Demam denggi merupakan virus dari nyamuk Aedes yang boleh menjadi punca kematian dalam diam tanpa kita sedari.
Kebanyakan mereka yang diserang virus demam denggi tidak menyedari yang sebenarnya mereka sedang diserang demam denggi kerana simptom demam mungkin perkara biasa bagi sebahagian individu.
Mungkin ada sebahagian simptom demam denggi trut dialami ketika anda mengalami demam biasa.
Tetapi, seandainya diamati ianya sedikit berbeza dari demam biasa. Saya sudah melalui pengalaman diserang virus demam denggi ini beberapa minggu yang lalu.
Gejala dan Tanda Demam Denggi
Antara gejala dan tanda demam denggi adalah seperti berikut:
- Demam panas berlarutan dan berpanjangan on off (Sekejap demam, sekejap kebah, sekejap demam semula)
- Pening dan sakit kepala yang kuat
- Sakit di bahagian atas mata
- Sakit tulang belakang
- Sengal-sengal dan sakit di bahagian sendi
- Muntah-muntah dan loya
- Cirit-birit
- Gatal-gatal dan ruam di kulit
Ini merupakan gejala biasa bagi pesakit yang diserang demam denggi.
Namun, tahukah anda seandainya demam denggi anda berlarutan tanpa mendapat rawatan awal, anda mungkin terdedah kepada demam denggi berdarah.
Apakah Tanda Demam Denggi Berdarah?
Anda perlu awasi tanda-tanda berikut:
- Gusi berdarah
- Keluar darah di bahagian anggota badan tertentu seperti di bahagian bawah kulit dan hidung.
- Keluar darah di seluruh badan
- Badan mudah lebam
Anda jangan abaikan tanda-tanda di atas kerana demam denggi berdarah lebih berisiko menjadi punca kematian di kalangan pesakit dengan lebih cepat.
Dapatkan rawatan segera di hospital berdekatan. Pantauan dari pihak doktor dan hospital adalah lebih baik daripada anda membiarkan demam berlarutan di rumah tanpa rawatan lanjut.
Alhamdulillah, ketika saya diserang demam denggi, semua tips dan petua tradisional dan moden saya amalkan termasuk mengambil Set Shaklee demam denggi ini.
Sayangi nyawa anda. Usah takut dan buang rasa malas untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital. Tindakan pantas anda mampu menyelamatkan nyawa anda dan keluarga!
Semoga kita semua dijauhkan daripada terkena demam denggi ni
ReplyDelete