Saturday, June 10, 2017

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa di Bulan Ramadan

Salam 15 Ramadan 1438H!

Alhamdulillah, pagi 15 Ramadan yang nyaman, tenang dan sejuk dengan hadirnya titisan air hujan membasahi bumi, nikmat dan rahmat dari Allah swt. 

Bagaimanakah Ramadan kita setakat ini? Makin menebal amal atau masih pada takuk yang sama? Seandainya semakin menebal amal harian, Alhamdulillah! Seandainya masih lagi biasa-biasa, mari kita gandakan amalan dengan hari yang berbaki lagi. 
 

Antara fadhilat dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadan ialah :

  1. Pintu langit dibuka 
  2. Pintu-pintu syurga di buka

Fadhilat yang lain :

  1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga 
  2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT 
  3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak.
  4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt.
  5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga.
  6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Subhanallah banyak kan kelebihan yang ada pada bulan Ramadan? Rugi kalau kita tak grab sebaiknya kan? 

Marilah sama-sama kita menggunakan saki baki Ramadan yang ada untuk menampung kekurangan Ramadan kita yang sudah berlalu.  

Mungkinkah ini Ramadan yang terakhir?  



Rujukan : 

No comments:

Post a Comment