Pages

Wednesday, October 15, 2014

Pap Smear Penyelamat Nyawa Wanita dari Kanser Pangkal Rahim

Kepentingan ujian Pap Smear
Tahukah anda, setiap minit seorang wanita disahkan menghidap penyakit kanser serviks di dunia! Saya yakin tentu ramai di kalangan wanita yang pernah mendengar mengenai ujian Pap Smear ini bukan? Biasa tak anda mendengar momokan daripada rakan-rakan anda yang mengatakan ujian Pap Smear ini menyakitkan, malu perlu tunjuk bahagian wanita pada doktor kesihatan? Namun, seandainya anda diberi pilihan samada anda mengetahui anda memiliki penyakit kanser pangkal rahim (kanser serviks) bermula dari peringkat awal dan masih sempat untuk dirawat mahupun anda tiada jalan rawatan lain apabila secara tiba-tiba doktor mengatakan anda memiliki kanser pangkal rahim stage 4 dan sudah terlambat untuk dirawat? Mana 1 pilihan anda? 

Tahukah anda bahawa kanser pangkal rahim ini seandainya tidak diketahui lebih awal dan tidak dirawat lebih awal mengundang risiko penyakit yang lebih merbahaya sehingga menyebabkan kanser! Seandainya kanser pangkal rahim ini telah merebak tanpa rawatan awal, rahim anda akan dibuang sepenuhnya sekaligus menyebabkan anda tidak mampu lagi untuk mengandung buat selama-lamanya! Mahu? tentunya tidak bukan? 

Mari kita lihat bagaimana keadaan normal pangkal rahim yang sihat dan pangkal rahim yang sah punyai kanser..




Oleh yang demikian, adakah cara lain sebagai langkah awal untuk mengetahui tentang risiko anda menghidap penyakit kanser pangkal rahim ini? Ya, ujian Pap Smear mampu mencegah anda daripada risiko kanser pangkal rahim ini.

 Biasa tak anda mendengar situasi ini daripada rakan-rakan anda? 

"Takutlah nak buat Pap Smear lagi lain kali. Serik dah, Dah la sakit, besar pulak alat tu bile masuk dalam.." atau..

"Malu lah nak buat Pap Smear. Nak tunjuk bahagian wanita cek-cek gitu. Kalau terkena dengan  doktor lelaki yang cek, lagi lah malu"

Tapi, andai anda diberi pilihan antara memilih kesakitan sebentar mahupun perasaan malu sedikit ketika melakukan Pap Smear dengan saat anda disahkan penghidap kanser pangkal rahim serta menanggung kesakitan sehingga akhir hayat anda, mana 1 pilihan anda? Saya sudah tentunya memilih untuk melakukan ujian Pap Smear. 

Siapakah yang perlu melakukan ujian Pap Smear ini? 

Ujian Pap Smear perlu dilakukan oleh mana-mana wanita yang melakukan hubungan seks walaupun sekali iaitu antara umur 20 hingga 65 tahun. 

Berapa kerapkah ujian Pap Smear ini perlu dijalankan? 

Anda boleh melakukan ujian Pap Smear setahun sekali atau mungkin 2x setahun. Ianya bergantung pada ujian anda. Seandainya ujian anda menunjukkan anda normal, mungkin boleh dikurangkan kepada setahun sekali mahupun 2 tahun sekali. Ikut saranan doktor anda. 

Namun, seandainya anda seorang yang kerap melakukan hubungan seks, anda perlu konsisten melakukan ujian Pap Smear kerana anda tetap mempunyai risiko kanser pangkal rahim selagi mana anda melakukan hubungan seks.  

Apakah persedian sebelum anda melakukan ujian Pap Smear?

1) Pastikan anda telah bersih dari haid bulanan, Maksudnya, anda telah kering dari haid.
2) Tidak melakukan hubungan seks dengan suami sejak 2 hari sebelum kerana ia boleh mengganggu keputusan ujian. 

Mari kita lihat peralatan yang digunakan ketika ujian Pap Smear ini dijalankan.. 



Pap Smear mampu cegah kanser pangkal rahim
Alatan ketika sesi ujian Pap Smear
Saya sudah mulakan langkah ini. Anda bagaimana? Sayangi diri anda, sayangi suami anda, sayangi keluarga anda dengan mencegah kanser pangkal rahim ini menjadi penyakit yang anda bakal miliki! Tindakan anda masa kini, mengubah nasib anda masa hadapan.. 



Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...







------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..





Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..




  

2 comments:

  1. Pap Smear mesti dilakukan setiap tahun. Nyawa tidak dapat dicari ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sungguh.. Sepupu saya pun disahkan sel kanser mula membiak kt rahim. Bile buat Pap Smear baru tahu. Kalau tak, sampai ke sudah tak tahu. Bahaya klu dh sampai stage 4..Sekurang2 nya kalau dh tahu awal, kite boleh rawat awal lagi..huhu

      Delete