Menurut
 sebuah kajian, pengambilan multivitamin dan asid folik sebelum dan 
semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko neuroblastoma, leukemia, dan 
barah otak kepada bayi. Oleh itu, ramai pakar yang bersetuju bahawa 
pengambilan vitamin adalah baik dan mengesyorkan vitamin mula diambil 
ketika anda bersedia untuk hamil. Biasanya, anda akan dipreskripsikan dengan multivitamin seperti obimin yang mengandungi asid folik, vitamin A, B, C, D, kalsium, dan sebagainya. Selain itu, anda juga mesti memastikan anda memakan pelbagai makanan yang sihat melalui diet yang seimbang. Sungguhpun begitu, mungkin ada sesetengah wanita hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan badan anda.
ASID FOLIK
Asid
 folik juga dikenali sebagai folate atau Vitamin B9. Ia boleh 
dikategorikan sebagai suplemen yang paling penting untuk wanita 
mengandung. Sebenarnya, jika anda sihat dan tidak mengalami apa-apa 
masalah sepanjang kehamilan, pengambilan asid folik sahaja sudah cukup 
untuk anda. 
Pengambilan
 asid folik dapat menghalang kecacatan dan dikatakan sangat efektif 
dalam mencegah neural tube defect. Anda harus ambil 400mcg asid folik 
setiap hari dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan.
Selain
 mengambil suplemen, anda boleh juga memperkayakan diet semulajadi anda 
dengan asid folik melalui sayur-sayuran seperti kobis bunga dan tomato, 
ayam serta ikan salmon.  Asid folik adalah murah dan mudah didapati di 
farmasi.
ZAT BESI
Risiko
 kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. 
Badan anda akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan 
sekiranya anda kurang mengambilnya dalam diet anda. Akibatnya, 
penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada
 anemia.
Pengumpulan
 stok zat besi dalam badan adalah penting kerana anda akan kehilangan 
banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai 
simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada 
darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan. 
Sumber
 makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah hati, tiram, daging 
merah, kismis, kurma, dan sayur-sayuran. Pengambilan zat besi 
walaubagaimanapun boleh menyebabkan cirit-birit, sakit perut dan 
muntah-muntah. Oleh itu, wanita hamil perlu berhati-hati apabila membeli
 vitamin ini di pasaran. Anda juga tidak dinasihatkan untuk meminum teh 
atau kopi bersama vitamin ini kerana mampu mengurangkan penyerapan zat 
besi.  
KALSIUM
Seperti
 yang kita tahu, kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi 
bayi, terutamanya pada trimester ketiga. Biasanya suplemen ini akan 
diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak 
dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. 
Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada 
risiko preeclampsia.
OMEGA 3
Jika
 anda tidak dapat makan ikan semasa hamil, ambillah Omega 3 sebagai 
ganti. Ia dipercayai dapat membantu perkembangan otak bayi. Anda juga 
boleh terus mengambil vitamin ini selepas bersalin untuk membantu 
pemulihan luka dengan lebih cepat.
Namun,
 berhati-hatilah dalam memilih seplemen jenis ini kerana sesetengahnya 
mengandungi Vitamin A yang boleh menyebabkan kecacatan pada bayi jika 
diambil secara berlebihan. Oleh itu, bacalah label dan pastikan ia tidak
 mengandungi Vitamin A.
VITAMIN B6
Juga
 dikenali sebagai B kompleks atau pyridoxine, vitamin ini tidak kurang 
pentingnya kerana ia membantu badan anda memetabolismekan protein, 
lemak, dan karbohidrat. Ia turut berfungsi menghasilkan sel-sel darah 
merah yang baru, antibodi, dan neurotransmitter. Vitamin B6 juga merupakah salah satu rawatan popular yang diambil untuk melegakan mabuk hamil (morning sickness).
VITAMIN C
Vitamin
 C membantu melindungi sel dan mengekalkan kesihatan kulit. Buah-buahan 
dan sayur-sayuran yang diperkaya dengan Vitamin C termasuklah brokoli, 
buah-buahan sitrus, tomato, dan anggur hitam.
Hubungi saya untuk konsultansi secara percuma tentang set kehamilan Shaklee dan dapatkan diskaun menarik sepanjang membuat pembelian dengan kami,
Hubungi saya untuk konsultansi secara percuma tentang set kehamilan Shaklee dan dapatkan diskaun menarik sepanjang membuat pembelian dengan kami,
COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*
Sumber:

No comments:
Post a Comment