Sunday, April 26, 2015

Bina Branding Blog Impi Jadi Sehebat Blogger denaihati.com

Jana pendapatan melalui blog
Sebut pasal dunia blogger, siapa yang tidak kenal team blogger hebat denaihati.com. Ramai yang bercita-cita dan punya impian untuk menjadi sehebat denaihati.com. Namun, perjalanannya bukan mudah. Bukan sekadar main hentam kromo sahaja. 

Begitu juga dengan saya dan ramai lagi rakan-rakan saya di luar sana. Anda juga mungkin sebahagian dari mereka yang mahu menjadikan dunia blogger ni bukan sekadar menulis. Oleh yang demikian, apa langkah yang anda harus lakukan?

Saturday, April 25, 2015

Semangat Peniaga Cilik Kaki Lima Ini Membuat Ku Kagum Padanya!

Setiap kali saya bertemu dengan adik-adik ini di kaki lima bank, kaki lima pejabat pos di sekitar Bandar Klang, hati ini cukup tersentuh!

Jarang sekali kita dapat melihat adik-adik kecil yang masih bersekolah rendah mungkin, membawa berbakul-bakul kuih-muih sebagai barang jualan. 

Terbayang-bayang andai mereka itu adalah adik-adikku sendiri. Allah...

Friday, April 24, 2015

ABC Special Fradoo Seksyen 2, Shah Alam Memang Marvelesss!

Adakah anda seorang peminat tegar Air Batu Campur (ABC) atau ada juga yang sebut Ais Kacang? Kalau anda seorang peminat tegar ABC, saya sarankan anda untuk tidak melepaskan peluang menikmato ABC Special ini yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam. 

Sedap sangat ke ABC di situ? Hehe saya merupakan peminat tegar ABC Seksyen 2, Shah Alam. Memang sedap! Cukup rencah, cukup bahan, cukup rasa. Puas makan. Memang meletoppp!

Thursday, April 23, 2015

Bilakah Usia yang Sesuai untuk Mulakan Pembelajaran Anak Anda?

Bilakah waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak
Saya biasa diajukan soalan yang sama oleh adik beradik, rakan-rakan dan pelanggan juga satu ketika dahulu ketika berbisnes barangan bayi dan kanak-kanak. Bilakah waktu umur yang sesuai untuk mulakan pembelajaran mereka? 

Saya yakin anda punya pandangan anda sendiri waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak anda. Namun, saya juga pandangan saya tersendiri juga berkaitan perkara ini.

Wednesday, April 22, 2015

3 Sikap Obses untuk Cantik yang Harus Dipuji

Wanita biasanya memang sinonim dengan kecantikan. Dari rambut, wajah, susuk tubuh, kulit dan lain-lain semuanya ingin dititikberatkan. Semuanya perlu dijaga agar sentiasa tampak cantik jelita. 

Kenapa yer begitu? Perlukah wanita terlalu obses dengan kecantikan? Adakah situasi ini mampu mengundang kemudaratan atau mungkin ia memberi kelebihan kepada wanita itu sendiri? Bolehkah ia dipandang dari sudut yang positif? 

Tuesday, April 21, 2015

"Menyesal tak cuba produk ni untuk atasi masalah JERAWAT saya dari dulu lagi..."

"Menyesal tak guna produk ni dari dulu lagi.. Best juga yer rupenya.." Itu antara luahan seorang wanita ayu tetapi mempunyai masalah jerawat di muka setelah sekian lama.

Beliau menambah lagi.. "Saya dulu mati-mati tak nak guna produk ni. Tapi tiba-tiba rasa nak cuba pulak. Tak sangka best jugak yer vitamin ni.." Saya sekadar mampu tersenyum dengan respon yang diberikan. 

Yela..siapa sangka kan, orang yang pada asalnya takut-takut untuk menggunakan produk ini atas alasan ramai yang membawa khabar tidak elok berkaitan produk tanpa usul periksa. Saya tidak salahkan pelanggan kerana mereka berhak memilih dan membuat keputusan. 

Monday, April 20, 2015

Pengedar Shaklee Kawasan Pelabuhan Klang

Anda berada di sekitar Pelabuhan Klang? Seorang pengamal Shaklee? Mencari seller atau Shaklee Independent Distributor (SID) yang berdekatan dengan kawasan anda untuk anda miliki Shaklee secara terus? 

Kami adalah agen sah yang anda cari! Anda boleh membuat temujanji dengan kami bila-bila masa sahaja yang anda perlukan di talian 019-3405054 (Puan Hafizah) atau boleh juga hubungi suami saya (En. Hasbullah) di talian 013-3727508.

Sunday, April 19, 2015

Nor Farizan Kini Mampu Tersenyum Selepas 7 Tahun Dibelenggu Masalah Jerawat

Siapa yang pernah sangka wajah yang dulunya penuh jerawat, kini tidak lagi! 7 tahun tercari-cari produk yang sesuai untuk mengatasi masalah jerawat beliau, akhirnya kini beliau menemui jawapannya. 

Siapa yang tidak happy, siapa yang tidak bersyukur atas nikmat yang Allah beri ini kan? Kerna semua wanita khususnya pasti mengimpikan kulit wajah yang bersih dan bebas dari walau sebutir jerawat sekalipun. 

Friday, April 17, 2015

4 Tips Penting Kulit Bebas Jerawat Selamanya!

 “Malunya dengan jerawat kat muka ni..Tak tahu dah nak sorok tang mana. Kawan-kawan semua duk tanya kenapa banyak sangat jerawat kat muka awak ni?”


Biasa tak dengan situasi sebegini? Inilah dilema bagi mereka yang sering mengalami masalah jerawat di wajah. Bukan tak juga muka kan? Tapi jerawat ni tumbuh bagaikan cendawan! Lepas satu, satu dia muncul.

Thursday, April 16, 2015

Set Pembersih Wajah Enfuselle bagi Kulit Sensitif dan Berminyak

Rimasnya bila kulit wajah berminyak dan sensitif. Habis semua jerawat-jerawat mula naik. Salah guna produk je habis naik merah-merah dan makin teruk kulit wajah. Ini masalah biasa yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan sensitif.

Perlu berhati-hati dengan pemilihan produk. Silap memilih produk pembersih muka, maka anda sengaja mengundang kepada masalah wajah yang semakin teruk.

Wednesday, April 15, 2015

Rasa Penat Merokok? Ketahui Apa Rahsia Beliau Berhenti Merokok Selama-Lamanya!

"Niat ingin berhenti merokok memang ada. Cuma, dah cuba beberapa kali tapi masih belum berjaya. Paling lama saya mampu berenggang dengan rokok ialah selama 3 bulan. Keinginan merokok semakin mendesak dan menjadi semakin sukar untuk berhenti apabila berada di tempat kerja dan di kelilingi rakan yang punya tabiat yang sama" -Luahan seorang perokok tegar.

Begitulah dilema yang selalu dihadapi oleh seorang perokok tegar. Keadaan sekeliling kadangkala tidak membantu untuk mereka berhenti merokok biarpun punya niat dan kemahuan setelah sekian lama. 

Tuesday, April 14, 2015

Kau lah Sahabat, Kau lah Teman Selama-Lamanya

Jana income sampingan dengan Shaklee
Sahabat? Siapa sahabat anda? Dengan siapa kita bersahabat menentukan siapa diri kita yang sebenarnya. Berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kite akan terpalit bau wanginya. Berkawan dengan tukang besi, maka kite akan terpalit juga dengan bau besinya. 

Mudahnya, berkawan dengan orang positif, anda akan selalu hidup positif. Begitulah juga sebaliknya. 

Saturday, April 11, 2015

Siapa Saya?

Siapa saya? Merupakan seorang ibu yang memiliki ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya, graduate sejak 5 tahun yang lalu namun memilih kerjaya dari rumah sebagai pilihan selepas mendirikan rumahtangga dan memiliki anak. Sayalah Nor Hafizah binti Shahtir yang bergiat aktif dengan dunia bisnes online sejak 4 tahun yang lalu.

Kenapa saya memilih kerjaya dari rumah sebagai pilihan? 

Hakikatnya sukar untuk saya nekadkan keputusan memilih kerjaya dari rumah selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak sedangkan punya segulung ijazah. Namun, disebabkan ingin menjaga dan mendidik anak sepenuhnya di depan mata, saya bulatkan tekad!

Saturday, April 4, 2015

Bahaya Kesan Jangkitan Keputihan Pada Suami Anda!

Keputihan merupakan perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita. Tidak kira samada anak dara mahupun yang telah mendirikan rumahtangga. Malah, ianya kerap juga dialami di kalangan wanita hamil. 

Namun, apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah ini? Tahukah anda keputihan juga boleh memberikan kesan bahaya penyakit kepada suami anda sendiri ketika bersama. Adakah anda mahu situasi ini terus berterusan?  

Thursday, April 2, 2015

Rahsia Puan Farahana Atasi Masalah Sembelit Anak yang Kronik Sampai Kena Korek

Ibubapa mana yang tidak risau apabila anak mengalami masalah sembelit yang kronik bukan? Menangis, meraung, 'berperang' dengan anak yang fobia dan susah untuk membuang membuatkan hati ibu mudah luluh menghadapi situasi sebegini.

Takkan nak biarkan anak berterusan sebegitu bukan? 

Wednesday, April 1, 2015

4 Sebab Kenapa Saya Sukakan Bisnes Ini sebagai Punca Pendapatan Keluarga

Kenapa anda harus memilih Shaklee sebagai jana pendapatan
Setiap individu yang menjalankan perniagaan mereka sendiri pastinya punya sebab tersendiri kenapa mereka sukakan perniagaan yang sedang mereka jalankan.

Begitu juga dengan saya. Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kenapa saya sukakan bisnes yang sedang saya jalankan.