategori yang pakar memasak. Ala kadar biasa-biasa saja untuk hidangan suami tu reti la yang simple-simple. Nak yang ala-ala restoran, memang tak la kan. Tapi apa pun, memang sentiasa berusaha untuk sediakan yang terbaik. 

Air asam pun kene mahir jugak ke? Oh sudah tentu korang. Lagi-lagi kalau macam suami saya yang memang suka amat menu ayam/ikan cicah air asam. 

Suami korang pun sukakan air asam ni? Haaa..3 step mudah resepi ni korang mesti cuba tau!

Thursday, December 4, 2014

Pengedar Sah Shaklee di kawasan Pandamaran-Pelabuhan Klang

Buat pembelian melalui online tanpa caj penghantaran tentunya membuatkan anda betul-betul rasa lebih berbaloi dan menjimatkan bukan? Setidak-tidaknya dapat kurangkan sedikit kos yang ada. Adakah anda berada di sekitar kami iaitu kawasan Pandamaran dan Pelabuhan Klang? Mencari pengedar Shaklee yang boleh membuat penghantaran terus ke tempat anda? Tepat sekali. Kami yang anda cari!

Tuesday, December 2, 2014

Double Promotion Disember: Vitamin C & Vitamin E Shaklee Istimewa bagi Mereka yang Pentingkan Kecantikan Kulit

Alhamdulillah 2 hari dah dalam bulan Disember kan. Cepat je masa berlalu kan. Ok, hari ni nak share dengan semua tentang Promo baik punye dari Shaklee sepanjang Disember ini. Kalau 2 bulan lalu Shaklee ada buat Double Promotion, sepanjang bulan ini pun Shaklee offer Double Promotion untuk semua pengguna setia Shaklee. Nak tahu apa dia? Tentunya Sustained Released Vita C dan Vitamin E Complex. Apa istimewanya Vita C dan Vita E ini sehinggakan Shaklee memilih ia sebagai Double Promotion? Haaa..Teruskan bacaan anda ok..

Monday, December 1, 2014

Bagaimana Menjana Pendapatan dari Rumah Bantu Kurangkan Beban Kewangan Suami

Salam 1 Disember buat semua rakan-rakan sekalian. Diam tak diam kita dah memasuki bulan terakhir bagi tahun 2014 kan? Sekejap je masa berlalu. Pabila masuk juga bulan Disember, jadi petanda kepada memikirkan kos yang perlu disediakan untuk anak-anak bagi memasuki sesi persekolahan tahun depan. Anda tentu sedang memikirkan cara untuk menjana pendapatan dari rumah untuk bantu kurangkan bebanan kewangan suami bukan? Sudah punya kerja tetap sendiri, namun masih perlu jana pendapatan sampingan menampung kos hidup yang ada? Nak tahu bagaimana caranya? Teruskan ikuti perkongsian kami...

Thursday, November 27, 2014

Tips Pikat Hati Isteri yang Kerap Suami Abaikan

Kalau semalam saya kongsikan bersama anda bagaimana tips pikat suami sebelum suami cari calon isteri baru, hari ini insyaAllah saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips pikat hati isteri yang jarang suami buat. Betul atau tidak anda boleh nilaikan sendiri yer.

Wednesday, November 26, 2014

Tips Pikat Suami Sebelum Suami Cari Calon Isteri Lain

Siapa kata hanya suami sahaja perlu pikat dan tambat hati isteri? Isteri perlu lebih lagi mainkan peranan untuk pikat hati suami sebelum suami cari wanita lain. Lumrah seorang lelaki yang inginkan digoda, dibelai, dipujuk dengan ayat cinta lemah gemalai daripada seorang isteri. Jangan fikir isteri saja tau yang ingin dibelai! 

Zaman moden kini memerlukan pasangan tidak kira samada suami mahupun isteri memainkan peranan masing-masing dalam memastikan keharmonian rumahtangga sentiasa terpelihara. Mari kita ikuti tips pikat suami sebelum suami cari wanita lain selain anda..

Monday, November 24, 2014

Perut Buncit Suami: Antara Bahagia Dan Ancaman Penyakit

Kehidupan selepas berkahwin seharusnya menjadikan kehidupan lebih ceria dan bahagia. Suami akan bertambah berat badan atau perut buncit selepas berumah tangga dilihat sebagai sesuatu yang normal dan tidak dilihat sebagai satu masalah. Terdapat laporan yang menunjukkan kehidupan suami perut bunci ini adalah seorang yang bahagian. Entri kali ini, jom kita sama-sama lihat situasi yang berlaku ini adakah perut buncit suami itu, membawa bahagia atau ancaman penyakit. 

Sunday, November 23, 2014

Tips Mengurangkan Pengambilan Lemak Dalam Makanan Harian

Lemak adalah nutrien penting dalam kehidupan manusia. Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan Vitamin A, D, E dan K. Lemak seperti Omega 6 dan Omega 3 pula membekalkan asid lemak penting untuk badan. Walaubagaimanapun, lemak juga boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh  manusia dan menjejaskan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Anda perlu mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan harian agar anda dapat memastikan kesihatan anda pada tahap yang terbaik.

Friday, November 21, 2014

5 Cara Atasi Perut Buncit Suami yang Kerap Disindir Rakan Sekerja

Buncit, boroi, spare tyre, pregnant 8 bulan? Haaa biasa tak jolokan ni berlaku kepada suami anda atau anda sendiri mungkin? Fenomena perut boroi di kalangan lelaki selepas kahwin terutamanya menjadi perkara biasa kini. Agak-agak anda sebagai isteri malu tak kalau perut husband punya la boroi macam orang sedang hamil 8 bulan! Rakan-rakan sekerja kadangkala turut menjadikan ianya sebagai senda gurau dan sindiran. Alahhaaiii.. Apa yer puncanya? Dan bagaimana pula nak atasi masalah perut buncit ini pula yer? Jom bantu suami anda..

10 Amalan Sunat Hari Jumaat yang Perlu Anda Tahu

Salam Jumaat saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Kalau kita ada 1 bulan yang paling mulia di antara semua bulan iaitu bulan Ramadan, kita juga punya penghulu hari dari semua hari iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah, Allah kurniakan hari yang baik pada hari ini kepada kita semua, antaranya solat Jumaat yang tiada pada hari-hari lain. Mungkin ada sebahagian dari kita yang masih belum mengetahui tentang amalan sunat yang boleh kita laksanakan pada hari Jumaat. Nak tahu apa dia? Jom ikuti lanjut perkongsian saya di hari Jumaat yang mulia ini..

Thursday, November 20, 2014

Langkah Awal Atasi Serangan Stroke Selamatkan Nyawa Insan Yang Anda Sayang

Semalam menerima perkhabaran dari seorang teman mengatakan ayahnya diserang minor stroke atau angin ahmar. Allahuakbar, dapat bayangkan bagaimana kerisauan seorang anak apabila ibu atau ayah diserang stroke secara tiba-tiba. Jangan ambil ringan tentang gejala awal stroke ini kerana tindakan dan langkah awal anda atasi serangan stroke mampu menyelamatkan ibu atau ayah anda alami hilang keupayaan seumur hidup! Jom kenali punca dan gejala bagaimana stroke boleh berlaku.

Wednesday, November 19, 2014

Tips Atasi Stretchmark Hamil Sebelum Ditegur Suami "Perut Tak Licin Seperti Dulu"

Stretchmark? Euchh.. Mesti terbayang kesan parut yang kasar kat perut tu kan? Nak nak lagi selepas bersalin. Alahhaaii, 'cantik'nya perut! Nak hilangkan punya la payah.. Terimbau-imbau lagi kulit kasar selepas bersalin dulu. Nak sentuh pun rasa alamak ngeri rasa!

Saya yakin dan percaya anda tentunya mengalami dilema dan masalah yang sama kerana 90% daripada wanita hamil mengalami masalah stretchmark sepanjang kehamilan dan selepas bersalin. Bagaimana anda ingin mengatasinya? Punya cara? Sudah tentu..

Monday, November 17, 2014

Set Bersalin Shaklee Membantu Hari Anda Lebih Sihat dan Bertenaga Sepanjang Tempoh Berpantang

Berpantang merupakan fasa yang perlu dilalui oleh semua wanita yang baru melahirkan anak. Ia merupakan satu fasa yang sangat penting bagi mengembalikan semula kesihatan si ibu selepas melahirkan anak. Fasa ini merupakan fasa yang penuh dengan pahit manis dengan pelbagai pengalaman yang perlu dilalui para ibu. Bahkan, pengambilan makanan kesihatan dan beberapa pantang larang juga turut perlu dititkberatkan oleh ibu berpantang.

Friday, November 14, 2014

Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

Sebut mengenai sakit gigi ni, mesti dah terbayang dah rasa sakit, ngilu, nyeri kat bahagian gigi. Boleh sampai demam tu bila sakit gigi ni. Nak buat tugasan harian lain pun akan rasa terganggu. Masakan tidak, nak bercakap pun sukar, kadangkala sehingga menyebabkan sakit kepala! 

Sakit gigi merupakan kesakitan yang biasa dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi kebiasaannya dialami oleh mereka yang kurang menjaga kesihatan gigi. Walau bagaimanapun, anda boleh mencuba beberapa petua mudah dalam membantu mengurangkan sakit gigi ini.   

Thursday, November 13, 2014

15 Saranan Pemakanan Sihat Elak Terus Makan Ubat Tekanan Darah Tinggi

Menyebut mengenai darah tinggi, tahukah anda lebih 2,800,000 daripada rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Namun, yang mengejutkan 80% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka penghidap darah tinggi! 

Hypertansi atau tekanan darah tinggi merupakan antara salah satu penyakit yang menjadi pembunuh senyap tertinggi di Malaysia. Apakah punca dan simptom ianya berlaku (klik di sini) kadang-kala tanpa kita sedari melainkan apabila kita membuat pemeriksaan doktor. Namun, bagaimanakah ianya boleh di atasi? Antaranya adalah melalui pemakanan. Ikuti sharing lanjut saya, Pengedar Shaklee Klang anda mengenai masalah tekanan darah tinggi ini.

Wednesday, November 12, 2014

Dilema Wanita: Teruskan Usaha Miliki Zuriat dari Rahim Sendiri atau Ambil Saja Anak Angkat?

Wanita mana yang tidak mahukan zuriat bukan? Apatah lagi zuriat dari rahim sendiri untuk suami tercinta. Bertahun menanti. Pelbagai cara dah cuba. Dari perubatan tradisional sehingga moden semua dah usaha. Namun masih belum menampakkan hasilnya. Kadangkala membuatkan rasa putus asa biarpun tahu ia adalah ketentuan dan perancangan dari Allah swt. 

Sebut mengenai tiada lagi zuriat ini, saya yakin anda yang masih belum punya zuriat lagi tentunya sedikit sebanyak terganggu emosi, apatah lagi seringkali diajukan soalan yang sama tentang anak anak dan anak! Mengalir air mata...

Tuesday, November 11, 2014

Bekerja dari Rumah dengan Income Tetap Bukan Lagi Anganan Kosong!


Mungkin satu ketika kebanyakan orang menganggap kerjaya sebagai surirumah satu kerjaya yang tidak mengembangkan minda di kalangan wanita. Namun kini anda jangan menganggap surirumah pada masa kini hanya melakukan urusan rumahtangga sahaja, malah kebanyakan surirumah juga sudah memiliki kerjaya mereka sendiri walaupun berada di rumah.


Seandainya pemikiran anda masih lagi pada kelas kedua tentang surirumah, diharapkan anda dapat membuka minda dan pemikiran anda. Ini kerana surirumah pada zaman kini tidak lagi seperti surirumah zaman dahulu. 

Monday, November 10, 2014

Tips Kurangkan Sakit Kepala Akibat Migrain Tanpa Ambil Paracetamol Hilangkan Kesakitan

Saya yakin kebanyakan penghidap migrain menggunakan jalan mudah dengan mengambil Paracetamol sebagai ubat penahan sakit sekaligus bagi menghilangkan sementara masalah migrain ini. Namun, seperti anda semua maklum, pengambilan Paracetamol dalam kuantiti yang banyak, berpanjangan dan berterusan sehingga bertahun lamanya boleh mendatangan kesan kepada masalah kesihatan anda yang lain pula. Mungkin tujuan anda adalah untuk menghilangkan rasa sakit migrain tersebut, namun hakikatnya anda masih lagi tidak mengatasinya daripada 'akar umbi' punca penyakit tersebut. 

Saturday, November 8, 2014

Tiada Lagi Migrain Selepas Amalkan 4 Biji "Si Putih" Setiap Hari Sejak Setahun Lalu

Adakah anda seorang yang memiliki masalah migrain teruk? Anda tentu tahu bagaimana kan rasanya apabila migrain mula menyerang? Atau mungkin anda tiada masalah migrain seperti saya, namun punya insan tersayang yang mengalami masalah migrain? Sama kisah nya seperti saya.. Saya tidak punya masalah migrain, alhamdulillah. Tapi, melihat husband sendiri punye masalah migrain, sedikit sebanyak memberikan kerisauan kepada diri. Alhamdulillah, kini tiada lagi migrain padanya. Nak tahu apa rahsianya? Apa yang beliau amalkan setiap hari? Jom ikuti lanjut perkongsian saya ini..

Friday, November 7, 2014

Dimarahi Majikan Kerap Cuti Kerana Migrain Teruk

Saya selalu mendengar luahan daripa rakan-rakan yang memiliki migrain dengan ayat sebegini "Sakitnya kepala! Rasa macam nak hentak je kepala kat dinding bagi hilang.." Orang yang tidak punya masalah migrain ini mungkin memandang ianya sebagai sesuatu yang menjengkelkan. Namun, bagi yang mengalami masalah migrain, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaan dan perasaannya. 

Thursday, November 6, 2014

Anak Gembira Ibu Pulih dari Kanser Usus Tahap 4 (dengan Izin Allah) selepas Amalkan 2 Botol Vivix

Anak mana yang tidak risau, anak mana yang tidak gundah gulana bila ibu atau bapa mereka disahkan penghidap kanser usus tahap 4. Kerisauan dan kesedihan untuk menerima hakikat orang yang disayangi bakal pergi meninggalkan kita merupakan fitrah biasa sebagai manusia. 

Apatah lagi andai orang itu adalah orang yang kita sayang seperti ibubapa, suami, adik-beradik, rakan baik atau anak kita sendiri. Ya betul.. Ajal maut di tangan Tuhan. Tiada seorang manusia dan tiada satu kuasa apa jua sekalipun yang mampu menghalang kuasa dan ketetapan Allah swt tentang ajal dan maut ini.

Wednesday, November 5, 2014

Cermin Keretaku Pecah, Mungkinkah kerana Pancaran Matahari?

Malam kelmarin tiba-tiba abang kalut-kalut panggil.. "Eh cermin kereta ko pecah tu..Pergi tengok". Dengar berbunyi cermin berderai sikit demi sedikit jatuh ke bumi. Haiyooo botak kepala bila cermin kereta belakang secara tiba-tiba pecah dan retak seribu. Alhamdulillah, ujian dari Allah. Betul-betul setelah 5 tahun berkhidmat dengan satu-satunya kereta kesayangan kami ini. Fining kepala lah..sebab dalam masa yang sama for sure bulan ni pun bulan renew roadtax kan.. ahaks. Relax, sudah sampai 'ajalnya'..^_^ Anda pernah lalui? Nak tahu kenapa punca cermin kereta boleh pecah sendiri? Jom lanjutkan bacaan anda.. 

Monday, November 3, 2014

Benarkah Asuhan Anak Bijak Bermula dari Kandungan? Apakah rahsianya..

Anak yang bijak merupakan dambaan bagi semua ibubapa selain daripada miliki anak yang soleh dan solehah. Namun, benarkah asuhan untuk memiliki anak yang bijak ini bermula sejak dari dalam kandungan lagi? Atau mungkin ianya bermula seawal umur 6 bulan selepas kelahiran melalui pembelajaran tertentu? Salah faham di kalangan ibubapa mengenai pembelajaran dan pembentukan minda dan otak anak-anak kadang kala menjadi punca kepada ibubapa terlepas peluang memulakan asuhan seawal usia yang mungkin.

Sunday, November 2, 2014

Omega Guard Shaklee Bagus untuk Otak Kanak-Kanak

Anak bijak dan pintar? Ibubapa mana yang tidak mahukan anak-anak yang bijak dan pintar bukan? Kalau boleh pelbagai cara yang ingin dilakukan oleh ibubapa untuk memastikan otak dan minda kanak-kanak sentiasa terjaga. Dari makanan, minuman termasuk susu yang diberikan semuanya ingin punya khasiat untuk otak dan minda anak-anak. Betul tak? Kita boleh pelbagaikan aktiviti pembelajaran dengan anak-anak, tetapi otak anak juga perlu dipelihara dan diransang sejak kecil lagi. Berikan makanan yang sihat untuk otak anak anda..

Saturday, November 1, 2014

Omega Guard Produk Promo Shaklee November 2014

Welcome November 2014! Alhamdulillah, masuk bulan baru hari ini. Kalau bulan lalu kita dah nikmati promo istimewa combo Promo iaitu Buy 6 Free 1 ESP dan Buy 3 Free 1 Mealshake, bulan ini produk seisi keluarga juga menjadi pilihan Shaklee. Nak tahu apakah produk pilihan Shaklee bulan November ini? Sudah tentunya Omega Guard Shaklee. Omega Guard Shaklee juga tidak kurang hebatnya dengan ESP dan Meal Shakes bulan lalu. Ingin tahu mengapa? Jangan lepaskan peluang anda ikuti sharing saya sepanjang bulan November ini.

Friday, October 31, 2014

Apabila si Kecil Muntah-Muntah

Muntah di kalangan anak kecil merupakan satu perkara normal terjadi sebagai ibubapa. Namun, kadangkala ia menjadi kerisauan kepada kita. Langkah yang terbaik apabila anak muntah luar biasa adalah dengan menemui doktor. Tetapi, sekiranya ia masih bukan pada tahap yang membimbangkan, beberapa langkah awal boleh dilakukan oleh anda. Bagaimana? Ikuti sharing saya pada entri kali ini. 

Thursday, October 30, 2014

Gigi Anak Rosak Sebelum Waktunya?

Anda cuba perhatikan sedikit struktur gigi anak-anak anda sebentar. Adakah gigi anak-anak anda benar-benar sihat? Atau mungkin, baru saja berusia setahun setengah tapi gigi sudah mula menampakkan tanda-tanda kerosakan gigi? Tahukah anda, penjagaan kesihatan gigi perlu bermula sejak kecil lagi. Malah, lebih baik anda mula amalkan pengambilan kalsium semasa anak anda dalam kandungan lagi. Kenapa saya katakan penjagaan kesihatan gigi kanak-kanak perlu dititikberatkan sejak dari kecil lagi? 

Wednesday, October 29, 2014

10 Sebab Kenapa Kandungan Meal Shakes Penting Buat Anak-Anak Anda

Meal Shakes merupakan salah satu produk Shaklee yang hot di kalangan kanak-kanak. Ia bukan sahaja menjadi kesukaan kanak-kanak, malah turut menjadi kesukaan orang dewasa dengan perasa Vanila nya yang sedap dan harum semerbak mampu membangkitkan selera. Tapi, tahukah anda di sebalik Meal Shakes ini terkandung pelbagai manfaat untuk orang dewasa dan terutamanya untuk kanak-kanak. 1001 manfaat Meal Shakes untuk kanak-kanak yang mungkin anda tidak ketahui. Ikuti sharing lanjut sy (Pengedar Shaklee Klang) tentang 10 sebab kenapa Meal Shakes penting buat anak-anak anda.

Tuesday, October 28, 2014

Kanser Payudara: Pembunuh No. 1 Wanita di Malaysia

Kanser payudara di kalangan wanita Malaysia
Kanser payudara.. Sebut mengenai kanser payudara ini, umum kebanyakan wanita sudah mengetahui bahawa ia merupakan antara salah satu penyakit pembunuh wanita tertinggi di dunia dan pembunuh no. 1 wantita di Malaysia. Namun, walaupun ia menjadi pembunuh wanita tertinggi, hakikatnya masih ramai lagi di kalangan wanita tidak mengambil berat dan memandang remeh mengenai kanser payudara ini walaupun hakikatnya ia boleh dirawat bermula peringkat awal lagi. Sebelum kita hurai lanjut mengenai kanser payudara ini, saya suka berkongsi dengan anda tentang sejarah kanser payudara terlebih dahulu..

Monday, October 27, 2014

Cara Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Mungkin ada di kalangan anda yang sedang berura-ura untuk menjadi ahli Shaklee. Namun, masih tercari-cari info bagaimanakah cara yang boleh diperolehi untuk menjadi ahli Shaklee. Mungkin juga anda sedang tercari-cari cara jadi ahli dengan pulangan atau keistimewaan yang lebih banyak boleh anda perolehi melalui keahlian Shaklee. Mungkin juga anda tercari-cari group support yang mantap untuk anda sertai Shaklee. Pilihan group yang betul juga mampu mengubah hidup anda pada masa depan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk jadi ahli Shaklee secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran yuran keahlian? Ikuti sharing lanjut saya berkaitan cara jadi ahli Shaklee secara percuma ini dalam entri kali ini.

Sunday, October 26, 2014

Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1

Awal kehamilan merupakan fasa yang sangat kritikal bagi sesetengah wanita hamil. Dari sudut bagaimanakah yang dikatakan sebagai fasa krikitikal? Kritikal yang dimaksudkan adalah dari sudut pemakanan kerana saya yakin dan percaya sesetengah wanita hamil mengalami morning sickness atau mabuk hamil yang agak teruk sehingga mengganggu pengambilan makanan harian mereka. Perkara ini sebaiknya perlu di atasi dengan sedikit ilmu kehamilan kerana pengambilan gizi makanan yang sihat dan seimbang termasuk ketika awal kehamilan sangat penting untuk tubuh anda dan bayi dalam kandungan. 

Saturday, October 25, 2014

Kanak-Kanak Ekzema: Bagaimana Merawatnya?


Eczema di kalangan kanak-kanak. Tak semua ibubapa melalui situasi sebegini. Hanya sebahagian ibubapa sahaja yang Allah uji anak-anak punya masalah Eczema. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap bahawa Eczema merupakan penyakit kulit biasa-biasa saja. Namun, bagi ibubapa yang memiliki anak Eczema tentu dapat merasai dan memahami bagaimana kerisauan dalam diri menangani anak Eczema. Bukan gatal-gatal biasa yer boleh sapu dengan krim-krim biasa yang boleh didapati di kedai runcit. Perlukan pencagaan dan pemantauan lebih. Ikuti perkongsian saya tentang masalah Eczema di kalangan kanak-kanak.


Friday, October 24, 2014

Anakku Tak Suka Makan Ubat! Macam mana nak buat?

Anak tak sihat? Anak demam? Anak sakit? Selesema? Alahhaiii... Bile datang time anak tak sihat, mula la ibu ayah duk risau. Lebih-lebih lagi bila anak yang jenis tak suka makan ubat. Susah benar nak makan ubat? Macam mana nak buat? Pergi hospital pun buat sedapkan hati yang gundah gulana. Asalkan doktor dah cek. Ambil ubat lagi. Tapi, bila sampai masa nak berikan ubat pada anak, totally failed bila anak reject! Sure bertambah risau kan? Lebih-lebih lagi demam yang berlarutan.. Beberapa hari tak juga kebah. Ataupun, selesema yang berpanjangan, batuk yang berpanjangan. Demam on off saja. Rujuk doktor sudah, tapi memberi makan ubat itu yang selalu menjadi masalah pada sebahagian ibubapa.. 

Thursday, October 23, 2014

Penyediaan Jeruk Mangga Asam Boi Semudah ABC

Sejak dua menjak ni ramai pulak yang duk share tentang jeruk asam boi ni. Hai, saya pun dah ikut terliur dah. Tapi, kalau nak beli siap terus sampai depan rumah, confirm confirm la tak cukup nak makan seisi rumah ni. So, jalan yang terbaik adalah buat sendiri je. Tak susah pun sediakan jeruk asam boi ni. Sesiapa sahaja boleh sediakan. Cumanya, nak atau tidak sahaja. Sempat atau tidak sahaja. Hehe, anak-anak pun boleh je sediakan sendiri. Nak tahu macam -mana nak buat jeruk asam boi ni? Jom kita tengok..

Wednesday, October 22, 2014

Merokok Tingkatkan 4x Ganda Risiko Kanser Serviks di Kalangan Wanita

Sudah terang lagi bersuluh, merokok boleh menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Malah, ia turut dilarang dalam agama Islam di atas hujah membinasakan tubuh badan sendiri dengan sengaja. Merokok kebiasaannya dikaitkan dengan kaum lelaki. Tetapi, jangan anda tidak percaya, secara senyap kajian menunjukkan bahawa statistik peningkatan perokok di kalangan wanita semakin lama semakin meningkat kini. dikatakan peningkatan sebanyak 5.3% pada tahun 2009 jika dibandingkan 4.2% pada tahun 2003. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga boleh menjadi salah satu punca kanser serviks di kalangan wanita. Nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan bacaan anda..

Tuesday, October 21, 2014

Penyelesaian Alternatif Membantu Masalah Kanser Serviks di Kalangan Wanita

Beberapa hari lalu, saya telah kongsikan bersama anda semua tentang penyakit kanser serviks (kanser pangkal rahim) yang merupakan pmbunuh no. 2 di kalangan wanita di Malaysia. Namun, yang menyedihkan, kesedaran dan pengetahuan tentang kanser serviks di kalangan wanita tentang penyakit ini masih lagi di tahap yang rendah jika hendak di bandingkan dengan kanser payudara. Sedangkan seandainya diteliti, kerajaan telah menjalankan pelbagai agenda dan program kesedaran untuk menangani kanser serviks ini. Adakah anda salah seorang daripadanya yang disahkan penghidap kanser serviks ini? Ikuti sharing lanjut saya kali ini, Pengedar Shaklee Klang anda tentang Vivix Shaklee yang mungkin boleh membantu masalah kanser serviks anda kini selain daripada rawatan lanjut hospital. 

Monday, October 20, 2014

Rahsia Kenapa Saya Sukakan "Fully Breastfeeding".. Anda Bagaimana?

Menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Saya yakin dan percaya semua ibu mengimpikan untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Namun, kadangkala beberapa sebab dan faktor tertentu yang menjadi penghalang seseorang itu tidak dapat menyusukan ibu sepenuhnya. Mungkin anda juga sedang menanti cahaya mata. Mungkin juga sedang berfikir-fikir samada ingin memulakan penyusuan sepenuhnya atau memilih susu formula sebagai pilihan anda. Hari ni nak berkongsi dengan kawan-kawan semua mengapa saya sangat suka memilih penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk anak saya. 

Sunday, October 19, 2014

Kanser Serviks: Ujian Pap Smear VS Takut dan Malu, Mana Pilihan Anda?

Takut? Malu? Ini dilema yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita untuk melakukan ujian Pap Smear. Perasaan malu dan takut untuk melalui kesakitan semasa ujian Pap Smear dijalankan membuatkan kebanyakan wanita lebih suka mendiamkan diri dan memilih untuk terus tidak melakukan ujian tersebut. Namun, sedarkah anda semua bahawa kita sebenarnya mengundang kepada risiko penyakit kanser serviks yang mungkin kita tidak ketahui dalam diam? Ketahui lebih lanjut perkongsian saya ini mengenai kanser serviks dan kepentingan melakukan ujian Pap Smear setiap tahun. 

Saturday, October 18, 2014

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Tanpa Makan Berlebihan

Seorang ibu hamil memerlukan sekitar 2540 sehingga 2650 kalori sehari. Jumlah ini lebih tinggi sedikit dari wanita normal iaitu keperluan seharian antara 1800 sehingga 2200 kalori sahaja. Pemakanan yang sihat semasa hamil amat penting untuk dititikberatkan kerana keperluan tenaga akan meningkat seiring dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Friday, October 17, 2014

Kenali Kanser Serviks: Pembunuh No. 2 Wanita di Malaysia

Kanser pangkal rahim atau turut dikenali sebagai kanser serviks merupakan pembunuh no. 2 wanita di Malaysia. Namun, kesedaran tentang kanser serviks ini di Malaysia masih lagi pada tahap yang sangat rendah biarpun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menjalankan pelbagai program kesedaran di seluruh negara. Adakah mungkin wanita di Malaysia menganggap kanser serviks ini tidak mungkin mereka hidapi? InsyaAllah, hari ini saya sebagai Pengedar vitamin kesihatan Shaklee Klang anda, ingin berkongsi tentang kanser serviks sebagai pengenalan awal kepada semua wanita di luar sana.

Thursday, October 16, 2014

Sakit Pinggang Ketika Hamil? Simptom Biasa atau Bahaya?

Tips atasi sakit pinggang ketika hamil
Terasa sakit di pinggang ketika hamil merupakan perkara yang biasa dan kerap kali terjadi sepanjang kehamilan. Ketidakselesaan, terasa lenguh dan mencucuk-cucuk di bahagian pinggang ketika hamil kadangkala menimbulkan kerisauan di kalangan ibu hamil lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak pernah mengalami situasi ini. Setiap kehamilan memiliki simptom kehamilan yang berbeza di antara seorang anak dengan anak yang lain. Kadangkala anak sulung sedikit sukar perjalanan kehamilan anda, kadangkala anak kedua tidak mengalami sebarang kesukaran. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil berat dengan perubahan diri anda sepanjang kehamilan, 

Wednesday, October 15, 2014

Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim

Kepentingan ujian Pap Smear
Tahukah anda, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap penyakit kanser serviks di dunia! Saya yakin tentu ramai di kalangan wanita yang pernah mendengar mengenai ujian Pap Smear ini bukan? Biasa tak anda mendengar momokan daripada rakan-rakan anda yang mengatakan ujian Pap Smear ini menyakitkan, malu perlu tunjuk bahagian wanita pada doktor kesihatan? Namun, seandainya anda diberi pilihan samada anda mengetahui anda memiliki penyakit kanser pangkal rahim (kanser serviks) bermula dari peringkat awal dan masih sempat untuk dirawat mahupun anda tiada jalan rawatan lain apabila secara tiba-tiba doktor mengatakan anda memiliki kanser pangkal rahim stage 4 dan sudah terlambat untuk dirawat? Mana 1 pilihan anda? 

Tuesday, October 14, 2014

Testimoni Penapis Air Shaklee: Bersih, Fleksible dan Mesra Pengguna


Susahnya nak mencari penapis air yang betul-betul menepati citarasa sekaligus berbaloi pada wang anda kan? Beberapa kriteria perlu anda tekankan dalam pemilihan penapis air. Kalau anda boleh mendapatkan penapis air yang lebih efisyen setanding dengan penapis air ribuan ringgit, menapa tidak ianya menjadi pilihan anda bukan? Jika semalam saya telah berkongsi bersama anda semua tentang Get Clean Water Pitcher Shaklee yang jimat dan mesra pengguna, insyaAllah hari ni nak kongsikan beberapa testimoni yang telah berpuas hati dengan penapis air ini. Jom kita tinjau!


Monday, October 13, 2014

Get Clean Water Pitcher Shaklee: Penapis Air yang Jimat dan Mesra Pengguna

Kini, penggunaan penapis air merupakan satu keperluan penting bagi setiap rumah. Manakan tidak, masalah air tercemar, berkarat, klorin tinggi, bau air yang tidak menyenangkan, rasa air yang agak lain dari biasa tentunya membuatkan anda tercari-cari penapis air yang betul-betul memberikan kepuasan kepada penggunaan harian anda di rumah. Rata-rata saya bertemu dengan beberapa orang pelanggan, mereka menyatakan bahawa mereka mencari penapis air yang mempunyai kriteria tertentu. Ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Get Clean Water Pitcher Shaklee? Saya yakin tentu anda akan jatuh cinta dengannya..

Sunday, October 12, 2014

Punca-Punca Pendarahan Awal Kehamilan?


"Tahniah, anda hamil 5 minggu!" Ucapan ini tentunya sering dinanti-nantikan bagi pasangan yang sekian lama menanti cahaya mata bukan? Namun, tidak ke semua wanita hamil dapat meneruskan kehamilan sehingga bulan ke-9 kandungan. Kajian turut menunjukkan bahawa kira-kira 10-20% wanita hamil mengalami keguguran sebelum minggu ke-20 dan 80% lagi berlaku selepas 12 minggu iaitu 3 bulan awa kehamilan. kebiasaannya, keguguran sudah tentunya dikaitkan dengan pendarahan. Namun, adakah semua pendarahan yang berlaku di awal kehamilan adalah petunjuk kepada keguguran? Entri kali ini saya tidak akan membincangkan tentang pendarahan punca keguguran. Namun, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pendarahan ringan yang berlaku di awal kehamilan. Take note yer ibu-ibu hamil sekalian.. Adakah pendarahan yang berlaku adalah pendarahan biasa atau pendarahan keguguran.. Ikuti sharing ringkas saya mengenai isu ini.. 

Saturday, October 11, 2014

Bengkel Nutrisi: Sehari Bersama Pakar Nutrisi Shaklee

Alhamdulillah, hari ini seharian berada di home Office Shaklee menghadiri bengkel nutrisi sehari bersama pakar nutrisi Shaklee iaitu Puan Sarah dan Puan Nurul Hidayah. Akhirnya, dapat join juga bengkel sebegini yang ternyata memang menjadi rebutan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan setiap kali dianjurkan, Manakan tidak, sebelum ini beberapa kali dah cuba grab tiket, namun asyik full and full saje. Ingin mengetahui apa manfaat yang diperolehi daripada bengkel sehari ini? Haaa malam ni saya ingin kongsi dengan anda semua yang mungkin tertanya-tanya atau belum pernah sertai bengkel ini sebelum ini. 

Friday, October 10, 2014

5 Cara Melegakan Kekejangan Kaki Ketika Hamil

Kekejangan kaki ketika hamil merupakan perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung. Kadangkala situasi ini turut mengganggu aktiviti harian wanita hamil. Atau mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada wanita hamil. InsyaAllah hari ini nak share 5 cara mudah mengelakkan atau melegakan kekejangan kaki ketika hamil..

Thursday, October 9, 2014

Keperluan Manusia Terhadap Air

Air adalah nutrien penting bagi manusia dan ia terlibat di dalam semua fungsi tubuh badan. Dua pertiga daripada tubuh manusia adalah terdiri daripada air. Air membantu mengangkut nutrisi dan sisa kumuhan di dalam dan ke luar sel. Air juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan yang sesuai. Keperluan manusia kepada air berbeza mengikut umur, berat dan kegiatan fizikal manusia. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8 hingga 12 gelas sehari atau sekurang-kurangnya 2 liter.

Awas!!! 10 Risiko Akibat Salah Pilih Group Bisnes Shaklee

Anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri? Tercari-cari bisnes yang anda boleh jalankan hanya dari rumah? Atau mungkin sekian lama anda sedang 'mengintai' peluang bisnes dengan Shaklee? Namun, masih kurang keyakinan atau tercari-cari group bisnes yang betul? Opss..Awas!!! Salah pilih group bisnes, anda bakal kecundang dalam bisnes anda sendiri! Petang ni saya, Pengedar Shaklee Klang anda ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca semua apakah risiko yang bakal anda hadapi seandainya anda salah memilih upline sebagai group bisnes anda.