Alhamdulillah memasuki fasa tahun
ke-4 menceburkan diri dalam bidang bisnes ini. Banyak pengalaman, suka duka
dalam berurusan dengan supplier, pelanggan dan juga rakan niaga.
Mungkin bagi sebahagian orang mengatakan bisnes ini bukanlah perlukan komited dan perancangan bersungguh. Namun,
hakikatnya ia sangat memerlukan ilmu terutamanya berkaitan dengan memikat hati
pelanggan. Tanpa pelanggan, siapa lah kita sebagai penjual bukan?
Nak tahu apa tips mudah yang kerap digunakan usahawan berjaya dalam memikat
hati pelanggan yang jarang peniaga sedari? Jom ikuti sharing saya pada hari
Jumaat yang penuh barakah ini..
Rahsia ini juga dikongsikan kembali
oleh sifu Shaklee kami semalam ketika saya menghadiri Kelas Asas Jutawan Shakleeyang bertempat di Faizland Training World (Klik Sini).
Antara tips tersebut ialah:
1) TAKUT
Bila ada sesuatu yang ditakuti
atau bila ada bayangan ketakutan, kebiasaannya manusia akan bertindak atas
ketakutan itu. Dalam keadaan ketakutan, kebiasaannya manusia sanggup melakukan
apa saja untuk mengatasinya. Sebagai contoh, apabila melibatkan soal nyawa dan
insan tersayang.
2) EKSKLUSIF
Manusia akan bertindak jika
sesuatu itu eksklusif seolah-olah untuk dirinya sahaja. Dalam bisnes, anda
perlu memberikan tawaran perkhidmatan terbaik lagi eksklusif kepada pelanggan.
Jangan terlalu berkira dengan pelanggan anda.
3) RASA BERSALAH
Manusia kebiasaannya bertindak
untuk menutupi atau mengatasi rasa bersalah itu. Sebagai contoh, anda boleh
pasang lampu ajaib rasa bersalah ini supaya customer benar-benar rasa bersalah
kalau tak beli dengan anda atau rasa bersalah andai tidak memiliki barang yang
anda jual dengan segera. Buat rasa bersalah untuk turut tidak melepaskan
peluang.
4) TAMAK
Manusia memang semula jadi memiliki
sifat tamak. Takkan rasa cukup dengan apa yang telah dimiliki. Malah, sentiasa
ingin mengubah kehendak lalu memenuhi semua kehendak dan keperluan kehidupan. Jika
ada sesuatu yang dapat memenuhi rasa tamak itu, mereka akan terus bertindak.
Sebagai contoh, mungkin pelanggan
anda berminat dengan barang A, namun anda punya gabungan barang B yang pastinya
lebih baik apabila pelanggan mengambil barang A dan B secara sekali gus.
Bertindak untuk buatkan pelanggan rasa tamak untuk mengambil keduanya.
5) EGO atau CEMBURU
Jika ada sesuatu yang boleh memenuhi rasa ego
atau cemburu, mereka akan bertindak. Sebagai contoh, anda boleh berikan
testimoni pelanggan lalu yang berpuas hati dengan servis dan produk anda.
Pastinya yang punya kaitan dengan masalah pelanggan la. Mungkin rasa cemburu
itu membuatkan mereka mahukan produk anda dengan segera.
Itu saja perkongsian 5 lampu
ajaib yang boleh anda gunakan dan ‘memukau’ pelanggan anda untuk terus membeli
dan setia dengan perkhidmatan anda. Yang pastinya, tips ini sering kali digunakan
oleh kebanyakan usahawan berjaya di luar sana.
Semoga tips ini mampu
meningkatkan keuntungan anda dalam perniagaan!
Selamat mencuba!
=======================
Anda seorang yang mementingkan penjagaan kesihatan?
Hubungi kami untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee:
Puan Nor Hafizah Shahtir
Id Number: 946651
Facebook: Nurkids Babywear Full
Page: Nurkids2u Healthcare
SMS/What'sapp : 019-3405054
Ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan penjimatan 15%-30% setiap belian?
(Klik di sini):
============================
Manfap gabungan lampu ajaib ini kan. Memang diperlukan strategik lampu ajaib ni agar pelanggan kita semakin ramai dan usaha kita pun semakin maju.
ReplyDeleteHarga Promosi 3 Produk Serentak Di Bulan Januari Ini Yang Pastinya Menguntungkan Pelanggan
Betul tu..^_^
DeleteWah bagus tips ni.. kena amalkan utk tingkatkan sales... hehe
ReplyDeletememang kena amalkan utk meningkatkan kuantiti sales....
ReplyDeletePROMOSI BERAPI JANUARI 2015
Bagus jugak perkongsian ini... motivasi diri untuk lebih maju
ReplyDeleteKrna selalu prektis lampu ajaib ni..
ReplyDeleteHurmm..bleh start apply nie.huhuu
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> ANDA DAH MENCUBA??
Kena selalu praktis hikmat lampu ajaib ni...hihi..tq ummu hanan
ReplyDeleteBagusnya tips ni. Memang bagus diamalkan walaupun bukan untuk menjual.
ReplyDeleteTips Pemakanan Untuk Anak Lebih Pintar
info yang berguna..kena tahu bila masa perlu gunakan semua itu..
ReplyDelete6 Tips Memutihkan Muka
Menarik sangat tip lampu ajaib yang dikongsi.tq 4 info tip lampu ajaib.
ReplyDeleteSebelum pernah dengar je lampu ajaib. Lampu ajaib. Ini rupanya! Tq ummu hannan share info ;)
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya. mudahanan ramai dapat manfaatnya dan amalkan untuk berjaya
ReplyDeleteInsyaAllah moga-moga..^_^
Delete