Siapa Saya?

Siapa saya? Merupakan seorang ibu yang memiliki ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya, graduate sejak 5 tahun yang lalu namun memilih kerjaya dari rumah sebagai pilihan selepas mendirikan rumahtangga dan memiliki anak. Saya, Nor Hafizah binti Shahtir yang bergiat aktif dengan dunia bisnes online sejak 4 tahun yang lalu.

Kenapa saya memilih kerjaya dari rumah sebagai pilihan? 

Hakikatnya sukar untuk saya nekadkan keputusan memilih kerjaya dari rumah selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak sedangkan punya segulung ijazah. Namun, disebabkan ingin menjaga dan mendidik anak sepenuhnya di depan mata, saya bulatkan tekad!

Apa yang saya impikan?

Saya mahu susukan anak sepenuhnya selama 2 tahun. Saya mahu besarkan anak sendiri dengan tangan sendiri sepenuhnya. Saya mahu segala-galanya saya boleh lakukan secara bebas sepenuhnya di rumah. 

Saya mahu punya masa yang sangat fleksible bersama keluarga. Saya tidak mahu terlepas peluang dan saat untuk bersama anak yang hanya seketika sebenarnya.

Pada awalnya, tercari-cari kerjaya apakah yang sesuai dilakukan hanya dari rumah. Yang terbayang dalam fikiran saya ketika itu hanyalah bisnes secara dalam talian sahaja. Tidak lain dan tidak bukan lagi biarpun pengalaman dalam bisnes online zero pada ketika itu. 

Pengalaman dengan Shaklee

Pada awalnya saya menjalankan bisnes pakaian kanak-kanak dan ibu menyusu. Namun, 2 tahun yang lalu saya membuat keputusan untuk menyertai Shaklee. 

Kenapa? Ada sesuatu yang membuatkan saya benar-benar ingin mengenali dan menjalankan bisnes Shaklee ini biarpun sebelum ini saya tidak pernah menjadi pengguna produk Shaklee sendiri. 

Mungkin tidak seperti orang lain, yang terlebih dahulu mengambil produk Shaklee sebagai supplement harian lalu membuat keputusan menyertai Shaklee.

Namun, atas faktor Shaklee punya 'sesuatu' lah saya membuat keputusan untuk mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah!

Siapa kata anda tidak boleh menyertai bisnes ini biarpun anda tidak pernah mengambil produk Shaklee. Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee selepas berdaftar sah sebagai ahli. Cinta selepas kahwin orang kata..hehe

Adakah anda juga tidak boleh menjana pendapatan dan berjaya seperti kami?

Tidak! Saya juga berjaya menjana pendapatan 4 angka kini biarpun dulunya saya tidak mengenali Shaklee.  

Sikap yang perlu ada untuk berjaya

Saya seorang yang sangat positif untuk berjaya. Suka explore benda baru dan willing untuk belajar lebih mendalam tentang sesuatu. Tidak suka memberikan alasan dan berani untuk mencabar diri sendiri.  

Atas sebab ini lah selepas 2 bulan menyertai Shaklee, saya melangkah rank pertama dalam Shaklee. Alhamdulillah, kini income bulanan kami setiap bulan sebanyak 4 angka. 

Siapa yang nak beri kan? Lebih-lebih lagi kalau surirumah seperti saya. Takkan nak mengharap duit pemberian suami semata-mata kan? 

Sekurang-kurangnya apabila kita punya bisnes sendiri biarpun dari rumah, kita punya income extra bulanan untuk bantu suami, buat simpanan masa depan, tambah apa yang patut untuk persekolahan anak dan sebagainya. 

Sediakan payung sebelum hujan. Kita tidak tahu antara kita dan suami apa yang akan berlaku akan datang bukan? 

Bagi anda yang bekerjaya pula, di atas faktor himpitan kewangan kini, kadangkala gaji yang ada cukup-cukup makan sahaja. Akhir bulan setelah tolak hutang, loan, belanja dapur, belanja anak-anak, sedikit simpanan, tengah bulan perlu catu. Setiap bulan ulang perkara yang sama. 

Happy hujung bulan, ikat perut tengah bulan. 
Adakah ini yang anda mahukan? 

Saya juga punya ramai anak-anak biz yang masih bekerja tetapi berkeyakinan tinggi untuk menjalankan bisnes Shaklee ini sekaligus menjadikan bonus Shaklee sebagai income extra setiap bulan. Anda juga mahu jadi seperti mereka? Kalau mereka boleh, kenapa tidak anda bukan?  

Keistimewaan bisnes ini

Sudah tentunya anda sedang mencari side income yang fleksibel untuk anda biarpun sedang bekerja bukan? 

Sepanjang saya menjalankan bisnes Shaklee, apa yang saya lihat hampir keseluruhannya saya lakukan hanya melalui online! 

Baca lanjut sharing saya yang lalu kenapa bisnes ini memiliki pelbagai manfaat sekaligus menjadi pilihan saya. (Klik Jana Pendapatan Tanpa Abaikan Anak dan Keluarga)

Kelas kami hanya dilakukan secara online iaitu melalui group whatsapp dan telegram, kelas video online melalui Webinar, tidak kira di mana jua anda berada ketika itu. Bahkan, promosi kami hanya melalui Facebook, Blog, Instagram, Wechat dan beberapa saluran lain yang mungkin sesuai untuk digunakan. 

Keistimewaan bisnes Shaklee
Menjadi salah seorang guest speaker antara salah satu kelas online kami

Mudah bukan? 

Tidak perlu berpanas berhujan. Tidak perlu mengetuk pintu rumah jiran-jiran, tidak perlu memaksa untuk orang membeli. Nak tahu bagaimana saya lakukan? Sudah tentu ada caranya. 

Fikirkan dan decide keputusan anda sekarang! Kami hanya membantu mereka yang benar-benar serius mahu berjaya, punya kemahuan yang tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga. Peluang dan jalan di hadapan sudah. Anda yang tentukan!



Pada sesiapa yang tercari-cari income sampingan atau sedang mencari peluang pendapatan yang lebih besar, sertai keluarga besar kami.. InsyaAllah anda akan dibantu dengan bimbingan sebaiknya from zero to hero..



Sertai kami sekarang dengan isikan borang di bawah:


atau whatsapp kami 019-3405054

No comments:

Post a Comment