Pages

Monday, November 3, 2014

Benarkah Asuhan Anak Bijak Bermula dari Kandungan? Apakah rahsianya..

Anak yang bijak merupakan dambaan bagi semua ibubapa selain daripada miliki anak yang soleh dan solehah. Namun, benarkah asuhan untuk memiliki anak yang bijak ini bermula sejak dari dalam kandungan lagi? Atau mungkin ianya bermula seawal umur 6 bulan selepas kelahiran melalui pembelajaran tertentu? Salah faham di kalangan ibubapa mengenai pembelajaran dan pembentukan minda dan otak anak-anak kadang kala menjadi punca kepada ibubapa terlepas peluang memulakan asuhan seawal usia yang mungkin.
Otak kanak-kanak mula terbentuk sejak dari dalam kandungan lagi seawal trimester pertama. Tahukah anda, anda sebenarnya memiliki peluang seawal mungkin untuk meransang minda anak anda bermula sejak dari dalam kandungan lagi seawal yang mungkin. 

Bagaimana? Berikut merupakan beberapa rahsia yang boleh anda amalkan untuk memiliki anak yang bijak sejak dari dalam kandungan lagi, antaranya:

1) Memperbanyakkan Amal Ibadat

Saya yakin dan percaya semua ibubapa bukan hanya mementingkan anak yang bijak sahaja, namun penekanan mengenai akhlak dan lahirnya anak yang soleh dan solehah juga menjadi dambaan semua ibubapa. 

Sepanjang kehamilan, perbanyakkan amal ibadat, pelihara amalan wajib, tingkatkan amalan sunat, suami boleh melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis, dan laksanakan amalan rohani yang lain juga. 

2) Perbanyakkan membaca ayat suci al-Qur'an

Islam amat menitikberatkan tentang pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian kerana melalui ayat-ayat al-Qur'an, ia memberikan ketenangan kepada jiwa manusia termasuk janin di dalam kandungan kerana secara fitrahnya manusia memang memerlukan al-Qur'an sebagai pengubat jiwa.

Beberapa ayat al-Qur'an boleh diamalkan antaranya bacaan ayat kursi, surah Yasin, surah al-Fatihah dan surah al-Insyirah. Yang paling terbaik adalah anda melengkapkan bacaan anda sebanyak 30 juz sepanjang kehamilan, insyaAllah lahirlah generasi anda yang bakal memelihara la-Qur'an. 

3) Sentuhan kasih sayang

Sentuhan kasih sayang bukan hanya sekadar ketika anak telah dilahirkan. Namun, anda boleh mula membiasakan sentuhan kasih sayang ini sejak anak anda dalam kandungan. Usap perut anda, sentiasa bersembang dengan anak anda. Kajian membuktikan bahawa kanak-kanak yang mendapat perhatian daripada ibubapanya sejak dari kandungan melahirkan anak-anak yang tidak punya banyak masalah dan ragam selepas kelahirannya. 

4) Emosi sentiasa baik

Emosi ibu ketika hamil sebenarnya memainkan peranan yang besar kepada bayi di dalam kandungan. Emosi yang sentiasa riang, cergas dan positif mampu memberikan kesan kepada otak bayi selepas dilahirkan. 

5) Didik tentang pengetahuan asas sejak dalam kandungan

Ramai yang menganggap bahawa mustahil untuk bayi dalam kandungan melihat dan mendapat kesan hasil daripada pembelajaran ibubapa ketika dalam kandungan. Namun, hakikatnya sejak dalam kandungan anda boleh mula bercerita tentang perkara-perkara asas dalam kehidupan. Ia juga turut meransang minda anak anda. 

6) Perbanyakkan berdoa

Doa merupakan senjata orang mukmin. Ibubapa digalakkan untuk perbanyakkan berdoa sepanjang kehamilan. Berdoa untuk kebaikan anak-anak, berdoa untuk kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak, berdoa untuk punya anak yang berakhlak dan soleh solehah. 

7) Amalkan pemakanan sihat

Pemakanan ibu sejak dari awal kehamilan juga perlu dititkberatkan kerana ia memberi kesan kepada pembentukan anak yang sihat fizikal dan mental. 

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan yang lengkap dengan keperluan dan gizi yang seimbang untuk ibu hamil. Ambil makanan yang berunsurkan minyak ikan Omega 3 yang mengandungi DHA dan EPA kerana ianya bagus untuk otak bayi dalam kandungan. 

Omega Guard Shaklee bagus untuk otak kanak-kanak yang kaya dan tinggi dengan kandungan DHA dan EPA. Ianya boleh diambil seawal kehamilan lagi untuk perkembangan otak janin. 

Omega Guard bagus untuk otak kanak-kanak

Jangan lepaskan peluang sepanjang November ini ada tawaran menarik tersedia untuk anda..Buy 6 Free 1 dan Buy 2 with 5% discount..

Sepanjang November ini sempena pembelian sebanyak 6 botol Omega Guard, anda akan perolehextra benefit berikut:

PERCUMA sebotol Omega Guard bernilai RM136
PERCUMA Keahlian Shaklee bernilai RM75 (Sem), RM85 (S/S)
EXTRA cash back next month bernilai RM32


Ingat!!!
Asuhan anak yang bijak bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Jangan anda membiarkan masa-masa kehamilan anda berlalu begitu saja kerana otak dan minda kanak-kanak adalah seperti span. 

Selamat beramal!
Ummu Hanan






--------------------------------------------------
Ingin membuat belian sebarang produk Shaklee dengan potongan 15-25%
Sertai kami sebagai ahli Shaklee yang sah berdaftar..
Anda layak menerima kesemua insentif dari Shaklee setiap bulan!

Ikuti langkah mudah..


2 comments:

  1. setuju...amalan untuk dapatkan anak yang bijak memang perlu mula sejak bayi dalam kandungan lagi.

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna..setiap anak yang bijak memang menjadi dambaan setiap ibu..In Shaa Allah moga kita sama2 dapat menjaga dan memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka

    ReplyDelete