Paha besar merupakan dilema biasa
bagi seorang wanita khususnya. Sangat jarang lelaki memiliki paha yang besar. Rasa
malu, segan dan kurang keyakinan diri menjadi antara faktor seorang wanita
bersungguh berusaha mengecilkan paha mereka yang besar.
Senaman merupakan cara terbaik
untuk mengecilkan paha yang besar. Namun, senaman bagaimanakah yang boleh
membantu mengatasi masalah ini agar anda memiliki paha yang kecil sesuai dengan
tubuh anda?
Senaman mudah kecilkan paha
Antara senaman mudah untuk
kecilkan paha adalah seperti berikut:
Joging
Joging merupakan salah satu
latihan kardio atau sukan yang biasa dilakukan. Ketika anda mula berjoging,
maka kaki anda akan bergerak secara berterusan. Senaman ini cukup efektif untuk
mengecilkan paha anda.
Berbasikal
Berbasikal merupakan senaman yang
menyeronokkan. Namun, kadangkala tak semua orang mempunyai basikal dan
persekitaran yang sesuai dengan kediaman untuk melakukan aktiviti ini.
Jangan khuatir! Bagi yang tidak
mempunyai basikal, boleh ke pusat gym dan menggunakan alat senaman basikal di
sana. Selain ia bermanfaat untuk membakar lemak, ia juga dapat mengecilkan paha
anda.
Naik turun tangga
Jarang melakukan pergerakan juga
menjadi salah satu punca utama kepada timbunan lemak dalam badan termasuk
bahagian paha tidak terkecuali.
Senaman paling mudah adalah
dengan melalukan aktiviti naik dan turun tangga. Selain boleh mengeluarkan
peluh, ia juga boleh mengecilkan paha anda juga. Pilih tangga berbanding lif.
Senaman ini merupakan senaman yang mudah. Namun, ianya menjadi sukar sekiranya tiada kesungguhan daripada diri anda sendiri.
Apa tunggu lagi. Pilih
senaman mengikut kesesuaian anda. Mulakan sedikit demi sedikit agar lama-kelamaan
ia menjadi habit anda setiap hari.
Semoga berjaya!
Kalau kemas rumah, sapu keliling rumah aci tak dikira sebagai senaman? Hehe
ReplyDeleteAci aci..tp klu nak fokus tang paha, kene lebihkan pergerakan bhgian kaki..hihi
DeleteAci2..sambil sapu sampah sambil buat dumbbell..hihi..berotot 1 bdn.
ReplyDeleteJemput baca: Pisang Goreng Cheese Paling Lazat
Hahaha tapi kene pastikan banyak pergerakan juga tau Ida..^_^
DeleteKita nie segan nak buat tu semua. Makan pil n dapat slim n nk kesan segera. Fuhh, semakin canggih teknologi semakin malas kita dibuatnya..huhuu. Tapi kan, dgn senaman kita dapat rembeskan satu hormon 'gembira'...haa cerr cari hormon apa tu.^_____^
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> DONT WORRY BE HAPPY
Alamak, hormon apa tu Huda..hihihi
DeleteNanti peha dah kecil tapi berketul2 uratnye kak..
ReplyDeleteHihi ada ek gitu..^_^
DeleteHihi. Mmg bagus tips ni. Bila berat naik sikit je mmg terasa peha berlaga. Nak jalan pun tak selesa. Bila peha kecik, nak pilih kain dan skirt pun mudah. Kalau tak baju maybe saiz M, kainnya kena saiz L pula :-)
ReplyDeleteHaaa tang tu memang bermasalah Ila..huhu. Bile beli baju ready made, kadang baju dh ok, kain pulak sempit amat..Nak amik kainnya besar, kang baju pun jadi menggeleber je kan..huhu
Delete