Sejak akhir-akhir ini, seringkali keluar di paparan kaca televisyen tentang kisah penderaan di kalangan kanak-kanak. Tambah menyedihkan apabila ianya berlaku di bulan Ramadan! Sedih, pilu semua ada. Mengapakah ianya terjadi? Di manakah sifat kemanusian kite sebagai ibu-bapa, penjaga yang memikul tanggungjawab amanah daripada Allah swt.
Apakah dosa mereka sebagai anak kecil?
Kes pertama melibatkan seorang kanak-kanak yang dikatakan didera oleh bapa kandung dan ibu tiri sejak 6 bulan yang lalu. Allah, sayu apabila melihat anak kecil ini patah 13 tulang sejak sekian lama..
Terbayang umurnya yang lebih kurang sebaya dengan anak sendiri..
Pic credit to: www.sinarharian.com.my |
Belum lagi reda dengan kes pertama, hadir pula kes kedua melibatkan seorang kanak-kanak berusia 4 bulan yang dikatakan didera oleh pusat asuhan.
Sehingga kini masih dalam kritikal dan koma setelah berlaku pendarahan di kepala dan kedua belah mata.
Apalah dosa anak sekecil ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Anak sekecil ini yang tidak mampu melawan dan mempertahankan diri sendiri.
Mengapakah perkara sebegini terjadi?
- Hilang perasaan belas kasihan dan simpati
- Hilang perasaan bahawa betapa beratnya pikulan amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan.
- Tekanan kehidupan dengan pelbagai masalah hidup yang mendesak.
- Tiada lagi perasaan malu menjadi orang dewasa yang rasional yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada kanak-kanak
Namun, adakah masalah ini akan selesai?
Selagi tiada keimanan dan sifat perikemanusiaan di dalam diri, hakikatnya kejadian sebegini akan terus berleluasa dan berlaku sampai bila-bila.
Selagi mana undang-undang Islam tidak diamalkan, perkara sebegini juga akan terus berlaku.
Moga Allah lindungi ahli keluarga dan anak-anak kita semua daripada perkara sebegini. Yang paling utama juga, moga Allah pelihara akhlak dan peribadi kita agar tidak tergolong di kalangan mereka-mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Tiba-tiba rasa sebak nak peluk Nur Hanan, anak yang dipinjamkan dari Allah buat kami..
tak tahu nak cakap apa..memang tak ada hati perut..sanggup dera darah daging sendiri..
ReplyDeleteBetul.. Mengucap panjang tak tau nak kata..Sian anak kecil yang tak tahu pape..huhu
DeleteSedih sangat dengan kes-kes penderaan kanak-kanak ni. Tergamak betul ibu/bapa mendera sehingga macam tu sekali. Apa la dosa si kecil yang masih tak mengerti apa-apa tu..
ReplyDeleteGastrik Bukan Halangan Untuk Berpuasa
Ramai yang stress skrg ni..sebab tu bila kita rasa marah disarankan tak dekat dengan anak...
ReplyDelete