Sunday, July 5, 2015

Motivasi Pagi Prof Dr. Muhaya: 5 Tips Menjadi Isteri yang Bahagia dan Membahagiakan

Selamat pagi rakan-rakan sekalian.. Moga pagi ini menjadi pagi Ramadan yang penuh mawaddah wa rahmah. Pagi ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang motivasi pagi oleh Prof. Dr Muhaya: Tips Celik Mata dan Jiwa Seorang Isteri..

Saya yakin kita semua ingin menjadi seorang isteri yang bahagia dan membahagiakan bukan? Namun, ianya bukan lah satu tugas yang mudah. Namun, tidak mustahil untuk direalisasikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

Buat anda semua, saya kongsikan rakaman video ini untuk tatapan rakan-rakan semua. Sangat bermanfaat!

 

Saya ringkaskan intipati daripada rakaman ini dengan 5 kesimpulan bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang celik mata dan jiwanya.

Menjaga kesihatan fizikal tubuh badan


Seorang isteri bertanggungjawab untuk memelihara kesihatan tubuh badannya sendiri dan seluruh isi keluarga. 

Bagaimana? Dengan menyediakan makanan yang seimbang, amalkan pengambilan supplement buat diri, suami dan anak kerana mahu atau tidak, makanan yang kita ambil kini semakin kurang dari sudut nutrisi lengkap yang diperlukan. 

Memelihara kesihatan mental dan pemikiran


Ianya dapat dinilai melalui pembacaan dan rancangan televisyen yang ditonton. Oleh yang demikian, amalkan pembacaan yang bermanfaat, beli buku dan majalah yang bermanfaat untuk minda seisi keluarga. 

Menjaga hubungan dengan Allah dan manusia


Seorang isteri yang baik sentiasa menjaga hubungan dengan Allah swt kerana hanya Allah sahaja yang dapat memelihara kesejahteraan seluruh ahli keluarga. 

Selain itu, jaga hubungan sesama manusia terutamanya dengan ibu mertua. Tingkatkan hubungan dengan ibu mertua dan keluarga suami. 

Menghargai anak-anak


Amalkan menghargai dan memuji anak anda sendiri. Ianya mampu menjana minda, peribadi dan akhlak anak-anak. Kalau bukan kita sendiri yang memuji anak, siapa lagi kan? 

Menjaga wang dan elakkan pembaziran


Seorang isteri harus bijak untuk menggunakan wang dengan sebaiknya. Utamakan keperluan keluarga, elakkan pembaziran dengan membeli perkara-perkara yang tidak diperlukan. 

Apapun, saya doakan semoga kita semua menjadi seorang isteri yang bahagia dan membahagiakan, penyejuk mata suami, anak-anak dan seluruh isi keluarga. 

Semoga bermanfaat dan selamat beramal!

24 comments:

  1. Isteri solehah idaman suami

    Tq sis perkongsian yang bermanfaat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu..InsyaAllah moga kite jadi isteri solehah..^_^

      Delete
  2. Isteri solehah idaman suami

    Tq sis perkongsian yang bermanfaat!

    ReplyDelete
  3. Tips yang berguna untuk koreksi diri...In Sya Allah perubahan yang baik perlu bermula dari diri kita..Tq sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kite berubah ke arah kebaikan..

      Delete
  4. Sangat memotivasikan..sedang berusaha menjadi isteri solehah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kite.. Kite perlukan perubahan setiap hari sbb diri kita tak sempurna kan..^_^

      Delete
  5. Seronoknya dapat jadi isteri solehah dan disayangi suami. Sama-sama kita berusaha ke arah itu, InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Kita semua nak jadi bidadari suami di syurga kan..^_^

      Delete
  6. isteri sholeha memang idaman seorang suami, semoga kita semua tergolong ke dalam kalangan isteri dan ibu soleha..aamin

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah kita mampu buat semua tu demi kebaikan suami dan keluarga :)
    Bahagia dan membahagiakan..

    ReplyDelete
  8. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  9. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  10. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  11. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  12. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  13. Semoga kita semua tergolong sbg isteri Solehah..ibu terbaikk utk anak2..Amin

    ReplyDelete
  14. Insyaallah.. moga kita semua tergolong sebagai isteri solehah penyejuk mata suami.. ameen 😍

    ReplyDelete
  15. Satu perkongsian yang cukup bermakna.tq

    ReplyDelete