Thursday, September 3, 2015

10 Sebab Anak Anda Kerap Menangis

10 sebab bayi kerap menangis
Anak kecil yang masih belum mampu berkata-kata hanya menyatakan perasaan mereka melalui tangisan sahaja. Kita sebagai ibubapa perlu memahami apakah petanda disebalik tangisan mereka. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjadi punca kenapa anak menangis tanpa henti..

Mungkin entri ini boleh membantu anda terutamanya ibu-bapa muda yang baru melalui alam perkahwinan bersama kehadiran cahaya mata sulung anda.
 
Bayi menangis merupakan satu perkara biasa. Namun, ia mungkin menjadi kerisauan bagi ibubapa muda yang tidak biasa mengalami situasi begini. 

Kenapakah bayi anda menangis? 


1. Bayi anda lapar


Saiz perut bayi tidak seperti orang dewasa. Jumlah makanan yang boleh diisi dalam perut mereka adalah sedikit. Oleh yang demikian, normal mereka akan menangis mahukan susu dalam tempoh yang kerap. 

Anda perlu berikan mereka susu atau makanan (bagi 6 bulan ke atas) sekerap mungkin mengikut kemahuan dan keperluan mereka. Kebiasaannya bayi yang kenyang akan tidur lebih lena dari biasa. 

2. Lampin bayi penuh atau buang air besar


Kebiasaannya, bayi menjadi tidak selesa apabila lampin mereka penuh atau selepas selesai buang air besar. Tukarkan lampin mereka segera kerana ia mungkin juga boleh menjadi punca kepada ruam lampin. 

10 sebab anak anda menangis
Lampin penuh punca anak menangis

Andai sudah terjadi ruam lampin, apa yang harus anda lakukan?  Mungkin 8 Cara Merawat Ruam ini boleh membantu anda atau ikuti pengalaman ibu ini mengatasi masalah ruam anak beliau dengan krim Herbal Blend multipurpose.

3. Sakit perut atau angin


Masalah sakit perut atau perut berangin merupakan salah satu punca utama kenapa bayi menangis tanpa henti akibat ketidakselesaan yang berlaku. 

Anda boleh cuba tepuk perut bayi anda samada kembung dengan angin atau tidak. Sapukan minyak angin di bahagian perut dan tapak kaki. Atau anda juga boleh tiarapkan bayi anda agar diberi tekanan kepada bahagian perut dalam membantu memudahkan angin keluar melalui sendawa atau kentut. 


4. Demam atau tidak sihat


Secara normal, siapa sahaja pasti tidak akan selesa apabila tubuh tidak sihat atau demam. Begitu juga dengan kanak-kanak. Demam dan selesema akan membuatkan mereka merengek dan menangis lebih daripada biasa. 

5. Cuaca terlalu Sejuk atau Panas


Keadaan cuaca juga mempengaruhi mood bayi anda. Seandainya anak anda terlalu sejuk, selimutkan mereka atau kenakan pakaian yang lebih tebal manakala pakaikan mereka dengan pakaian nipis andai cuaca panas. 

6. Bayi mahu tidur


Apabila bayi keletihan dan mahu tidur, mereka juga akan menjadikan tangisan sebagai petunjuk. Anda perlu tahu rutin waktu tidur anak anda kerana ianya sangat membantu anda.

Bayi menangis mahu tidur

7. Bayi mahu dipeluk


Susu sudah, makan sudah, cek lampin sudah.. Tetapi bayi anda tetap menangis? Mungkin ia berlaku kerana mereka mahukan pelukan anda sebentar agar lebih nyaman. 

8. Bayi mahu tumbuh gigi


Fasa permulaan bayi tumbuh gigi merupakan fasa yang cukup tidak selesa dan menyakitkan. Berikan anak anda makanan yang lembut agar tidak menambahkan lagi kesakitan. 

9. Bayi mahu ajak bermain


Bayi juga mempunyai minat untuk bermain. Kebiasaannya mereka sudah tentunya memerlukan teman untuk mereka bermain. 
 

10. Gangguan makhluk halus


Bab gangguan makhluk halus ini mungkin kemungkinan terakhir yang tidak mustahil boleh terjadi kepada anak anda. Ini kerana, saya juga mempunyai pengalaman selama 2 bulan anak di ganggu makhluk halus. Dapatkan rawatan daripada ustaz yang pakar untuk atasi gangguan makhluk halus ini. 

Semoga entri ini membantu anda.. Selamat mengenai ragam anak anda!

 
 
 
 

2 comments:

  1. Baby memang perlu penjagaan yang rapi dan kita jangan anggap mudah kalau baby kerap menangis...mungkin ada sesuatu yg buatkan baby menangis.....terima kasih atas info kak Fiza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nila.. Sebab depa tak boleh cakap..So, nangis jela kan..:)

      Delete