Pages

Friday, May 16, 2014

Bagaimana Memulakan Program Makanan Tambahan?

Kita sekarang merupakan bangsa manusia yang ‘meragut’ dan suka makan dengan cepat tanpa memikirkan apa yang kita makan. Produk-produk ‘segera’, sudah kehilangan nutrien dan khasiat yang seharusnya ada untuk keperluan kita. Sekalipun kita cuba mengikut cadangan pakar pemakanan, tetapi adakah kita mampu untuk memastikan semuanya mencukupi bagi kita.

Ramai antara kita sudah mengetahui mengenai keperluan mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap kepada keperluan harian kita. Tetapi masalah yang timbul adalah bagaimana hendak memulakannya. Lambakan produk-produk makanan tambahan di pasaran menjadikan seseorang rambang mata untuk memilih apakah yang terbaik untuk keperluan nutrien harian mereka.

Menurut Dr Bruce Miller, beliau telah mencadangkan beberapa langkah untuk seseorang itu memulakan program nutrisi. Saya merumuskannya seperti berikut:

1) Multi Vitamin dan Mineral

Ini adalah produk pertama yang perlu dipertimbangkan. Ini kerana kita cuba untuk menggantikan nutrien yang mungkin kurang atau tiada langsung dalam diet kita. Banyak produk multi vitamin dan mineral di pasaran, namun adakah ia menepati keperluan harian kita – Daily Value (DV) – 

Apa yang kita perlu tahu adalah bagaimana hendak membaca label pada pelekat multi vitamin/mineral tersebut. Sekiranya kita dapat meneliti label tersebut, sekurang-kurangnya kita dapat menyingkirkan banyak produk yang dicurigai di pasaran. Yang saya maksudkan di sini adalah pada label setiap produk, terpapar jumlah vitamin dan mineral yang dibekalkan bagi satu tablet. Jadi kita perlu tahu, adalah jumlah vitamin dan mineral tersebut cukup untuk keperluan harian kita.

Jika ada kelapangan, saya akan berkongsi pula bagaimana hendak membaca label pada pelekat multi vitamin/mineral.


Protein amat diperlukan oleh badan. Protein terdiri daripada unit-unit yang dikenali sebagai asid amino. Lapan daripadanya terdiri daripada asid amino perlu. Memilih tambahan protein berasaskan soya mempunyai banyak manfaatnya. Kita boleh menambah minuman protein yang baik kualitinya pada diet biasa kita kerana ia sangat mudah, selesa dan sihat untuk memastikan pengambilan protein optimum.


Vitamin C sangat penting kerana ia terlibat di dalam sekian banyak didang kesihatan. Antara cara memilih vitamin C adalah:

  • Ia menyediakan kira-kira 500mg setiap tablet.
  • Pelepasan berlanjutan
  • Mengandungi bioflavonoid, yang dibuktikan membantu vitamin C mempertingkatkan penyerapan dan melaksanakan tugas-tugasnya.
  • Diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapannya.


Terdapat 8 ahli dikenal pasti berada di dalam B kompleks. Untuk mendapat kesemuanya, kita perlu memakan makanan yang pelbagai – bijirin, sayuran hijau, daging – setiap satunya setiap hari. Makanan tambahan membantu kita memperoleh keperluan harian B kompleks. 

Seseorang harus memilih B kompleks yang memenuhi keperluan berikut:
  • Mengandungi keseluruhan 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin.
  • Enam daripadanya hendaklah wujud kira-kira 450% DV. Manakala asid folik dan biotin hendaklah wujud 100% DV berdasarkan RDA.
  • Produk itu tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau bahan pengawet.
  • Ia merupakan vitamin yang larut air, maka ia seharusnya di dalam bentuk tablet.
5) Vitamin E dan Selenium

Keperluan harian (DV) untuk vitamin E hanya 30 IU sahaja tetapi ramai penyelidik mengesyorkan sekurang-kurang 400IU diperlukan untuk perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit. Untuk mendapatkannya, kita perlu mengambil 8 cawan buah badam, 28 cawan kacang tanah dan 4 cawan biji bunga matahari.

Sumber semula jadi akan dilabelkan d-alpha tocopheral manakala yang sintetik dl alpha tocopheral atau 1-alpha tocopheral. 

Selenium dan vitamin E bertindak secara bersinergi dan setiap satunya menjadikan yang lain lebih berkesan.

Apa yang ditawarkan oleh SHAKLEE..

Untuk memulakan program nutrisi anda, SHAKLEE menawarkan makanan tambahan yang memenuhi keperluan harian anda di samping menjadi pelindung anda.

1) Vita Lea – Multivitamin dan Multimineral
2) Energizing Soy Protein – ESP
3) Sustained Release Vita-C Plus – Vitamin C and Citrus Bioflavonoids.
4) B Complex with Folic Acid
5) Vita-E Complex – Natural Vitamin E and Selenium with Grape Seed Extract.

Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah

 

Never Lose Hope...

2 comments:

  1. Terbaik lah sis..^_^
    Terima kasih singgah di sini.. Salam perkenalan..

    ReplyDelete