Sunday, April 13, 2014

Protein: Keperluan Penting Tubuh Badan

Protein membentuk struktur asas fizikal kita iaitu otot, organ, kelanjar, tulang dan gigi. Kompenan protein juga diperlukan oleh tubuh untuk sintesis DNA, hormon, neurokimia dan biokimia lain termasuk yang terlibat dengan pro dan reaksi anti keradangan.

Protein penting untuk tumbesaran dan perkembangan. Ia membekalkan tenaga kepada tubuh dan diperlukan untuk pembuatan hormon antibodi, enzim dan tisu. Ia juga berfungsi mengekalkan keseimbangan asid alkali di dalam tubuh.

Apabila protein diambil, tubuh memecahkannya kepada asid amino yang merupakan blok pembinaan bagi semua protein. Walau bagaimana pun, sebahagian asid amino tidak penting. Namun ini tidak bermakna asid amino tidak perlu tetapi ia semestinya datang dari pemakanan kerana ia boleh disintesiskan oleh tubuh daripada asid amino lain.

Asid amino lain dikira penting, yang juga membawa maksud tubuh tidak dapat mensistesisnya. Oleh itu, ia harus diperolehi daripada makanan. Bila tubuh membina protein – membina otot, contohnya, ia memerlukan beberapa jenis asid amino bagi proses pembuatan protein tersebut. Asid amino ini mungkin datang daripada protein makanan atau daripada ‘tabung’ asid amino di dalam tubuh kita sendiri. Sekiranya kekurangan asid amino menjadi kronik yang mungkin berlkau apabila makana tidak mengandungi asid amino, pembentukan protein di dalam tubuh akan terhenti dan tubuh menderita sakit.

Protein diet boleh disimpulkan terbahagi kepada dua kumpulan, bergantung pada jenis asid amino yang diberikan:
1) Protein lengkap (essential): yang membentuk kumpulan pertama mengandungi jumlah asid amino yang diperlukan. Protein jenis ini boleh di dapati di dalam daging, ikan, ayam, keju, telur dan susu.

2) Protein tidak lengkap (non essential) yang membentuk kumpulan kedua pula mengandungi hanya sebahagian asid amino penting. Protein jenis ini, boleh didapati dalam beberapa jenis makanan termasuk biji-bijian, kekacang dan sayuran berdaun hijau. Walaupun penting untuk mengambil semua jenis asid amino, kedua-dua jenis protein lengkap dan tidak lengkap, ia tidak semestinya datang daripada daging, ikan, ayam, atau makanan berprotein lengkap yang lain. Malah disebabkan kandungan lemaknya yang tinggi, termasuklah penggunaan antibiotik dan bahan kimia lain di dalam penternakan ayam dan lembu, kebanyakan daripada makanan tersebut sepatutnya diambil di dalam kuantiti yang sederhana.

Asid amino tidak perlu adalah seperti berikut:
- Alanin
- Arginin
- Asparagine
- Asid aspartik
- Cysteine
- Asid glutamik
- Glutamin
- Glycine
- Histidine
- Proline
- Tyrosine


Asid amino yang perlu:
- Isoleucine
- Leucine
- Lisin
- Methionine
- Phenylalanine
- Serine
- Threonine
- Tryptophan
- Valine

Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap.

Apabila anda mendapatkan asid amino yang betul, ganjarannya adalah besar: badan yang sihat dan minda yang boleh berfungsi pada tahap yang optimum.

Strategi pemakanan – mutual supplementation – membolehkan anda menggabungkan makanan separa protein untuk menghasilkan protein lengkap –  protein yang membekalkan asid amino adalah penting dalam jumlah yang mencukupi. Sebagai contoh, walaupun kekacang dan beras perang agak kaya dengan protein, setiap satunya mempunyai kurang satu atau lebih asid amino yang diperlukan. Bagaimanapun, bila dicampurkan kekacang dan beras perang bersama, atau bila dicampurkan salah satu jenis dengan mana-mana makanan yang kaya protein, ia akan membentuk satu protein lengkap iaitu sebagai pengganti kepda daging yang berkualiti tinggi.

Untuk memastikan anda memperoleh pelbagai jenis asid amino dalam diet tambahkan makanan dan snek atau tambahkan kekacang dan biji-bijian ke dalam salad dan kaserol sayuran, sedarlah bahawa kombinasi sebarang bijirin, kekacang, biji-bijian dan pelbagai jenis sayuran boleh menghasilkan protein lengkap.

Kacang soya
Semua produk kacang soya seperti tauhu dan susu kacang soya ialah jenis protein lengkap. Makanan ini tinggi dengan serat manakala kacang soya merupakan protein yang paling sihat, jauh lebih baik daripada makanan lain. Protein kacang soya membentuk 35% hingga 38% daripada jumlah kalori yang ada, menawarkan kesemua asid amino penting dan sangat tinggi dengan vitamin B6.

Dadih
Dadih merupakan satu-satunya sumber protein lengkap yang diperoleh daripada sumber binatang dan disyorkan makan selalu. Diperbuat daripada susu yang ditapai oleh bakteria, dadih mengandungi bakteria Lactobacillus acidophilus dan bakteria baik yang lain yang diperlukan untuk pencernaan makanan dan pencegahan kebanyakan gangguan tubuh. Tambahan pula, dadih juga mengandungi vitamin A dan D dan banyak vitamin B kompleks. Walau bagaimanapun, elakkan daripada membeli dadih yang manis dan berperisa yang dijual di pasar raya. Produk seperti ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan laimnya bahan pengawet. Sebaliknya beli dadih segar tanpa gula (natural yogurt) atau sediakan sahaja dadih sendiri di rumah.  

Energizing Soy Protein (ESP)
Energizing Soy Protein merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 
sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Related: Indeks Glisemik (GI): Fahaminya Untuk Kesihatan Anda.


Energizing Soy Protein dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.


Rujukan: Dr Yasmeen Farouk Mohamed, Toksin Masuk Toksin Keluar, Shah Alam: Alaf 21.

Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah
 


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*

No comments:

Post a Comment