Wednesday, October 8, 2014

Pengedar Shaklee Jalan Musran, Rantau Panjang Klang


Anda merupakan pengguna produk Shaklee? Atau anda baru ingin mencuba produk Shaklee? Anda berada berdekatan dengan kawasan kami iaitu Jalan Haji Musran, Rantau Panjang Klang?  Mencari pengedar Shaklee berdekatan kawasan anda? Ingin mendapatkan produk Shaklee secara terus ke rumah anda? Ingin mendapatkan khidmat penerangan tentang produk yang sesuai buat anda secara direct? Ya..Kami yang anda cari..

Kami merupakan pengedar Shaklee yang sah dengan pendaftaran keahlian (946651). Kami merupakan pengedar aktif sejak setahun yang lalu. Malah, kami juga merupakan pengedar yang memiliki sijil pentauliahan daripada Shaklee yang layak untuk memberi saranan berkaitan produk Shaklee kepada pelanggan tanpa keraguan. 

So, anda jangan risau untuk berurusan dengan kami. Kami akan bantu anda memilih produk yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda. Hanya yang terbaik buat anda, mengikut bajet anda yang telah ditetapkan. 

Di manakah anda boleh menemui kami?

Kediaman kami terletak di Jalan Haji Musran, Rantau Panjang Klang iaitu lorong terletaknya lokasi Pasar Malam Jumaat. So, anda boleh deal dengan kami untuk temui kami di mana-mana lokasi yang berhampiran dan mudah untuk kedua-dua pihak. Terpulang pada anda samada di rumah anda, mahupun di Jalan Musran atau di Simpang Rantau Panjang atau di mana jua lokasi yang berdekatan. 

Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami? Ada waktu-waktu tertentu?

Anda boleh menghubungi kami bila-bila masa sahaja samada berhubung dengan saya sendiri 019-3405054 (Puan Hafizah) ataupun berhubung dengan suami saya 013-3727508 (En. Hasbullah) pada bila-bila masa sahaja. 

Kami merupakan pengedar Shaklee sepenuh masa yang menjalankan perniagaan hanya dari rumah (offline). Oleh yang demikian, kami punya masa yang fleksibel untuk bertemu dengan anda pada bila-bila masa selagi mana tiada sebarang urusan lain di pihak kami. So, bila-bila masa sahaja anda boleh hubungi kami. 

Bagaimana dengan produk? Perlu buat tempahan terlebih dahulu atau boleh memiliki secara terus?

Buat pengetahuan anda, kami mempunyai stok yang berstatus ready stock di rumah untuk kebanyakan produk yang basic kebiasaan orang request. So, anda tak perlu risau. boleh dapatkannya secara terus. Namun, seandainya produk yang anda inginkan berkemungkinan berstatus out stock  di tangan kami, kami akan cuba usahakan anda memilikinya seawal sehari selepas tempahan. InsyaAllah kami akan berikan yang terbaik untuk anda. 

Adakah produk yang kami miliki benar-benar asli, bukan tiruan?

Setakat ini kami masih belum menemui sebarang produk Shaklee yang memiliki produk tiruan. Namun, anda tidak perlu risau kerana kami merupakan pengedar sah yang mengambil stok secara terus dari Home Office Shaklee. Andai anda merasakan kami melakukan penipuan, anda boleh membuat aduan terus kepada pihak berwajib. 

Bagaimanakah dengan caj penghantaran? 

Sama sekali anda tidak akan dikenakan caj penghantaran seandainya berada di sekitar kami. Kecuali sekiranya lokasi anda terlalu jauh dari lokasi kami, kami akan kenakan sedikit caj penghantaran. Kami juga membuat penghantaran ke seluruh Malaysia dan negara luar dengan kadar bayaran penghantaran mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Pos Malaysia. 

So apa tunggu lagi? Buat pilihan yang bijak. Berurusan dengan kami, insyaAllah anda akan berpuas hati dengan layanan kami..




CHOOOOPPPP

Anda berada di kawasan-kawasan lain berhampiran kami juga?
Kami juga adalah Pengedar Shaklee berhampiran..



Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..


2 comments: