Pages

Saturday, October 25, 2014

Kanak-Kanak Ekzema: Bagaimana Merawatnya?


Eczema di kalangan kanak-kanak. Tak semua ibubapa melalui situasi sebegini. Hanya sebahagian ibubapa sahaja yang Allah uji anak-anak punya masalah Eczema. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap bahawa Eczema merupakan penyakit kulit biasa-biasa saja. Namun, bagi ibubapa yang memiliki anak Eczema tentu dapat merasai dan memahami bagaimana kerisauan dalam diri menangani anak Eczema. Bukan gatal-gatal biasa yer boleh sapu dengan krim-krim biasa yang boleh didapati di kedai runcit. Perlukan pencagaan dan pemantauan lebih. Ikuti perkongsian saya tentang masalah Eczema di kalangan kanak-kanak.


Apakah itu Ekzema?
Menurut huraian Wikipedia, Ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kepada keradangan kulit, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik-sisik. Penyakit ini mempunyai kaitan dengan tindak balas hypersensitif pada bahagian kulit yang menjadi organ terbesar kepada tubuh manusia. 
Siapakah yang berpotensi untuk memiliki penyakit Ekzema ini?

Semua peringkat usia berpotensi untuk mempunyai penyakit ekzema ini. Tetapi, kebiasaannya ia kerap terjadi kepada kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun. Ia juga dikaitkan dengan penyakit genetik yang diwarisi daripada ibubapa.

Di bahagian tubuh manakah biasanya Ekzema dapat dikenalpasti? 

Kebiasaannya kesan daripada penyakit Ekzema ini pada kanak-kanak dapat dikenalpasti di kawasan muka, kulit kepala, leher, belakang telinga, buku lali, atas punggung, pelipat siku dan bahagian lutut. Manakala bagi orang dewasa kebiasaannya dapat dilihat di bahagian pelipat siku dan di belakang lutut.  

Apakah Rawatan Penyakit Ekzema ini? 
Kebiasaannya, pesakit Ekzema akan mengalami kegatalan dan kekeringan kulit. Oleh yang demikian, kulit pesakit Ekzema perlu sentiasa dalam keadaan yang lembap. Rawatan juga bergantung kepada keterukan masalah Ekzema tersebut.

Terdapat beberapa cara bagi mengurangkan masalah Ekzema. Antaranya, penggunaan losyen emolien, krim dan pencuci. Namun, harus berhati-hati memilih krim/losyen emolien di pasaran kerana terdapat pelbagai emolien di pasaran yang tidak sesuai diambil untuk kulit seperti krim akueus kerana ia boleh menyebabkan kulit kanak-kanak melecet.
Terdapat juga beberapa rawatan yang dicadangkan oleh doktor antaranya steroid, pil antihistamin atau kaedah cucian dan balutan. Namun, ianya perlukan kepada perskepsi dan pantauan daripada doktor. Tidak boleh diberikan sembarangan tanpa kawalan. 

Namun, terdapat sesetengah ibu-ibu mencari alternatif lain yang diberikan oleh doktor kerana dikatakan ada di antaranya mungkin boleh memberi kesan jangka panjang sekiranya digunakan dalam satu tempoh yang lama. 

Adakah rangkaian produk Shaklee yang boleh membantu masalah Ekzema pada kanak-kanak ini? 

Ya..ada. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang sesuai di ambil oleh kanak-kanak dan ternyata ianya memberikan kesan yang positif hasil daripada respon ibubapa yang mempunyai anak Ekzema.

Antara produk Shaklee yang sesuai bagi mengatasi masalah Ekzema ini adalah seperti rajah berikut:

Mealshake, Herbal Blend dan Basic H membantu masalah Ekzema di kalangan kanak-kanak
Set Ekzema Shaklee. Basic H sekadar pilihan..

Mungkin bagi sesetengah ibubapa yang masih belum yakin dengan keberkesanan set ini. Namun, ianya tentang pilihan anda. Saya sekadar berkongsi bagi anda yang ingin mencari alternatif lain selain daripada ubatan hospital yang mungkin kadangkala tidak serasi juga dengan kulit anak anda. 

Berikut merupakan beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan set Ekzema Shaklee ini untuk anak-anak mereka. Anda lihat dan nilaikan sendiri. Pilihan di tangan anda samada mahu mencuba ataupun tidak. 


Testimoni Ekzema dengan produk Shaklee
Testimoni Meal Shakes untuk kanak-kanak Ekzema
Ekzema sembuh dengan Herbal Blend
Testimoni Ekzema di belakang telinga menggunakan Herbal Blend


Testimoni Ekzema dengan produk Shaklee
Testimoni krim Herbal Blend
Pic credit to: http://goo.gl/ZQnsNq

Anak anda mengalami masalah Ekzema ini? Buntu mencari alternatif lain untuk mengatasi masalah ekzema tersebut? Mereka sudah menggunakan set Ekzema Shaklee ini. Terbukti keberkesanannya. Anda bagaimana? Ingin mencuba? Apa tunggu lagi? 

Bertindak segera.. 


-----------------------------------------------
Hubungi kami untuk mendapatkan konsultansi secara PERCUMA!


Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


4 comments:

  1. mealshakes bukan sahaja baik untuk mengatasi eczema banyak lagi faedah yang akan dapat apabila megambilnya

    ReplyDelete
  2. Anak saya dulu ada ekzema yang teruk tetapi bila menggunakan Omega Guard terus ok.. Alhamdulillah..

    Tips hilangkan jerawat batu bak gunung berapi

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus~ sesuai diamalkan kepadabayi yang ada ekzema.
    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
  4. vitamin shaklee bagus untuk kesihatan...anak kita pun boleh guna untuk tingkatkan kesihatan sekeluarga.

    ReplyDelete