Pages

Monday, September 15, 2014

Darah Tinggi: Punca, Tanda-tanda dan Cara Mencegahnya

Hypertansi atau tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyakit kronik yang mulai menyerang rakyat Malaysia sekaligus menjadi salah satu punca kepada kematian di negara ini. Kira-kira 43% daripada rakyat Malaysia yang berumur lingkungan 30 tahun ke atas mulai diserang penyakit tekanan darah tinggi ini. Dianggarkan, ianya berlaku peningkatan sebanyak 33% berbanding yang direkodkan pada tahun 1996.

Oleh yang demikian, masyarakat perlu memahami bahawa penyakit tekanan darah tinggi ini bukan lagi satu penyakit yang dialami seiring dengan peningkatan usia, namun perkara pokok yang perlu disedari adalah tentang peri-pentingnya mengawal dan mencegah penyakit ini daripada terus menghantui anda.

Apakah yang dikatakan sebagai tekanan darah tinggi?

Merujuk kepada huraian Wikipedia, "Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantungDarah tinggi atau Hipertensi merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi"

Pic kredit to: http://www.myhealth.gov.my/images/Ilustrasi/H/Hipertensi.jpg
Apakah punca dan penyebab kepada tekanan darah tinggi?

* Faktor keturunan
* Pengambilan alkohol dan merokok
* Penyakit buah pinggang
* Ubatan seperti steroid dan ubatan anti-radang bukan steroid 
   yang diambil dalam
   tempoh jangka masa panjang.
* Pemakanan yang tidak terkawal
* Cara hidup tidak aktif
* Kegemukan
* Pengambilan garam yang tinggi

Apakah Simptom/Gejala Pesakit Darah Tinggi?

* Kerap letih
* Mudah mengantuk
* Sakit kepala, pening atau migrain
* Badan lesu dan tidak bermaya
* Keinginan kepada seksual menurun

Bacaan Tekanan Darah

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Bacaan tekanan darah tinggi tubuh badan manusia
Bacaan tekanan darah tubuh

Apakah kesan jangka masa panjang masalah Darah Tinggi ini? 

* Menjadi punca kepada masalah jantung - menyebabkan 
   kegagalan jantung, serangan jantung dan punca kematian
* Pembuluh darah - Pembuluh darah menjadi keras
* Buah pinggang - menyebabkan kegagalan buah pinggang
* Mata - kerosakan dalam mata atau sensitif terhadap cahaya
* Otak - Strok atau angin ahmar

Apakah Cara Mencegah Masalah Darah Tinggi?

* Kawal diet pemakanan anda dengan betul
* Kurangkan garam dalam pemakanan
* Aktifkan diri anda dengan senaman secara konsisten
* Dapatkan rawatan dan pantauan doktor seandainya anda mengalami
   simptom-simptom kepada darah tinggi
*Ambil supplemen yang mengandungi Coq10 yang membantu jantung anda berfungsi dengan baik.
Apakah ada rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu masalah ini? Ya.. Terdapat beberapa produk yang boleh membantu mencegah dan mengatasi masalah darah tinggi ini.

Berikut merupakan produk yang dicadangkan.. Namun, anda boleh meminta bantuan kami untuk memcadanhkan produk yang sesuai dengan bajet anda..

Antara cadangan supplement untuk pesakit darah tinggi


-----------------------------------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan set ini?
Atau inginkan bantuan kami tentang set darah tinggi mengikut bajet anda?

Klik & Order di sini menggunakan Debit Card @ Credit Card anda sendiri..

 Set Darah Tinggi



CHOOOOPPPPPP!!!

 Ingin membuat penjimatan sehingga 25%?
Jangan lepaskan peluang sertai kami dengan membuat pembelian sebagai ahli Shaklee..
Lebih penjimatan, lebih berbaloi dari biasa..


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*




Sumber:
1) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm
2) http://www.myhealth.gov.my/index.php/warga-emas/penyakit-biasa/tekanan-darah-tinggi
3) http://biaqpila.blogspot.com/2012/10/ketahui-tanda-tanda-dan-cara-mencegah.html

No comments:

Post a Comment