Friday, July 3, 2015

5 Cara Ransang Minda Anak Kecil Anda

Saya yakin dan percaya semua ibubapa sering mengimpikan anak-anak yang memiliki minda yang cerdas dan pintar. Masakan tidak, mereka lah bakal menjadi penyejuk mata kita dan menjadi saham kita di akhirat kelak. 

Namun, otak yang bijak dan cerdas ini bukanlah mudah seperti yang dijangka. Ianya perlu dijana, diasah dan diasuh oleh ibubapa atau melalui pendidikan di sekolah.
 
Saya kongsikan beberapa cara yang boleh anda cuba aplikasikan pada anak kecil anda. Pasti anda akan melihat hasil dan kelainan pada minda anak anda. 

5 Cara Jana Minda Si Kecil

Bercakap

Kerapkan berkomunikasi dengan anak anda biarpun anda rasakan anak anda tidak memahami apa yang anda katakan. Biasakan memberikan soalan mudah kepada mereka dan ajarkan jawapan mudah juga. Apabila anak anda sedang bercakap dengan anda, tumpukan dan pandang 4 mata supaya mereka lebih cepat untuk berkomunikasi dan bercakap. 

Membaca

Belikan anak anda buku yang boleh menarik minat mereka untuk mengenali bunyi dan sebutan. Baca bersama-sama mereka, ajar sebutan yang betul. Luangkan masa selama 5-10 minit sahaja memadai. Sediakan rak buku khas buat mereka. 

Muzik

Kanak-kanak sememangnya sukakan dengan bunyian dan muzik. Malah, pembelajaran melalui muzik lebih mudah diingati dalam minda si kecil. 

Angka

Biasakan anak dengan angka dan kiraan. Contohnya, kiraan ketika mendaki tangga, ketika main buaian, kira batu-batuan dan lain-lain lagi. Keyakinan diri anak akan terserlah apabila didedahkan dengan angka seawal mungkin. 

Rancangan televisyen yang bermanfaat

Bukan kesemua rancangan televisyen itu tidak bermanfaat. Anda harus bijak memilih rancangan televisyen yang sesuai dijadikan sebagai pembelajaran mereka juga. Anda harus duduk bersama anak anda ketika menonton televisyen. Ia boleh membantu perkataan, sebutan, tumpuan dan kefahaman mereka. 

Moga ianya memberi manfaat kepada anda semua dalam mendidik anak-anak.


1 comment:

  1. Satu tips dan petua yang sangat berguna dalam usaha mendidik anak.

    ReplyDelete