Wednesday, January 13, 2016

Pengalaman Demam Denggi di Ambang Tahun Baru 2016

Pernah tak uols mengalami demam denggi serta disahkan positif denggi? Haaa itulah yang saya alami penghujung Disember 2015 yang lalu. 

Pengalaman yang cukup membuatkan saya lebih alert dengan air yang bertakung di kawasan kediaman kini. Jom saya kongsikan sedikit pengalaman alami demam denggi ini 2 minggu yang lalu.



Pada tanggal 26 Disember 2015, jam 3 petang saya mula rasa sengal sendi bagai dicucuk-cucuk. Saya tahu itu tanda saya mula demam! 

Badan terus panas, kepala mula sakit teramat sangat-sangat. Semalaman mata tak boleh nak lelap. Macam batu menghempap kepala!

Biasanya saya akan mudah sembuh dari demam selepas ambil Vitamin C. Tak sampai seharian kebah dah demam. 

Tetapi tidak kali ini.. 

Banyak dah makan Vitamin C. Tak tahan, siap telan Panadol juga akhirnya dengan harapan badan berpeluh dan sembuh seperti sediakala.

Namun, hampa.. Panas badan sekejap naik, sekejap turun. Badan tetap tak keluar peluh. Sengal badan lain macam tu tak payah cakap la. Tak tertahan rasanya. 

Demam terus berlarutan sehingga 28 Disember 2015. Masuk hari ke-3 saya demam. Dan masih tiada tanda demam bakal kebah. 

Saya syak saya demam denggi!

Akhirnya, saya buat keputusan buat check up di Klinik Kesihatan Desa terdekat tengahari 28 Disember 2015. 

Namun, jawapan nurse yang membuat check up tidak memuaskan hati. Darah ok katanya. Awak demam biasa. Normal sengal-sengal badan. 

Ubat diberi seperti biasa. Ubat demam, selesema dan batuk sedangkan saya tidak selesema dan batuk. 

Pulang dari Klinik Kesihatan, husband putuskan untuk rujuk terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saya ikut sahaja kerana tidak tahan dengan demam yang turun naik. 

Jam 8 malam, tiba di Hospital Klang, menunggu giliran, buat check up sehingga jam 1 pagi selesai segalanya. 

Dan.. Doktor sahkan "Puan, puan positif Denggi! Kene tahan di wad untuk rawatan lanjut.."

Perasaan berbaur sebab terpaksa tinggalkan Hanan dengan Abi sahaja sedangkan kami tak pernah berenggang. 

Awal pagi 29 Disember itu juga terus masuk wad. Seperti yang dijangka, Hanan menangis bila terpaksa tinggalkan wad untuk pulang ke rumah tanpa saya di sisi. 

Sepanjang di wad, setiap hari Platlet darah makin turun sehingga akhirnya ditahan selama 4 hari! 

Kalau uols nak tahu, normal tau pada peringkat awal Platlet darah menurun dan menurun untuk masalah denggi ini. 

Sebab sampai satu tahap, ia akan mula naik dan naik. Tapi kene la usaha juga kan bagi platlet darah naik. 

Pada peringkat awal dimasukkan ke hospital, 2 hari saya perlu dimasukkan air. Alhamdulillah, tak perlu masuk air sepanjang 4 hari di sana. 

Berdepan dengan jarum yang panjang dan besar itu biasa sepanjang berada di hospital. Setiap 6 jam perlu ambil darah. Bermakna sehari 4x berdepan dengan jarum! 

Sakit oiiii.. Sampaikan kini saya fobia dengan jarum!

Menunggu hari demi hari untuk dibenarkan check out dari hospital, namun hampa. 

Yang paling sedih, diambang 31 Disember 2015 menuju ambang tahun baru 1 Januari 2016, saya masih lagi menjadi penghuni hospital. 

Sampaikan ambang tahun baru melihat dentuman dan percikan bunga api dari pelbagai arah melalui kaca pintu dan tingkap hospital sahaja. 

Malah, diringi pula dengan deraian air mata mengenangkan anak yang mula acap kali menangis di rumah dambakan ibunya ini.

Pengalaman ambang tahun baru yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. 

Bila la saya boleh pulang? Sebaiknya saya berusaha untuk tidak demam memasuki hari ke-4 dengan harapan boleh pulang segera ke rumah.

Alhamdulillah, akhirnya pagi 1 Januari 2016, doktor membenarkan saya teruskan rehat di rumah, terus follow kiraan liter air yang diminum, dan buat check up seminggu mendatang. 

Itulah pengalaman pertama kali mengalami situasi demam denggi. 

Apa yang penting untuk atasi masalah demam denggi? 

  1. Pastikan anda minum banyak air. Lebih banyak minum, lebih banyak buang air kecil. Disamping itu, air membantu mencairkan darah anda yang sedikit pekat dari biasa ketika demam denggi
  2. Catat jumlah air yang anda ambil. Ianya membantu anda kekal dengan air yang mencukupi. 
  3. Minum air 100 plus untuk tingkatkan platlet darah anda serta mengelakkan dehidrasi. Tetapi awas dengan kandungan gula dalam air 100 plus.
  4. Ambil vitamin C, Nutriferon dan Performance Drink Shaklee untuk atasi demam panas dan tingkatkan platlet darah. 
  5. Minum sum ketam, pucuk betik dan jus jambu batu merah untuk tingkatkan platlet darah anda. 


Mungkin ini sebahagian daripada tips penting yang saya amalkan sepanjang saya mengalami demam denggi. 

Banyak lagi tips-tips lain yang boleh anda gunakan pastinya. 

Namun awas dengan denggi BERDARAH! 

Jangan ambil mudah dengan denggi kerana ianya mampu meragut nyawa anda! 

No comments:

Post a Comment