Pages

Sunday, October 26, 2014

Makanan Sihat untuk Ibu Hamil Trimester 1

Awal kehamilan merupakan fasa yang sangat kritikal bagi sesetengah wanita hamil. Dari sudut bagaimanakah yang dikatakan sebagai fasa krikitikal? Kritikal yang dimaksudkan adalah dari sudut pemakanan kerana saya yakin dan percaya sesetengah wanita hamil mengalami morning sickness atau mabuk hamil yang agak teruk sehingga mengganggu pengambilan makanan harian mereka. Perkara ini sebaiknya perlu di atasi dengan sedikit ilmu kehamilan kerana pengambilan gizi makanan yang sihat dan seimbang termasuk ketika awal kehamilan sangat penting untuk tubuh anda dan bayi dalam kandungan. 
Saya terimbau pengalaman saya 4 tahun yang lalu ketika hamil Nur Hanan.. Fasa trimester 1 merupakan fasa yang penuh 'menguji' saya sendiri. Pengalaman pertama hamil dengan kekurangan ilmu dan persedian kehamilan agak mencabar bagi saya sehingga menyebabkan penurunan berat sebanyak 5 kilo di awal kehamilan trimester 1.

Saya tidak boleh menerima apa jua makanan sekalipun kecuali 3 keping biskut dan kopi Radix HPA (yang sedang famous ketika itu) ketika sarapan pagi. Selain dari ini, semuanya tidak lalu dek anak tekak termasuk bau lauk-pauk dan nasi putih. 

Namun, tidak semua wanita melalui fasa morning sickness ini. Bergantung pada individu kerana terdapat juga sesetengah wanita yang mengalami masalah mengidam yang tinggi sepanjang kehamilan. Namun, anda boleh tangani masalah mengidam anda dengan beberapa tips dan panduan (klik sini)

Tapi, tahukah anda terdapat beberapa makanan sihat yang boleh anda amalkan pada trimester pertama kehamilan ini. Ingin mengetahui lebih lanjut? Ikuti bacaan anda seterusnya untuk entri kali ini..

Di awal kehamilan, anda memerlukan makanan yang mengandungi folat, zat besi, beta karotena dan vitamin A yang mencukupi bagi memastikan tumbesaran bayi anda dalam keadaan sihat.

Antara makanan sihat untuk ibu hamil trimester 1 tersebut adalah seperti berikut: 

1) Salad bayam, brokoli atau kacang pis

Bayam, brokoli dan kacang pis merupakan makanan sihat yang kaya dengan folat. Asid folik dan keperluan folat ketika hamil ini sangat penting untuk dititikberatkan kerana ia mampu mengelakkan kecacatan tiub neural pada bayi. 

Makanan sihat yang sesuai diambil untuk ibu hamil trimester pertama
Sup bayam beserta roti
Pic credit to: http://goo.gl/lF9P7A

2) Salad kekacang

Salad kekacang
Pic credit to: www.sajiansedap.com
3) Sayur-sayuran hijau

Sayuran hijau
Pic credit to: http://goo.gl/b1PZnN

4) Kepelbagaian jenis tembikai yang menjadi sumber beta karotena dan vitamin A.

Kepelbagaian tembikai
Pic credit to: http://goo.gl/GXlV3K

5) Limau atau nuah oren yang mengandungi vitamin C

Jus limau atau buah oren

6) Smoothie, dadih rendah lemak yang dibuat dengan buah-buahan dengan menyediakan beta karotena dan vitamin A yang mencukupi

Smoothie
Pic credit to: http://goo.gl/K5eEak

7) Bijiran bran yang kaya dengan asid folik dan zat besi.  

Bijiran sihat
Pic credit to: http://goo.gl/NKKZgj

8) Telur samada telur rebus atau dadah yang ditambah dengan bayam, brokoli dan sayuran yang menjadi sumber kepada folat dan sumber zat besi.


So, anda yang mengalami masalah mabuk hamil, tetapi tiada selera makan, amalkan pemakanan ini dan pelbagaikan makanan anda..siapa tahu kena dengan selera anda..

Anda perlukan supplement untuk mengatasi masalah loya dan muntah morning sickness anda? (klik di sini) 



Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan




Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



Never Lose Hope...

8 comments:

  1. Makanan ketika hamil sangat penting bagi si ibu dan bayi yang ada dalam kandungan. Apa pun jenis makanan anda, pastikan ianya berzat dan memenuhi keperluan anda dan bayi dalam kandungan anda. Pastikan ianya makanan yang baik untuk pertumbuhan bayi anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Lebih-lebih lagi makanan yang tinggi folic acid untuk elakkan kecacatan bayi kan..^_^

      Delete
  2. nyammmsss sedapnya pula tengok photo makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi memang sedap Kamalia.. Duk google pic pun, hubby yang terliur tengok macam2 makanan..hehe

      Delete
  3. tengok makanan sedap pulak..ini sudah jadi pengaruh makanan pada wanita hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah salah ni buat orang terliur pulak ni..hihihi..^_^

      Delete
  4. Tengok gambar je dah terliur. Belum buat sendiri lagi ni. Hahaha.

    ReplyDelete