Sunday, January 5, 2020

Azam Tahun Baru 2020

Alhamdulillah, kita sudah memasuki tahun 2020 5 hari lalu.

Masih belum terlambat untuk kita sama-sama berkongsi azam tahun baru 2020. 

Tahun 2019 berlalu dengan pelbagai cerita, kisah dan pencapaian tersendiri. InsyaAllah moga-moga tahun 2020 ini memberikan cerita dan kisah yang lebih baik berbanding tahun lalu. 


Alhamdulillah, antara hasil pencapaian saya sepanjang tahun 2019 adalah :
  • Berjaya membeli sebuah motosikal baru untuk suami. Saya hadiahkan duit muka, suami bayar ansuran bulanan
  • Berjaya mula bina rumah sendiri di tapak tanah sendiri bermula penghujung Julai 2019
  • Berjaya turunkan berat badan sebanyak 10.6 kg


So, bagi tahun 2020 banyak azam yang ingin dicapai. Yang pasti antara azam tahun 2020 adalah misi selesaikan hutang, misi siapkan rumah dan meneruskan misi turunkan berat badan.

Doakan saya yer kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment