Wednesday, January 27, 2016

Manfaat Cili untuk Kesihatan Tubuh Badan

Cili terkenal sebagai sayuran yang bersifat pedas, merah menyala, panas berasap dan macam-macam lagi. 

Tapi, pernah tak kita sedar disebalik sifat dan rasanya yang pedas, ia membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia. 
Saya memang peminat makanan yang pedas lagi berasap. Kalau tak cukup pedas, saya sanggup ambil cili padi jadikan sebagai ulam. 

Mungkin kebanyakan orang mengatakan ianya satu tabiat yang memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya apendik. 

Tapi, dah sebab memang sukakan masakan pedas, layankan juga..hihi

Sedar tak sedar, rupanya cili juga mempunyai manfaat yang tersendiri kepada kesihatan. 

Manfaat Cili kepada Kesihatan


Antara manfaat cili kepada kesihatan tubuh manusia adalah seperti berikut:

  • Makanan pedas membantu pesakit asma untuk melancarkan sistem pernafasan
  • Membantu meningkatkan hormon, sekaligus menenangkan dan mengurangkan depresi
  • Membantu mengurangkan risiko menghidap kanser
  • Memperbaiki fungsi sisten penghadaman
  • Makan pedas boleh menyebabkan badan berpeluh sekaligus membantu mengurangkan masalah selesema.
  • Cili membantu menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah.
  • Membantu membakar kalori dan mempercepatkan metabolisme tubuh.
  • Rasa panas daripada cili meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh.
Tu diaa.. Banyak rupanya manfaat cili kepada tubuh kita yang tidak pernah kita ambil tahu sebelum ini kan? 

Setiap ciptaan Allah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Dan sudah tentunya inilah antara keistimewaan hijau merah si cili padi. 

Tapi, berpada-pada lah dalam menggunakan cili dalam masakan anda! 

1 comment:

  1. Saya takut makan cili sebab nanti naik jerawat. Tapi kat sini manfaatnya pun tak kurang hebat!

    ReplyDelete