Friday, September 7, 2018

5 Panduan Tidur Lena ketika Hamil

Keselesaan tidur ketika hamil merupakan keadaan yang sukar untuk dicapai lebih-lebih lagi ketika kandungan sudah memasuki trimester ketiga dan berada pada fasa akhir kehamilan.

Namun, kalau betul pada cara dan kaedahnya, anda boleh menikmati tidur yang lena biarpun anda sedang hamil. 

Apakah kaedah dan panduan untuk anda tidur lena ketika hamil? Jom follow entry ini.


Apakah Panduan Tidur Lena ketika Hamil?


Antara panduan tidur lena ketika hamil adalah seperti berikut :

1. Kurangkan minum sekurangnya 2 jam sebelum tidur


Waktu siang sememangnya anda perlu pentingkan pengambilan air kosong yang cukup. 

Namun, sekurangnya 2 jam sebelum lena elakkan pengambilan air yang banyak. Ia bertujuan untuk mengurangkan kekerapan anda ke bilik air di tengah malam yang sekaligus boleh mengganggu tidur anda.

2. Amalkan senaman


Senaman penting bukan sahaja sebagai persediaan anda ketika bersalin, namun ia juga membantu melancarkan aliran darah yang boleh memberikan tidur anda lena. 

Malah, senaman juga boleh mengelakkan kekejangan ketika anda tidur di tengah malam. 

3. Tidur dalam posisi mengiring


Sebaiknya sepanjang anda hamil, anda tidur dalam posisi mengiring kerana ia menggalakkan aliran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. 

4. Jaga pemakanan atau diet anda


Sebaiknya anda elakkan pengambilan kafein kerana ia boleh menjadi punca insomnia.

Ambil makanan yang seimbang dan tinggi kandungan kalsium dan vitamin B kompleks kerana ia boleh memberikan ketenangan dan mengatasi stress sekaligus memberikan tidur yang lena. 

5. Tidur siang


Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup ketika malam, ambil masa sedikit untuk tidur pada waktu siang.

Itulah dia antara panduan untuk mendapatkan tidur yang lena ketika hamil. 

Moga ianya bermanfaat dan membantu anda! 

No comments:

Post a Comment