Sunday, May 6, 2018

3 Apps Sesuai untuk Edit Gambar Menarik!

Apps edit gambar iklan
Saya seringkali diajukan pertanyaan sebegini, "Fiza edit gambar pakai Apps apa yer?", " Fiza boleh tak kongsi Apps apa yang Fiza guna untuk edit gambar?"

Dunia masa kini, semuanya di hujung jari. Kita banyak menggunakan smartphone untuk melaksanakan satu-satu pekerjaan. Sudah tidak lagi punya waktu yang banyak untuk membuka komputer mahupun laptop.

Sambil menunggu, boleh saja edit-edit gambar sebentar. Nak tahu cara? 

Saya juga hanya menggunakan smartphone!

Kalau ada kemudahan melalui smartphone ini, apa salahnya bukan? Menaip entry blog ini pun saya buat menggunakan smartphone sahaja. Sangat mudah! 


Apakah Apps yang Mudah digunakan untuk Edit Gambar? 


Sebenarnya, banyak sangat-sangat lambakan Apps yang boleh anda gunakan untuk mengedit gambar menggunakan smartphone ini.

Ada yang berbayar dan ada juga yang tidak berbayar. Pilih saja mahu yang mana. Kalau ada bajet extra, boleh guna Apps yang berbayar. Lebih pada kelebihannya sudah tentu.

Namun, biarpun menggunakan Apps yang tidak berbayar (percuma), anda masih boleh menghasilkan gambar edit yang cantik, menarik dan ringkas! 

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua 3 Apps sahaja yang saya gunakan untuk mengedit gambar. 

Apakah Apps tersebut? 

1. Studio


Ini antara Apps yang paling saya gemari untuk mengedit gambar. Terdapat banyak pilihan tema, corak, design, tulisan, garisan, bentuk dan macam-macam lagi lah. 

Cuma, 1 sahaja kelemahan Apps ini. Ia tidak boleh 'Add Photo'. Hanya boleh mengedit 1 gambar sahaja dalam satu-satu masa. 

Jom tengok antara contoh gambar yang saya edit menggunakan Studio..





2. PicsArt


PicsArt ini juga antara Apps editing yang biasa saya gunakan. Apa yang saya suka tentang Apps PicsArt ini adalah kerana anda boleh 'Add Photo' lebih dari 1 foto dalam 1 poster. 

Anda boleh Add Photo sehingga 10 foto. Cume, tulisan pada PicsArt sedikit terhad, tetapi overall memang best PicsArt ini. Siap boleh tindan-tindan gambar lagi. 

Ini antara contoh editing saya menggunakan Apps PicsArt. Boleh rujuk okey..




3. Snapseed


Snapseed ini hanya sesuai untuk anda yang hanya mahu edit masukkan tulisan sahaja tanpa menambah atau mengubah gambar asal. 

Tulisan dan corak tulisan yang sangat terhad, tak boleh lakukan editing lain. Tapi, memadai sudah Apps ini bagi anda yang hanya mahu edit masuk tulisan pada gambar sahaja.

Boleh lihat antara contoh-contoh gambar atau poster yang saya edit menggunakan Snapseed seperti berikut :

Tips edit gambar menarik



Inilah dia 3 Apps yang saya gunakan untuk mengedit gambar keluarga, iklan jualan, promosi, poster, kata-kata hikmah dan sebagainya. 

Oppss sebelum terlupa. Untuk makluman anda, ketiga-tiga Apps ini memerlukan talian internet untuk menggunakannya. Seandainya anda tiada talian internet, maka tidak dapat lah anda mengedit gambar..

Bagi anda yang masih baru nak belajar dan berjinak-jinak menggunakan Apps, boleh la download melalui smartphone masing-masing. 

Try error, try godek-godek, try explore sendiri dahulu okey. Tak susah pun guna 3 Apps ini. Sangat mudah.

Selamat mencuba!
Semoga bermanfaat! 

019-3405054
Pn. Nor Hafizah
Blogger tegar since 2013

No comments:

Post a Comment