Tuesday, September 8, 2015

7 Tips Memelihara Kebersihan Organ Intim Wanita Setiap Hari

Malu tapi perlu!

Apabila membicarakan mengenai penjagaan organ intim wanita, sebahagian wanita masih lagi malu untuk mencari dan berkongsi info-info berkaitan. 

Namun hakikatnya, anda perlu menitikberatkan tentang penjagaan organ intim ini dengan menggali info dan ilmu berkaitan kerana pengabaian terhadap penjagaan kebersihan organ intim boleh menjadi punca kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser serviks, jangkitan kuman, keputihan dan sebagainya. 

Mungkin sebahagian anda agak sensitif mengenai isu ini, namun usah ambil enteng!

Apakah tips memelihara organ intim wanita? 

Antara tips yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut:
  1. Cuci tangan anda terlebih dahulu sebelum menyentuh vagina. 
  2. Basuh vagina dengan air hangat dan sabun yang lembut
  3. Selesai kencing mahupun membuang air besar, pastikan anda mencuci dari arah depan ke belakang. Jangan sebaliknya kerana itu membolehkan bakteria memasuki bahagian alat sulit anda.
  4. Pilih seluar dalam yang bersih dan diperbuat daripada kain kapas (100%). Bahan lain misalnya nilon dan poliester akan membuatkan udara tidak masuk dan membuat vagina menjadi lembap. Keadaan ini sangat disukai bakteria kerana ia mudah membiak. 
  5. Hindari penggunaan bahan deodoran, cairan pencuci organ intim, sabun biasa serta tisu yang berwarna dan wangi. 
  6. Hindari menggunakan tuala milik orang lain untuk mengeringkan vagina anda. 
  7. Cukur sebahagian dari rambut kemaluan untuk menghindari kelembapan yang berlebihan di daerah vagina.
Anda sudah maklum tentang perkara ini? Amalkan dalam kehidupan seharian anda demi memelihara kebersihan dan kesihatan organ intim anda. 




Rujukan:
  • Majalah Mingguan Wanita, Bilangan 1420, 4-10 Februari 2011, halaman 98.


3 comments: